Powered By Blogger

Rabu, 4 November 2015

Hari Jubah :)

Terima Kaseh Umi & Ayah :)


Assalamualaikum whbt.. Alhamdulillah :) 2November 2015 menjadi saksi kami berjaya grad tahun ni. Alhamdulillah.. Tiga tahun, sebenarnya bukanlah sekejap, tapi aku terpaksa mengaku bahawa masa yang berlalu terlalu cepat... Dalam sedar tak sedar, kami dah tamat pengajian pun.

Dah pergi ambik jubah konvo, Izzat sangat teruja nak bergambar dengan jubah tersebut taw. haha. Maka bermacam-macam drama terjadi.. semata-mata nak bergambar dengan jubah konvo. Dari UKM ke Putrajaya, sampailah balik ke UKM semula. Namanya pun bergambar, jadi mohon menatap gambar pre konvo yang tiada kesudahan ini .. Errrkk :p

maka saya tersangat lah malas pakai jubah yang maha panas itu lama-lama 

Aku kira berkat FPI sendiri kerana setentang dengan rumah Allah ini :)

ini mortar board saya

mana awak? ehh 


wajiblah ambik gambar di fountain UKM kan -.-

 


Drama Queen lah sangat.








happy sangat ni nak konvo kan. heee

betol kan butang baik-baik

yeah, we did it!



Rasa cukup dah gambar prekonvo nya. Sekarang gambar sewaktu Hari konvokesyen; 2 NOV 2015, Sidang 5, bermula jam 8 pagi.

Tanpamu, siapalah kak long. Sayang umi & ayah.
depa tak pernah kata bangga dgn anak-anak, tapi aku tahu,
untuk datang melihat aku bergraduasi hari ni, mereka bahagia :)  

Ayah sponser bunga untuk kami! 

terima kaseh datang dari jauh untuk tengok kak long ^.^

Kapsyen pun malaih nak taipp -.-

Cinta Hati Saya :)
Sahabat.

Tahniah geng PEMIKIR!


Terima kaseh atas ucapan dan doa. Moga yang terbaik juga buat kalian, InshaAllah. Buat umi dan ayah, jasa kpd kak long tak kan pernah dapat dibalas, maka kak long mendoakan agar umi & ayah sentiasa dalam limpah rahmat Illahi. Buat arfah, asma' dan aniq, kak long harap kamu semua akan lebih berjaya daripada kak long di hari esok. Amin! Buat semua guru, pendidik dan pensyarah, terima kaseh kerana mendidik saya sehingga ke tahap ini. tanpa anda, siapalah saya.. Khas buat bestie, Izzat terima kaseh kerana sentiasa berada di sisi saya hingga ke saat ini. Jom kita GOT sama-sama untuk sarjana dua tahun lagi OK? Buat semua sahabat PEMIKIR, anda sentiasa dalam ingatan. Rindu nya nak sekelas lagi.  Seriously.. Mohon hanta kad kahwen andai sudah tiba jodoh. Buat awak yang jauh di mata namun dekat di hati, saya sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kita. Jaga diri selalu sebab saya tiada di sisi untuk memerhatikan awak dan saya titipkan awak dalam pemeliharaan dan jagaan Yang Maha Berkuasa.  Tahniah semua, dan selamat majujaya.