Kali pertama join program macam ni. Memang nawaitu aku nak cari pengalaman baru. Dan aku sangat-sangat teruja dengan program ni. Ini kami punye banner : comel kan?
Kami punye pengarah projek ialah Muhammad Firdaus bin Zabri. Seorang yang sangat sopan dan kiut,hehe. Timbalan Pengarah 1 pula Abdul Rahman Iqbal bin Aldi. Timbalan Pengarah 2 ialah Nurul Shazwani bt Mohd Suadi. Setiausaha pula Hazirah Abdul Latif, Penolong Setiausaha ialah Muhammad Syahmi Farhan bin Ab Majid. Dan orang penting, Bendahari iaitu Saeidah Syamielah bt Abdul Rahman. Kali ini aku diletakkan di bawah post PEMASARAN. Agak berat sebenarnya sebab pemasaran yang perlu usaha keras bagi mencari dana untuk program ini. Ketua post pemasaran ialah kak Nur Ain bt Ariffin. Roomate aku pun join jgak dan turut senasib dengan aku iaitu under post pemasaran.
sebelum bertolak :) |
Jadi untuk entry kali ini aku nak letak gambar-gambar kami semasa program ini. Benda pertama yang terlintas di kepala aku ketika sampai kat sane ialah: Mampukah aku surival kat sini untuk tiga hari yang mendatang ni? Dalam hati berdebar jugak..Tawakal je ^_^. Setibanya di sana, kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang mana empat pelajar akan ditempatkan dalam sesebuah keluarga. Dua lelaki dan dua perempuan. Jadi, rumah kami aku, kak Syamira, Abdul Muiz Zakaria dan Amir (senior aku Wataniah dulu) Perlukah aku mention dia macam tu? Perlu kot. huhu. Kami dapat seorang amek yang dah berusia. Amek kami tinggal dengan dua orang cucunya.
![]() |
inilah amek kami..hehe |
Seterusnya, kami (aku + kak mira) gotong royong dengan ayen dan lina untuk masak tengah hari tu (hari pertama) kat sana. Ini before masak:
Nasib baik ada kak mira, sebab aku tak tahu sangat macamana nak mendekati mereka. Kak Mira banyak cakap dan itu sangat membantu aku, huhu. Kami juga ade sukaneka semasa hari kedua tu.. Jom!
![]() |
panas amat time ni! tapi gambar ni punye lah kiut kami kan?! hehe |


Seterusnya, pegi melawat sungai dekat Kampung Limau ni. Tapi melawat je lah, tak mandi pun. Rase tak sopan sangat lah nak mandi tanpa bawak baju salin. kan? Ade ke patut soalan tu ditanya.hehe. Mase join program ni, seriously cakap program ini lebih mengeratkan hubungan ahlinya, bukan hubungan antara anak dengan keluarga angkat sahaja, bahkan hubungan aku dengan kawan-kawan yang turut sama turun padang. Bahkan aku baru kenal budak kelas aku sendiri yang nama beliau adalah MUIZ. Dahsyat kan aku? hehe


Sepanjang berada di sana kami ada belajar bahasa orang asli. Yang menariknya, walaupun mereka orang asli Kelantan tapi mereka tak faham sangat bahasa Kelate. Jadi aku yang fasih bahasa Kelate pun tak boleh sangat bercakap Kelate. Mereka cakap Bahasa Melayu standard. Menarik kan??
Aku punye excited tahap dewa tengok buah durian. Nak makan DURIAN sangat-sangat! Adik angkat aku kopek durian punye lame. Dialog time tu lebih kurang macam ni : AKU= Muiz, tunggu kejap eh, aku nk amik aku punye fon. MUIZ= kurang asam! haha AKU= Tak lah , aku rase dah lame sangat aku tunggu ko kopek durian, tak nampak pun hasilnya. haha. SMILE, aku nk amik gambar ko ni. haha. Series, aku memang jahat. Kalau nak harapkan si Muiz tu agaknya sampai malam tak leh merasa aku makan durian. Lawak-lawak =) Oh Muiz, patutkah gambar ko aku susun ikut kronologi? zalim punya akak ni. hehe
Nasib baik Lina balik time tu untuk jadi power rangers aku, tolong selamatkan aku. Kalau tak, alamatnya tak dapat aku merasa durian petang tu :p
Maaf muiz.. Nasib ko lah jadi topik hangat untuk post ni. huhu. Tak pe kan?
Last day pun menjelma. Tiba-tiba rase sedih jugak, yelah baru nak start rapat dengan amek,,huhu
gabung dengan jiran depan rumah. anak beranak je pun :) |
![]() |
kredit gmbar ni untuk |
![]() |
nak balik daaaaa... |
![]() |
@sungai |
inilah. kecik-kecik dulu xpuas main :p |
Akhirnya kami bertolak lebih kurang pukul 10 pagi dan sampai ke UKM dalam pukul 7 petang. Finally! Sesuatu yang sangat indah untuk dijadikan kenangan, dan sesuatu yang sangat bermanfaat untuk dijadikan pedoman di hari muka... Semoga aku mengutip segala permata ilmu. Insha ALLAH DOA 2 akan muncul, jika masih ada kesempatan dan diizinkan ALLAH aku nak pergi lagi..