Powered By Blogger

Selasa, 18 Februari 2014

PERMAI '14 !

kami punya banner :)

17 Januari 2014. Jumaat

Kami berkumpul di PUSANIKA sebelum bertolak ke sana. Ni cerita malam tu.. citer petang tu kami (saya, aliya, dayu, dengan aina) bersama beberapa jejaka dah sepetang melepak kat bilik perdana sebab kemas barang-barang yang nak dibawa ke sana J malam tu naik bas dalam pukul 11 malam lebih. Aku duduk sebelah Kak Husna, dan tidur dengan sangat tidak nyenyak kerana keadaan bas tu,, ditambah pulak dengan dengan bas yang suhunya sangat rendah kan..


18 Januari 2014. Sabtu


Alhamdulillah, kami selamat sampai dekat Gua Musang, dekat dengan tempat MAIK dekat Gua Musang. Dan suhunya masyaALLAH, sangat sejuk. Sampai menggigil-gigil chek dibuatnya. Siyesly! Awalnya memang tak nak mandi, tapi memandangkan semua wanita Melayu terakhir dah siap mandi, apa lagi aku tercabar. Ambik towel buat muka seposen dekat depan pintu toilet, sambil berfikir “Patutkah aku mandi?” Haihh sejuk gila kot! Macam duk Cameron, tambah pulak mandi dengan air sejuk, bukan air panas -_- tapi akhirnya aku berjaya menyahut seruan itu! Hee. Bangga, bangga. Lepas tu, kami breakfast dengan nasik lemak. Kemudian, dengar taklimat ringkas daripada Ustaz Mad, ustaz yang dah selalu urus pasal program-program macam kami sebelum ni. Bahkan, beliau telah terlibat dengan usaha dakwah di kawasan orang asli sejak 20 tahun yang lalu. Dah settle urusan kat sana, kami meneruskan perjalanan ke POS MENDROD. Ditinggalkan di tepi jalan besar menuntut kami berjalan agak jauh untuk masuk ke kampung tersebut. Tapi aku terdengar ayat ni, “Tak pe, setiap langkah  kita biar Allah je tentukan pahala k”. Ok, aku tarik  balik benda yang aku dah bebel-bebel sepanjang perjalanan tadi -.-"
Pembahagian keluarga angkat. pertama kali jumpa amek :)

Sesampainya dekat sana kami berkumpul dekat dewan untuk sedikit majlis perasmian, dan selepas itu diteruskan dengan pembahagian anak angkat. Hehe. Berdebar-debar tak semena-mena. Siapalah insan malang yang nak  kena jadi partner aku ni.. -_-. Memandangkan famili angkat yang aku dapat, ahlinya tak ramai, jadi hanya aku dengan Muhammad Luqman Hakim ditempatkan untuk keluarga Rosita dengan Haslam. Ada sorang anak kecik, namanya Sahira. Amek kami umur 18, sedangkan kami berumur 22 -.-  Apa lagi, gelak sakan aku dengan Luqman.


 Jadi aktiviti first day memang tak banyak. Aktiviti wajib 1st day memang bertaaruf, berkenal-kenalan. Lepas tu pergi tengok sungai kat belakang rumah kejap. Nasib baik Luqman ada, tiadalah aku lost sangat nak cakap ape ngan amek dan apak. Cuma... rumah kami jauh sangat. Nak kena ulang alik memang rumah kami paling hujung. Sabar aje lahh :) Malam tu ada tayangan cerita untuk penduduk sekitar. Lepas tu aku mengira bintang, tapi banyak kali tersedar sebab keadaan sejuk sangat. And, I don't even bring my sweater... arrgghh









19 januari 2014. Ahad

Masa untuk exercise! Padahal tak sempat keluar peluh pun. Tibalah event yang sangat ohsem iaitu pertandingan memasak antara famili dengan anak-anak angkat masing-masing. Aku dengan Luqman gabung dengan jiran sebelah. Jiran sebelah pun rumah emak kepada amek kami jugak. Kami mula dengan pergi ambil buluh, kemudian cabut ubi kayu. Agak banyak sebenarnya ubi yang diambil. Lepas amek-amek kami tahu yang masakan tu nak kena hantar pukul 11 setengah pagi, kami mula buat secepat yang boleh. Ubi kayu diparut halus, kemudian digaul dengan sedikit minyak masak. Lepas itu, digaul sekali dengan ikan  bilis yang telah digoreng. Kemudian dimasukkan ke dalam buluh yang telah dialas dengan daun pisang. Macam nak buat lemang chek habaq dekat hang! Lepas tu amek kami masak megi goreng, campur dengan pucuk ubi kayu, untuk cecah sekali dengan ubi kayu yang dimasak dalam buluh tu. Buluh tu kemudiannya dibakar atas api, sama macam lemang. Dah masak tu, ngam-ngam dengan masa, tepat-tepat pukul 11 setengah. Tapi kami punya excited nak testing sampai dah tak hirau apa. Yang penting, benda tu sangat SEDAP! Beria benau si Luqman makan *padahal dia lapar. haha evil laugh Jadi, kami satu-satunya kumpulan yang masakannya tak dihias langsung. Dah lewat nak lapor diri kan, memang tak sempat nak touch-up apa. Hoho.  Selepas semua masakan dinilai, kami dapat nombor dua! Yeay! We did it. Tapi si dia tetap tak puas hati dengan Alia, kenapa Alia boleh menang tempat pertama. Haha. Kelakar. Dah dapat tempat kedua daripada 40 buah keluarga, kira dah berjaya lah tu kan. Tapi aku terkilan, sebab tak sempat ambil gambar masakan kami. Jeng! Alia masak karipap yang dibuat daripada ubi kayu berintikan ikan sardin. Unik! Rugi tak sempat rasa.
kompius. mana abang mana adik ni? hihi

Tengah hari tu plak kami main sukaneka dengan budak-budak. Mak ai, punya lah payah nak susun atur adik-adik ni. *garu kepala kakak taw? Dah siap atur diorang semua, kami terus main. Antara game untuk budak-budak ni ialah bawa bola pingpong dalam sudu, cari gula-gua dalam tepung, dan main rebut kerusi *dengan sesuka hati aku letak nama game. Aku kurang pasti game orang dewasa sebab aku ambil part untuk handle bebudak ni. Tapi aku nampak macam ada belon yang telah diisi air dan dilambung-lambung. Yang paling catchy of course lah main SUMPIT. Aku tiada keinginan nak main benda tu, tak tahulah kenapa. Tapi aku tengok, bukannya menyumpit sangat, cuma excited nak mengambil gambar je.-.-"


pusing lagiiiiiiiiii! jangan berhenti

masak la kononnya kannn . ok ini poyo :p












jom, mandi sungai!






Sebelah petangnya pula, pula laki ada fooftball friendly match dengan penduduk dekat situ. Kami, geng pompuan pegi mandi sungai! Hooray! Airnya SANGAT SANGAT sejuk. Siyesly! Sejuk sampai tulang. Aku turun kejap je pahtu, menggigil-gigil. Aku paling awal naik. Surrender -_-. Malam tu kami ada slot modul solat dengan kanak-kanak ribena ni. Aku sampai kompius, yang mana satu Islam, yang mana satu bukan Islam. Lepas tu kami hanya berbual-bual secara santai dengan anak-anak ni. Menggunakan pendekatan analogi atau penceritaan agar boleh membuka pemikiran mereka. Kemudian, ada prank bithday untuk Ewan, budak 1st year. Yang tu aku tak kesah sangat pun sebab dah penat kan. Then, zzzzzzzzzzzzzzzzz.

20 Januari 2014. Isnin

Baru nak ambil mood bermesra-mesra dengan amek dan apak, tetiba dah nak balik. Rasa kejap je. Tak sempat meneroka kampung. Tak sempat lagi nak merasa ikan sungai yang apak tangkap. Tak sempat try ikan keli yang apak ternak. Buah-buahan pun stilll tak masak kat pokok, jadi memang tak merasa sangatlah. Amek cuma bekalkan kami dengan buah dokong dan ubi kayu. Aku mintak agar tidak terlalu banyak, supaya senang nak angkut barang nanti. Almaklumlah, kenderaan aku kan bas. Sat g siapa nak tolong angkut. Si Luqman pulak macam chipsmore, asyik hilang je. Selepas majlis penutup, kami makan tengah hari bersama dengan amek. Aku pun ada bagi nombor fon dekat mereka, kalau ada kesempatan agar mereka dapat hubungi. Nak jadi cerita, aku je satu-satunya pompuan yang berjaya jalan keluar sehingga ke jalan besar. Berpeluh-peluh kot.. tapi punya excited nak balik, pejam mata je jalan *padahal semput! Selepas salam amek, jumpa Luqman. Tak sempat mintak maaf offficially dek kerana panas mentari. Hoho. Terima kasih partner sebab banyak back-up aku! Selamat tinggal KAMPUNG MENDROD, kalau ada rezeki aku nak datang lagi. InshaAllah. 
meet my partner, Luqman Hakim :)

Sampai kat Machang dalam pukul 6 petang. Terus pegi serbu pasar malam, sebab Arfah mengidam yang makan steamboat ... ok sekian.:)

Tiada ulasan: