29 Jun 2013. Sabtu.
Kembali ke landasan yang sepatutnya. Kami dah
habis semester dua! Ini juga bermakna tahun satu sudah berlalu. Bermula
semester tiga bererti kami berada di tahun dua. Sungguh.. masa itu berlalu
tanpa terasa. Pahit manis tahun satu pasti sangat seronok untuk dikenang.
Iyelah, hidup jauh dari keluarga untuk bawa balik seganggam ijazah
(inshaaAllah). mudah-mudahan ilmu tersebut mekar di hati, bukan demi
peperiksaan semata-mata. Balik rumah untuk bercuti panjang, aku juga berharap
ilmu dapat terus dikutip walau di mana sahaja kita berada.
Sebelum balik hari tu, berhempas pulas dengan
peperiksaan. Moga kita semua beroleh keputusan yang cemerlang. Amen! Buat muka
untuk diri sendiri. Time exam pun sempat aku gi jenguk panggung wayang. Dua
kali pulak tu. Hehe. “Man of Steel” dengan “Fast and Furious 6”. Yang fast and
furious tu siyes best! Tak menyesal tengok. Ishh..Daripada exam terus melalut
ke wayang, nampak sangat lah FOKUS aku dekat situ.
Nanti
kita semua akan berpisah. *ayat macam tu seolah-olah tak nak jumpa dah*. Tak..
Aku cakap macam ni sebab nanti kita akan dibahagi kepada dua modul yang berbeza
iaitu AKIDAH + FALSAFAH. Harap yang terbaik untuk kawan-kawan. Walau apepun.
Kita tetap satu jabatan, itu yang penting. Adakah aku bawa unsur rasist dekat
sini? Hehe. tak delah. Friendship sampai syurga kot J ana
uhibbukum fillah daiman.
Cuma beberapa moment yang dipetik daripada sem
2 (2012/2013) :
![]() |
Pembangunan Diri II |
![]() |
maharat -.- |
![]() |
tutorial Ilmu Kalam |
![]() |
PEMBINA gathering @wetland putrajaya :) |