Powered By Blogger

Sabtu, 12 November 2016

Ironi Sebuah Pemergian

02 November 2016, Rabu.

Bismillah. Assalamualaikum whbt. Semoga kita sentiasa dalam keadaan yang diredhai Allah. Pagi tadi aku baru sampai UKM. Cuti midsem dah habis last week, tapi pagi rabu baru aku nak muncul di UKM. apa nak jadi dengan noraini aqiilah ni -,-

Akhir-akhir ini, makin kerap berita kematian diterima. Yang kadangnya keruntun hati ini. Ya Allah, perjalanan kehidupan mereka telah selesai, bagaimana dengan perjalanan hidupku? Bagaimana pengakhiran hidupku kelak? Sudah menjadi tabiat, andai terdengar berita kematian orang yang dikenali, lantas aku meringankan diri berwudhuk dan  menunaikan solat jenazah ghaib buat mereka. Maka terdetik di hatiku, andai aku meninggal kelak, adakah manusia yang ingin berbuat begitu padaku? Akan adakah?? Solat jenazah ialah solat terakhir yang dihadiahkan buat si mati. Doa terakhir selayaknya buat mereka. 


30 Oct 2016 yang lalu, kami sekeluarga dikejutkan dengan kehilangan mak teh yang telah dijemput Illahi pada usianya 49 tahun. Sungguh aku terkejut. Tidak menyangka secepat itu beliau pergi. Dan aku kira ini adalah kematian kedua yang memberi kesan emosi besar buat diri ini selepas kepergian arwah Abang Lan, 11 tahun yang lalu. Aku sempat melawat arwah di ICU Hospital Daerah Tanah Merah pada petang Sabtu, sebelum arwah menghembuskan nafasnya jam 9.00 pagi Ahad. Ya, berita itu aku sambut dengan lafaz Innalillahhi wa inna ilaihi raajiuun. Allah lebih sayangkan dia.



Setibanya aku di rumah arwah dalam jam 3 petang, sunggguh hati ini tidak dapat menahan sebak, melihatkan sepupu-sepupu aku memandikan arwah dengan penuh rasa kasih. Allah. Andai umi dijemput Illahi, mampukah aku setenang itu menguruskan jenazah beliau? Mandian terakhir buat seorang ibu. Lalu jenazah dikapankan sempurna, dan dijemput ahli keluarga terdekat untuk mencium jenazah buat kali yang terakhir. Diiringi esakan sedu-sedan, diri ini cuba menahan tangis, lalu memberikan ciuman terakhir di dahi arwah. InshaAllah, kita betemu di dunia yang abadi nun di sana.

Menginggalkan anak paling bongsu Haikal yang sama usianya dengan Aniq membuat hati ini merasa sayu. Haikal mungkin masih belum mengerti, tapi kini tanggungjawab ibu turut beralih kepada pak teh. Meskipun berat, hidup mesti diteruskan. Semoga mereka sekeluarga tabah meneruskan kehidupan di hari mendatang. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh arwah. Rohani binti Hasbullah- al-Fatihah.

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara : sedekah jariah,atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."
(Hadith Sahih - Riwayat Muslim dan lain-lainnya) 

-