Powered By Blogger

Isnin, 8 September 2014

The moments of internship

8 September 2014. Isnin

**Hari pertama, bagi permulaan semester 5. Hai UKM, Hai KBH! Juga hari yang sangat memenatkan, sebab aku ambik masa setengah hari untuk kemas semua barang-barang. Sejak bila la barang-barang ni beranak -pinak sampai jadi banyak macm ni. Unexpected betol -.- And, I had finished my internship report. wink wink :) So,I wanna throwback that moments here!** (muqaddimah dah berjela-jela)
-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Bagi memenuhi kehendak Fakulti Pengajian Islam UKM, agar setiap pelajar mengikuti latihan ilmiah atau latihan industry (LAI) untuk keperluan bagi subjek ini, aku telah membuat internship aku di Pejabat Agama Jajahan Tanah Merah (PAJTM), Kelantan. Sepanjang duk intership kat sini enjoy sangat-sangat, nak tulis diary internship macam panjang gila, dan aku ada buku log khas untuk internship ni,  jadi antara moment yang buleh dicedok untuk aku muatkan kat sini adalah seperti dibawah:


  • ·         1st day

Ya Allah, aku sangat-sangat berdebar untuk ke PAJTM. Dalam fikiran ni semua benda duk fikir. Macammana lah agaknya keadaan kat sana. Staf kat sana ok ke? Kerja banyak  ke?
Disebabkan aku ke pejabat pos dulu pagi tu untuk renew aku punya drive license, jadi alamatnya aku sampai lewat ke pejabat. Dalam pukul 9 lebih baru aku sampai. Buat muka sengih-sengih, then masuk. Waktu tu dah ramai student daripada uniiversiti lain sedang buat internship kat situ. 1st perception aku “OK kot, Nampak baik je semua orang”. Ye, syukur Alhamdulillah. Dalam hati kecil aku berdoa, agar semua urusan dipermudah oleh-NYA.

staf-staf :)







  • ·         Kes-kes hospital
Sepanjang duk buat internship kat sini, banyak kali jugak aku ke hospital *bersama bahagian penguatkuasaan untuk kes anak luar nikah. 1st time pergi memang rasa kekok. Jadi aku banyak buat pemerhatian atas apa yang Pok ku buat bila ke hospital. Bermula dengan pengenalan diri kami sebagai pegawai agama bahagian penguatkuasaan, seterusnya pengenalan tentang seksyen yang boleh dikenakan ke atas mereka tantang kes anak di luar nikah. Kemudian, soalan-soalan yang berkaitan dengan kes tersebut. Dah banyak kali pergi ke hospital, aku sendiri yang ambil keterangan pesalah, dan Pok ku hanya bertanya. Sampai ke tahap seterusnya, aku sendiri diberi kesempatan untuk bertanya kepada pesalah tersebut.

Antara kes yang aku tak leh lupa ialah kes yang melibatkan remaja 15 tahun, yang hamil luar nikah hasil hubungan dengan teman lelakinya yang mana merupakan seorang penagih. Bahkan ibu bapa perempuan ni memang tak nak anak dia kahwin dengan penagih tersebut. Bagi aku remaja perempuan ni terlalu muda untuk menghadapi semua ni. Sampaikan dia request dekat doctor agar dia bersalin melalui pembedahan. *nak telan air liur pun rasa tersekat kat kerongkong*
Umumnya, banyak jgak kes anak luar nikah yang terjadi, even Tanah Merah ni Bandar yang tak berapa nak besar sangat. Ini adalah kes yang direkod di pejabat, yang duk bersalin merata tu tak masuk rekod lagi. Aku tertanya-tanya, salah siapa? Atau remaja hari ni merasa mereka terlalu dewasa untuk melakukan segala yang diingini mereka tanpa kawalan. Nauzubillah.


  • ·         Kes-kes mahkamah
Aku pernah jugak beberapa kali mengikuti prosiding perbicaraan di mahkamah rendah syariah tanah merah. Antara kes yang biasa dibicarakan disini ialah kes penceraian sama ada dengan kebenaran atau tanpa kebenaran, kes khalwat, kes berkelakuan tidak sopan, tidak berpuasa di bulan Ramadhan, dan lain-lain. Yang paling common sangat-sangat mestilah kes cerai. Tak sangka jugak yang memang kes cerai banyak. Aku perhati ramai jugak yang kahwin muda-muda bercerai. Bukanlah aku nak kata kahwin muda tu salah....
my lovely sijil kursus kawhin. hihik


  • ·         Program & aktiviti
Sementelaah aku memulakan internship kat sini pada hari pertama Ramadhan, jadi aktiviti yang dianjurkan tak banyak sangat. Kami banyak melakukan rondaan untuk memastikan jika terdapat orang Islam yang tidak menghormati bulan Ramadhan. Cuma ada satu program bersama ibu hamil di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak kemahang Dua. Aku jadi emcee untuk program ni. Then, lepas habis Ramadhan, aku follow up Abe Diy dengan Abg solah untuk kursus kahwin. Aku sendiri pun merajinkan diri daftar kursus kahwin gatai haha. Alang-alang nak handle kursus tu, bayar RM70 untuk sijil. Senang, buleh digunakan untuk kahwin nanti.

emcee bidang terjun.hihik

comel je ketua misi ni pun :)

us :)


·      --   Aku dan anuar
Mentang-mentang aku sama universiti dengan Khairul Anuar, satu office memang setiap hari mendoakan jodoh aku dengan Anuar.  Setiap hari kerja, tak pernah miss, sepanjang kami duk internship kat situ. Nasib kaulah labu.Si Anuar pulak melayan, jadi aku pun ikut jelah. Kalau Anuar makan, sibuk je nak suruh aku teman. Kalau anuar nak air, sibuk je suruh aku tuangkan. Tu tak termasuk usikan yang memang nakal tahap dewa. Sampai kadang-kadang tak larat  nak gelak dah. Haha. Tapi nampak macam memang kitaorang rapat kot time duk intership sama-sama kat situ. Aku pun senang bercerita ngan dia. Sebab kami emang dah kenal, so anything yang ada tak settle, tak puas hati, masalah semua aku cerita ngan dia. Senasib lah kononnya kan. haha

dialah kononnya savior aku dekat pajabat ni -.-"


  • ·         Teman-teman
Masa aku mula-mula masuk macam terkejut jugak sebab macam ramai yang duk internship kat situ. Yang 1st keluar dari citu ialah Afiq, budak law daripada UNiSZA. Kemudian, Syuhada dengan Nora Asikin budak kerja social daripada USM. Ada jugak Asma, student Usul Fiqh daripada UIAM. Selain itu, Aqliriana, atau aku panggil Yana je, daripada UNiSZA. Yana ni buleh kata favourite ramai orang sebab dia suka senyum, manis orangnya. Ada jugak Adilah, study dekat Riau, Indonesia. Last but not least, Izzaty, budak Antrologi Sosiology, FSSK UKM. A very outspoken person.and I like it very much. Hehe. Lagi sorang, Rasydan,ini budak yang paling pendiam kat situ. Sorang lagi hamba Allah yang aku tak sebut lagi dalam list ni ialah Anuar.
semua dah comel sebab nak bergambar :)

(:



29 Ogos 2014

:)
















  • ·         Staf-staf
Semua staf kat sini peramah. Mereka banyak sangat tolong, banyak bagi tunjuk ajar kepada aku. Start dengan PAJ, Tuan Mohd Fadli bin Sulaiman, Timb PAJ, Ustaz Ibrisam, Ustaz Wan, Ustaz Aziz, Abg YAzid, Abg Die, Abg Solah, Abg Ise, Abg Jat, Kak Su, Kak Dah, Kak Tie. Terima kaseh banyak-banyak untuk semuanya .


  • ·         Keluar masuk
Macam biasa-biasa. Time bulan Ramadhan hari tu banyak kali jugak berkesempatan membuat rondaan kot-kot ada manusia yang tak puasa. Then, aku ada jugak ikut ke rumah orang kena tuduh (OKT) untuk bagi waran tangkap bagi mereka hadir  ke mahkamah. Waktu keluar jalan-jalan pun ada. **tak mau cita panjang yang ni, simpan dalam memori je. Heee


  • ·         Last day
Hari terakhir aku berpraktikal kat sana ialah 29 Ogos 2014. Sebenarnya, rasa sedih sangat, sebab dah mula start rasa rapat, macam family sendiri. Sabar je lah. Tahan diri daripada merasa sebak, kalau dah start banjir, lagi payah nak cegahnya.. Then, kami ada jamuan akhir pada 4September tu. Sayonara.. Moga ketemu lagi. Terima kaseh atas segalanya.  Mohon beribu kemaafan sepanjang perkenalan ini.
:)

(:




**selingan foto perkahwinan sahabat Syakir dengan Kak NorHayati (30 OGOS 2014), serta Akmal dengan Kak Tehah (31 OGOS 2014). Barakallah sahabat. Moga bercinta sehingga ke syurga :) Nanti dapat baby cepat-cepat ye..


Barakallah :)

Sama cantik sama padan :)

kitaorang dah kawenn!!

amek berkat pengantin .winkwink

muka orang yang kononnya terpaksa pergi kenduri ngan aku.

Tiada ulasan: