Powered By Blogger

Sabtu, 11 Jun 2016

Semester Dua!

11 Jun 2016. 6 Ramadhan.

Bismillah. Assalamualaikum whbt. Salam Ramadhan. Alhamdulillah 'ala kulli hal. Study week bakal melabuhkan tirainya esok, dan akan muncullah peperiksaan minggu hadapan. Kami exam satu paper sahaja, iaitu Bahasa Arab Pengukuhan II pada 18 Jun nanti. Dan aku rasa macam lamaaaaaa gila tak balik rumah! -.- homesicknyaaaa rasa  Aku masih di bumi UKM buat masa ini. Bagi menyelesaikan sisa-sisa proposal aku. *actually proposal tu tak wujud lagi okey  Nangis tak berlagu sobs.


Aku rasa lain sangat semester ni. Kalau sem lepas kami memang sibuk yang amat dengan kelas, assignments dan presentations, tapi sem ni memang free sebab takdak kelas. Which is we are supposedly finish up our proposal, but we didn't. Tapi inshaAllah sempat hantar proposal kami sebelum balik nanti. Mudah-mudahan. Amin!


Dan yang lagi lain, ialah rasa macam bukan student lagi dah. Alahai rindunya nak join aktiviti -aktiviti. Jadi peserta program, jadi fasilitator, terlibat dengan kerja kumpulan. Sungguh! Lama rasanya tak brainstorm otak ni. Rindu nk program dengan PEMIKIR, KUFAH & PERDANA. Memang sem ni banyak attend seminar, yang bila mana anda bergelar student MA, jadi sangat common untuk menghadiri pelbagai jenis seminar. Tapi alhamdulillah aku masih berkesempatan untuk menghadiri daurah. Sekurang-kurangnya seminggu sekali. Kitab yang kami daurah sem ni ialah Hadis 40 Imam Nawawi, 40 Hadis Kelebihan Selawat dengan Matan Akidah. Tapi sayang aku terlepas daurah penutup last untuk sem ni. 

Boleh saya ikut awak balik JB tak?
Aku rasa sem ini mengajar aku sedikit sebanyak perkara dalam hidup ni. Like I've been through a lot. Semua orang ada pasang surut dalam kehidupan. Mungkin saat jatuh, ia kan mengajar kita untuk bangkit berdiri lebih kuat. Jom sama-sama doa banyak-banyak bulan puasa ni, semoga Allah menunjukkan jalan yang terbaik buat hambaNYA. Moga kita tergolong dalam kalangan orang yang diampuni dan  mendapat hidayah Allah serta didekatkan hati kepada junjungan Rasulullah SAW. Amin!

Aturan Allah adalah aturan yang sebaiknya. Bersangka baik lah padaNYA.