Powered By Blogger

Rabu, 24 Jun 2015

Khatmu Semester

24 Jun 2015-Rabu

Assalamualaikum whbt. Alhamdulillah wa syukurillah. Hari ini merupakan hari terakhir untuk kami menduduki peperiksaan bagi penutup final sem ni. Ya Allah. Perasaan ni punyalah sukar nak gambarkan. Sedih nak abes dah belajar, cuak pasai tesis tak siap-siap, stress dengan tesis yang tiada penghujungnya, dengan hati punya meronta-ronta nak balik rumah. Sampai terngiang-ngiang kat cuping telinga aku nih, "Kak long, selagi tak siap thesis, tak payah balik ye". Ahhh,i miss you so much, ummi, ayah, aniq! Jadi berbekalkan kekuatan yang tinggal tak berapa besar ni, aku gagahkan jugak stay kat sini untuk siapkan tesis aku ni.. Nak grad tahun ni kan Noraini Aqiilah -.- mohon usaha segigih mungkin. **muka cuak tahap dewa. Jom kawan-kawan, kita buat tesis sampai muntah hijau. haha.

Mentang-mentang minggu last, jadi kitaorang sempat dua kali photoshoot gambar PEMIKIR batch 2012/2015. Sekejap je masa berlalu kan. Rasa baru je masuk UKM. Err.. ni macam tak nak mengaku je diri sendiri dah berumur 23 tahun ni -.- pfffttt Oh ye, Happy Birthday to Me! Dua hari lepas, genaplah usia aku 23 tahun dilahirkan ke muka bumi Allah ni. Umi aku dulu, waktu dia umur 23 tahun, dia dah ada aku sorang. Motif? Nak cakap aku nak kena kaawen jugak dah kot  Eh. Takdelah, tak bermaksud gtu pun. Thanks for all the wishes and the duaa. And Thanks a lot for the gifts too! I love them sooooo much :) Perasan kan? Padahal kalu tak bubuh tarikh birthday tu kat fb, nescaya tak sampai lima orang pun akan wish aku happy birthday. Aku dah wat eksperimen banyak tahun dah. Kalu tak caya hang try la buat -.- ok..Apa aku melalut ni


Disebabkan rasa sayang aku pada KBH ni memang deep kan, sampai sekarang aku sayang nak tinggalkan bilik aku ni. Jadi extand lagi dua minggu untukk siapkan tesis inshaAllah. memang niat aku tak mau datang UKM dah lepas raya ni weh.. Nak duk umahh lah dulu.. Manja-manja ngan umi dan ayah.. Nanti tak tahu dah selepas ni macamna, nak sambung terus ke, nak kerja ke apa kan, ke nak kawen. tet.  Aku betol-betol berharap misi aku tercapai nih. Tak sabar rasanya nak makan masakan umi, tambah pulak bulan puasa ni kan.. huaaaaa *sebak rasa dalam dada ni* Dapat jugak merasa berpuasa di bumi UKM ni. Alhamdulillah, aku kira hampir tiga tahun berada di sini banyak benda yang aku belajar dan mematangkan aku. Meskipun tak banyak, tapi sedikit sebanyak tu adalah kan. Mungkinlah tak besar, tapi terkadang untuk merubah sesuatu yang kecil juga sebenarnya memerlukan kekuatan. Dan kadang-kadang kita takkan sedar hakikat sesuatu perkara, unless kita sendiri yang melaluinya. Kita pernah je dengar pengalaman orang macam tu macam ni, tapi bila masalah tu terjadi, cara kita hadapi masalah tu, itulah sebenarnya yang mematangkan kita. The best teacher is experience. Kan?


Macam-macam jugak pengalaman yang tak leh dibeli hatta dengan wang sekalipun.. Main kejar-kejar dengan bas---> itu perkara biasa. Pernah sekali tu, aku punyalah ayu (kalau pakai skirt tu aku declare diri aku ayulah tu.haha) like a princess, nak pegi pusanika je pun padahalnya. Aku turun je tangga hujung KBH tu aku nampak bas, daripada jalan nak ke DTAMS tu kan. Apa lagi, terkedek-kedek lah aku nak kejar bas. Nasib baik driver bas tu tunggu. Yang nasib tak baiknya, orang atas bas tu semua pandang kot. Malu sampai tak tahu nak letak muka katne. Kena kejar anjing? Pernah jugak sekali. Fuhhh, Mahunya tak berpeluh sejuk den dibuatnya. Haha. Malam-malam pulak tu. Satu benda yang aku tak leh lupa jugak, aku dulu pernah dengan roomate, terlewat g exam sebab berlaku salah faham. Exam tu dalam pukul 8.30 di BPA. 8.15 kami still kat KBH. Mahunya tak ribut. Waktu tu bas dah  terlepas dah. Apa aku buat? Haha, Aku tahan kereta sorang budak Chinese ni betol-betol tengah jalan, dan dia sorang lelaki. Buat muka kesian tahap dewa mintak tolong dia hantarkan ke BPA. Nasib baik dia sanggup hantarkan meskipun dia pun exam kol 8,30 kat DTAMS. So, its for the first and forever aku lewat masuk dewan exam.

Cerita pasal exam, result exam aku, boleh dikatogerikan sebagai biasa-biasa sahaja. Pernah dapat sekali je dekan. Cukuplah tu kan. Haha. Aku bukan kaki study, bukan juga ulat buku. Selagi tak exam selagi tu tak menelaah. **Please, dont try this one* .Setiap awal sem, niat di hati mesti gni, "Sem ni aku kena study awal-awal baru tak kalut ni". Tapi setiap kali nak exam baru aku nak hadap semua benda. Daripada sem satu sampai sem enam, macam tu lah yang terjadi.. Tapi aku bersyukur, sebab pernah join satu group discussion, ahli dia: Zatie, Faiez, Zuhayl,Syira, Nuar, Kak Kyla. Alhamdulillah, korang banyak sangat membantu. Aku selalu je rasa, aku paling tak menyumbangkan sangat pun kalau wat diskusi. ermmm.. Dan ribuan terima kaseh kerana sudi membantu saya ye :)

Ukhwah itu indah.. Sehingga kemanisan itu mampu membuat aku menyukir senyum meski tanpa bersama kalian. Haaa.. dah mula nak rasa sebak dahlaa. Dengan kak hani, kak ain, kak farah ain. Kakak-kakak yang sangat saya hormati dan saya sayangi. Sentiasa menegur aku dengan penuh hikmah. Sementelaah rakan-rakan pemikir muslimat yang lain. Aku sangat senang mendampingi kalian. Kalianlah penyeri hidup aku sepanjang di UKM.. Banyak membantu secara langsung mahupun tak langsung. dengan pemikir muslimin pun rasanya aku tak de sebarang masalah ngan depa :)














Actually gambar ni lawa (means tak pecah-pecah gni), thanks to fb, bila download melalui fb skrg gambar meskipun daripada kamera lawa tetap akan pecah-pecah gni gambarnya. Kalu sempat nak je aku mintak terus gambarnya ngan Muiz, tak mau download kat fb :(  Anyway, credit pic to Muiz Zakaria. Thanks a lot Muiz! Jadi nak buat throwback cikit gambar dinner MAG hari tu lah :)




















Wahai sahabat, ketahuilah mengenalimu
Adalah perkara terindah dalam hidupku
Terima kaseh kerna ada buatku :)


Walau berjauhan, kita tetap bersama
Walau tak di mata hati takkan lupa
Tulus murni hatimu
Ku tetap kenang tika bersama

Salam penuh syahdu. Mohon maaf dia atas segala kekhilafan diri ini andai aku pernah mengguris hati kalian sama ada secara sedar atau tidak. Sekali lagi, terima kaseh wahai kesayangan! Aku bakal merinduimu :) Wassalam. **mohon jemput bila nak kawen, OK? :)