Powered By Blogger

Rabu, 23 Disember 2015

Wed Kak Kyla :)

28 NOV 2015.

Assalamualaikum whbt.. Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga kami kami sampai ke Johor Bahru sempena meraikan kenduri kak kila bersama pasangan, Raffi. Travel empat orang je kali ni, Atikah, Izzat dan Zid. Jadi malaih nak cerita panjang-panjang. Barakallah buat akak dan Raffi, moga kekal sehingga ke Jannah. amin!

tunggu hamba Allah sorang tu, tak sampai-sampai -.-"


nice guest book's :)

tahun depan giliran saya jadi pengantin oke?

comell aihh adik zid ^-^


maka selalulah ada inisiatif untuk selfie. lol

ini seriously unavailable. haha

kenapa wak berpayung kat tempat teduh izzat? hee

meriah betol pasai dua pengantin. barakallah :)



One of the best photos for today. :) Comell nyaa


bila prince charming saya nak sampai niiii -.-


Terima kaseh kak kyla atas jemputan dan layanan yang diberikan.. Kami sangat menghargainya :) Nanti majlis kami, mohon bertandang dari JB ke Kelantan ok?

Rabu, 4 November 2015

Hari Jubah :)

Terima Kaseh Umi & Ayah :)


Assalamualaikum whbt.. Alhamdulillah :) 2November 2015 menjadi saksi kami berjaya grad tahun ni. Alhamdulillah.. Tiga tahun, sebenarnya bukanlah sekejap, tapi aku terpaksa mengaku bahawa masa yang berlalu terlalu cepat... Dalam sedar tak sedar, kami dah tamat pengajian pun.

Dah pergi ambik jubah konvo, Izzat sangat teruja nak bergambar dengan jubah tersebut taw. haha. Maka bermacam-macam drama terjadi.. semata-mata nak bergambar dengan jubah konvo. Dari UKM ke Putrajaya, sampailah balik ke UKM semula. Namanya pun bergambar, jadi mohon menatap gambar pre konvo yang tiada kesudahan ini .. Errrkk :p

maka saya tersangat lah malas pakai jubah yang maha panas itu lama-lama 

Aku kira berkat FPI sendiri kerana setentang dengan rumah Allah ini :)

ini mortar board saya

mana awak? ehh 


wajiblah ambik gambar di fountain UKM kan -.-

 


Drama Queen lah sangat.








happy sangat ni nak konvo kan. heee

betol kan butang baik-baik

yeah, we did it!



Rasa cukup dah gambar prekonvo nya. Sekarang gambar sewaktu Hari konvokesyen; 2 NOV 2015, Sidang 5, bermula jam 8 pagi.

Tanpamu, siapalah kak long. Sayang umi & ayah.
depa tak pernah kata bangga dgn anak-anak, tapi aku tahu,
untuk datang melihat aku bergraduasi hari ni, mereka bahagia :)  

Ayah sponser bunga untuk kami! 

terima kaseh datang dari jauh untuk tengok kak long ^.^

Kapsyen pun malaih nak taipp -.-

Cinta Hati Saya :)
Sahabat.

Tahniah geng PEMIKIR!


Terima kaseh atas ucapan dan doa. Moga yang terbaik juga buat kalian, InshaAllah. Buat umi dan ayah, jasa kpd kak long tak kan pernah dapat dibalas, maka kak long mendoakan agar umi & ayah sentiasa dalam limpah rahmat Illahi. Buat arfah, asma' dan aniq, kak long harap kamu semua akan lebih berjaya daripada kak long di hari esok. Amin! Buat semua guru, pendidik dan pensyarah, terima kaseh kerana mendidik saya sehingga ke tahap ini. tanpa anda, siapalah saya.. Khas buat bestie, Izzat terima kaseh kerana sentiasa berada di sisi saya hingga ke saat ini. Jom kita GOT sama-sama untuk sarjana dua tahun lagi OK? Buat semua sahabat PEMIKIR, anda sentiasa dalam ingatan. Rindu nya nak sekelas lagi.  Seriously.. Mohon hanta kad kahwen andai sudah tiba jodoh. Buat awak yang jauh di mata namun dekat di hati, saya sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kita. Jaga diri selalu sebab saya tiada di sisi untuk memerhatikan awak dan saya titipkan awak dalam pemeliharaan dan jagaan Yang Maha Berkuasa.  Tahniah semua, dan selamat majujaya.



Ahad, 13 September 2015

new semester. again!

Assalamualaikum whbt :) Hello semester baharu! Berjumpa lagi aku dengan kau UKM. Alhamdulillah. dengan adanya entry ini, maka beerti aku telah memulakan kehidupan baru sebagai pelajar sarjana. Sarjana? Master? InshaAllah. Moga dipermudah segala urusan aku di sini.

Maka, semester baru haruslah ada azam baru kan? Tet -.- Rasa macam kanak-kanak masih menebal dalam diri ini. Aku cuma harap dapat menyelesaikan pengajian ini tepat pada waktunya iaitu dengan empat semester dan Grad On Time (G.O.T), Amin :) Semester ini, menyaksikan banyak perubahan dalam kuliah untuk pelajar sarjana. Kami hanya diwajibkan mengambil empat subjekk wajib jabatan sahaja.
Jangan tak tahu bahawasanya noraini aqiilah kena ambik subjek Bahasa Arab Pengukuhan 1 sebab tak lepas test arab hari tu. Tet. Haha. Jadi, 6 subjek untuk sem ini. Mohon menggagahkan diri kalau nak GOT and kerja cepat-cepat. Tapi kan nasib baik Izzat setia menemani aku.. At least adalah berteman untuk terus berada di UKM ni kan.. Semoga kita semua dipermudahkan urusan olehNYA.. InshaAllah.
err.. sejak bila PTSL ada benda ni -.-


Rabu, 8 Julai 2015

Tribute FINAL year :)

Assalamualaikum whbt. Alhamdulillah atas segala nikmat kurniaan Tuhan. Ya.. aku masih di sini. Masih di UKM. Masa dirasakan berlalu begitu pantas sekali. Nampaknya, tiga tahun sudah berlalu untuk aku bergelar pelajar di sini. Syukur. Thesis (bukan nama sebenar) (read: latihan ilmiah) berjaya disiapkan sebelum raya. Yeah, rasa lega untuk balik raya sakan ! Nak cuti lama kat umah, balik nak manja-manja ngan umi sepuas hati. hihi. Rasa macam officially jadi orang dewasa lah pulak.. Yelah, dah habes belajar kan. Lepas ni, nak kena cari kerja dah.







"Alhamdulillah. Berjaya sempurnakan misi beraya tanpa thesis. Sekalung terima kaseh buat penyelia, prof mazlan atas bimbingn. Penghargaan buat umi & ayah yang byk bkorban sepanjg 3 tahun kak long berada di ukm. Juga buat ahli keluarga yg sentiasa menyokong teguh di belakang @arfah.is@wthasmaa_ . Dedikasi khas buat semua sahabat handai terutama pemikir 2012/015, sy sentiasa mendoakan yg tbaik buat anda semua. Tamat latihan ilmiah Tak bermakna terhentinya perjuangn menuntut ilmu. Smoga ukhwah tetap mekar mewangi meskipun bkal terpisah oleh ruang masa dan jarak. *tak sabar nk balik manja2 dgn umi kat rumah. Hehe"


-sumber: instagram

Tesis bagai dah siap kan, maka Aku punya level malas sampai nk menaip ni pun malas, sesuka hati je tempek ayat drpd insta. Tet. Haha. Last but not least, ni Link untuk thesis aku. Semoga bermanfaat inshaAllah

http://www.academia.edu/13776827/Tarekat_Tijaniyyah_Kajian_Kes_Dua_Imam_di_POndok_Banggol_Stol_Pasir_Mas_Kelantan

Rabu, 24 Jun 2015

Khatmu Semester

24 Jun 2015-Rabu

Assalamualaikum whbt. Alhamdulillah wa syukurillah. Hari ini merupakan hari terakhir untuk kami menduduki peperiksaan bagi penutup final sem ni. Ya Allah. Perasaan ni punyalah sukar nak gambarkan. Sedih nak abes dah belajar, cuak pasai tesis tak siap-siap, stress dengan tesis yang tiada penghujungnya, dengan hati punya meronta-ronta nak balik rumah. Sampai terngiang-ngiang kat cuping telinga aku nih, "Kak long, selagi tak siap thesis, tak payah balik ye". Ahhh,i miss you so much, ummi, ayah, aniq! Jadi berbekalkan kekuatan yang tinggal tak berapa besar ni, aku gagahkan jugak stay kat sini untuk siapkan tesis aku ni.. Nak grad tahun ni kan Noraini Aqiilah -.- mohon usaha segigih mungkin. **muka cuak tahap dewa. Jom kawan-kawan, kita buat tesis sampai muntah hijau. haha.

Mentang-mentang minggu last, jadi kitaorang sempat dua kali photoshoot gambar PEMIKIR batch 2012/2015. Sekejap je masa berlalu kan. Rasa baru je masuk UKM. Err.. ni macam tak nak mengaku je diri sendiri dah berumur 23 tahun ni -.- pfffttt Oh ye, Happy Birthday to Me! Dua hari lepas, genaplah usia aku 23 tahun dilahirkan ke muka bumi Allah ni. Umi aku dulu, waktu dia umur 23 tahun, dia dah ada aku sorang. Motif? Nak cakap aku nak kena kaawen jugak dah kot  Eh. Takdelah, tak bermaksud gtu pun. Thanks for all the wishes and the duaa. And Thanks a lot for the gifts too! I love them sooooo much :) Perasan kan? Padahal kalu tak bubuh tarikh birthday tu kat fb, nescaya tak sampai lima orang pun akan wish aku happy birthday. Aku dah wat eksperimen banyak tahun dah. Kalu tak caya hang try la buat -.- ok..Apa aku melalut ni


Disebabkan rasa sayang aku pada KBH ni memang deep kan, sampai sekarang aku sayang nak tinggalkan bilik aku ni. Jadi extand lagi dua minggu untukk siapkan tesis inshaAllah. memang niat aku tak mau datang UKM dah lepas raya ni weh.. Nak duk umahh lah dulu.. Manja-manja ngan umi dan ayah.. Nanti tak tahu dah selepas ni macamna, nak sambung terus ke, nak kerja ke apa kan, ke nak kawen. tet.  Aku betol-betol berharap misi aku tercapai nih. Tak sabar rasanya nak makan masakan umi, tambah pulak bulan puasa ni kan.. huaaaaa *sebak rasa dalam dada ni* Dapat jugak merasa berpuasa di bumi UKM ni. Alhamdulillah, aku kira hampir tiga tahun berada di sini banyak benda yang aku belajar dan mematangkan aku. Meskipun tak banyak, tapi sedikit sebanyak tu adalah kan. Mungkinlah tak besar, tapi terkadang untuk merubah sesuatu yang kecil juga sebenarnya memerlukan kekuatan. Dan kadang-kadang kita takkan sedar hakikat sesuatu perkara, unless kita sendiri yang melaluinya. Kita pernah je dengar pengalaman orang macam tu macam ni, tapi bila masalah tu terjadi, cara kita hadapi masalah tu, itulah sebenarnya yang mematangkan kita. The best teacher is experience. Kan?


Macam-macam jugak pengalaman yang tak leh dibeli hatta dengan wang sekalipun.. Main kejar-kejar dengan bas---> itu perkara biasa. Pernah sekali tu, aku punyalah ayu (kalau pakai skirt tu aku declare diri aku ayulah tu.haha) like a princess, nak pegi pusanika je pun padahalnya. Aku turun je tangga hujung KBH tu aku nampak bas, daripada jalan nak ke DTAMS tu kan. Apa lagi, terkedek-kedek lah aku nak kejar bas. Nasib baik driver bas tu tunggu. Yang nasib tak baiknya, orang atas bas tu semua pandang kot. Malu sampai tak tahu nak letak muka katne. Kena kejar anjing? Pernah jugak sekali. Fuhhh, Mahunya tak berpeluh sejuk den dibuatnya. Haha. Malam-malam pulak tu. Satu benda yang aku tak leh lupa jugak, aku dulu pernah dengan roomate, terlewat g exam sebab berlaku salah faham. Exam tu dalam pukul 8.30 di BPA. 8.15 kami still kat KBH. Mahunya tak ribut. Waktu tu bas dah  terlepas dah. Apa aku buat? Haha, Aku tahan kereta sorang budak Chinese ni betol-betol tengah jalan, dan dia sorang lelaki. Buat muka kesian tahap dewa mintak tolong dia hantarkan ke BPA. Nasib baik dia sanggup hantarkan meskipun dia pun exam kol 8,30 kat DTAMS. So, its for the first and forever aku lewat masuk dewan exam.

Cerita pasal exam, result exam aku, boleh dikatogerikan sebagai biasa-biasa sahaja. Pernah dapat sekali je dekan. Cukuplah tu kan. Haha. Aku bukan kaki study, bukan juga ulat buku. Selagi tak exam selagi tu tak menelaah. **Please, dont try this one* .Setiap awal sem, niat di hati mesti gni, "Sem ni aku kena study awal-awal baru tak kalut ni". Tapi setiap kali nak exam baru aku nak hadap semua benda. Daripada sem satu sampai sem enam, macam tu lah yang terjadi.. Tapi aku bersyukur, sebab pernah join satu group discussion, ahli dia: Zatie, Faiez, Zuhayl,Syira, Nuar, Kak Kyla. Alhamdulillah, korang banyak sangat membantu. Aku selalu je rasa, aku paling tak menyumbangkan sangat pun kalau wat diskusi. ermmm.. Dan ribuan terima kaseh kerana sudi membantu saya ye :)

Ukhwah itu indah.. Sehingga kemanisan itu mampu membuat aku menyukir senyum meski tanpa bersama kalian. Haaa.. dah mula nak rasa sebak dahlaa. Dengan kak hani, kak ain, kak farah ain. Kakak-kakak yang sangat saya hormati dan saya sayangi. Sentiasa menegur aku dengan penuh hikmah. Sementelaah rakan-rakan pemikir muslimat yang lain. Aku sangat senang mendampingi kalian. Kalianlah penyeri hidup aku sepanjang di UKM.. Banyak membantu secara langsung mahupun tak langsung. dengan pemikir muslimin pun rasanya aku tak de sebarang masalah ngan depa :)














Actually gambar ni lawa (means tak pecah-pecah gni), thanks to fb, bila download melalui fb skrg gambar meskipun daripada kamera lawa tetap akan pecah-pecah gni gambarnya. Kalu sempat nak je aku mintak terus gambarnya ngan Muiz, tak mau download kat fb :(  Anyway, credit pic to Muiz Zakaria. Thanks a lot Muiz! Jadi nak buat throwback cikit gambar dinner MAG hari tu lah :)




















Wahai sahabat, ketahuilah mengenalimu
Adalah perkara terindah dalam hidupku
Terima kaseh kerna ada buatku :)


Walau berjauhan, kita tetap bersama
Walau tak di mata hati takkan lupa
Tulus murni hatimu
Ku tetap kenang tika bersama

Salam penuh syahdu. Mohon maaf dia atas segala kekhilafan diri ini andai aku pernah mengguris hati kalian sama ada secara sedar atau tidak. Sekali lagi, terima kaseh wahai kesayangan! Aku bakal merinduimu :) Wassalam. **mohon jemput bila nak kawen, OK? :)