Powered By Blogger

Ahad, 8 September 2013

Tamat Tahun SATU :)

29 Jun 2013. Sabtu.

Kembali ke landasan yang sepatutnya. Kami dah habis semester dua! Ini juga bermakna tahun satu sudah berlalu. Bermula semester tiga bererti kami berada di tahun dua. Sungguh.. masa itu berlalu tanpa terasa. Pahit manis tahun satu pasti sangat seronok untuk dikenang. Iyelah, hidup jauh dari keluarga untuk bawa balik seganggam ijazah (inshaaAllah). mudah-mudahan ilmu tersebut mekar di hati, bukan demi peperiksaan semata-mata. Balik rumah untuk bercuti panjang, aku juga berharap ilmu dapat terus dikutip walau di mana sahaja kita berada.

nostalgia betoi ni

maka, lihatlah tulisan aku yang sangat
cantik ini :P

Sebelum balik hari tu, berhempas pulas dengan peperiksaan. Moga kita semua beroleh keputusan yang cemerlang. Amen! Buat muka untuk diri sendiri. Time exam pun sempat aku gi jenguk panggung wayang. Dua kali pulak tu. Hehe. “Man of Steel” dengan “Fast and Furious 6”. Yang fast and furious tu siyes best! Tak menyesal tengok. Ishh..Daripada exam terus melalut ke wayang, nampak sangat lah FOKUS aku dekat situ.

 Nanti kita semua akan berpisah. *ayat macam tu seolah-olah tak nak jumpa dah*. Tak.. Aku cakap macam ni sebab nanti kita akan dibahagi kepada dua modul yang berbeza iaitu AKIDAH + FALSAFAH. Harap yang terbaik untuk kawan-kawan. Walau apepun. Kita tetap satu jabatan, itu yang penting. Adakah aku bawa unsur rasist dekat sini? Hehe. tak delah. Friendship sampai syurga kot J ana uhibbukum fillah daiman.
Cuma beberapa moment yang dipetik daripada sem 2 (2012/2013) :

Pembangunan Diri II
maharat -.-
tutorial Ilmu Kalam
nampak la semangat nak menghantar. errr.. krik krikk







brigedia@ KLCC




jadual sem II 

with my BFF :)




PEMBINA gathering @wetland putrajaya :)
yes. i'm proud to be one of them :)

Usrah Day SEM 1

Dah lama tak menulis kat sini! Buat muka sambil fikir nak bagi alasan apa. DUSH! Mengaku saje lah kalau diri ni malas -_-. Lagi senang, tak payah susah-susah nak fikir kan. Hehe. Bak kata seseorang tu aini aqiilah equal to malas. Jadi dah tak kena mention bahawasanya “SAYA MALAS” 


16 januari 2013. Rabu

Penghujung semester satu sebenarnya. Kami atur sebuah family day kat sungai congkak. Malas nak cerita panjang memandangkan hanya segelintir je yang join benda ni, walaupun pada asalnya ia diatur untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara kami (Pelajar tahun satu, JUF). 


Walaupun tak berapa nak ramai, tapi siyes SERONOK. Part paling seronok tentulah part mandi sungai. (macam tak de benda lain dalam kepala aku time pergi sungai congkak tu). Sungai je lah yang terbayang di minda. Sejuk sampai menggigil-gigil. Balik terus selsema -_-.  Siapa suruh berendam dengan main-main dalam sungai macam air sungai tu nak habes?

inilah bila tak puas bergolek masa kecik-kecik dulu :p
sejuk perut ibu mengandung ..alahaiii
hadiah-hadiah..


main-main :)



ok. saya tengah lapar ni wak

sedapnye!

jejaka idaman ~




risalah nasihat aku.

tengah bagi arahan pun sempat lagi shoot

iklan colgate. tata :)

Sedikit sebanyak tentatif program tersebut :
i) sedikit sukaneka
ii) makan (ayam bakar + nasi)
iii) mandi sungai
iv) slot rohani (qasidah + tazkirah)
and the most precious one = risalah nasihat J penutup yang baik untuk sem satu! Balik malam tu, sakit satu badan. Terus tidur tak sedar diri. Penat lah konon. Memang penat pun, tapi BEST.


                                                             -THE END of THE DAY-