01 Nov 2014
Assalamualaikum whbt. Hello Nvember! Cepat betul masa berlalu, rasa macam sem ni baru je bermula.. Padahal ini dah masuk minggu kedua selepas mid sem ari tu. Alahaiii... Tepuk dahi kuat cikit pasai proposal thesis aku tak submit lagi.. grrrrr.. Apa nak jadi ngan final year student (aku) ni? sob..sob
Lama tidak menukilkan sesuatu dalam ni. Walaupun selalu jenguk, tapi tetap tak buat new entry. Dek kerana mood homesick yang memang sedang membuak-buak, selepas balik bercuti seminggu dekat rumah hari tu kan, jadi hari ni aku nak buat entry pasal hero aku dunia akhirat, iaitu AYAH :) Erm.. terus fefeling homesick macam nak balik rumah sekarang. Kadang-kadang rasa aku memang manja even aku anak sulung..*mengalahkan adik -.-

Kalau nak kira, tahun ni ayah dah nak masuk 46 tahun dah. Sementara anak dara dia ni 22 tahun.. Sekejap je masa berlalu. Aku ingat lagi, dulu time kecik-kecik semua orang cakap aku ni anak ayah. Sampaikan tok ayah panggil kat ayah, "Ayah Long" dan "long" tu refer kepada aku, sebab semua orang kat umah panggil kak long. Masa umi dengan ayah still belajar dekat maktab, aku dengan arfah tinggal kat kampung dengan tok ayah dan nenek aku. Kalau nak bagi aku tidur, bagi je kain sarung ayah, baru leh tidur. Nak pulak kain ayah yang tak berbasuh, sebab kalu yang basuh dah tak de bau ayah. Sampaikan time aku dah besar, aku tak percaya i had that bonding with my father :) Patutla semua cakap aku anak ayah. hehe
Time sekolah dulu, aku tak pernah belajar dengan ayah, maksudnya ayah tak pernah mengajar aku dalam kelas secara formal sebab aku belajar kat sekolah umi je. Ini cerita daripada darjah satu sampailah darjah enam. Selepas tu aku bersekolah kat SMKA Wataniah, Machang, daripada tingkatan satu sampailah tingkatan 5. Ayah memang gigih, hantar dan ambik aku ngan arfah walaupun kami balik dua minggu sekali.. *anak manja, semua nak harap umi dengan ayah.
 |
eid fitri 2014 |
Selepas aku dapat keputusan SPM yang cukup-cukup makan, tapi masih melayakkan aku ke matrikulasi satu tahun, aliran sains dekat KM Pahang. Malangnya, tawaran itu aku tolak sebab aku rasa tak leh nak go on dah dengan aliran sains. Jadi aku pilih untuk sambung tingkatan 6 dekat SMKA Naim Lilbanat, Kota Bharu.. Memang cita-cita aku nak sambung ke UKM, sebab ayah dulu pun grad daripada sana dia punya degree syariah. Aku baru je start nak semangat belajar tingkatan 6 kat sana, aku dapat offer tawaran kedua foundation of Fiqh Fatwa daripada USIM. Umi dengan ayah memang semangat nak suruh aku sambung sana, sebab memang USIM tu uni yang agak hebat kan. Tapi aku punya perasaan dah bercampur baur dah. Nak tinggal Naim ke tak?? Sampaila ke satu tahap aku dengan rasa sebak, cakap kat ayah, aku nak stay kat naim je,, tak nak g mana-mana.. Umi follow je keputusan aku, asalkan aku nak belajar. Masa tu takde terasa sangat. Cuma lepas ayah ulang-alik ambik aku dekat sekolah, ayah terkeluar jgk kata, "Kalau kak long belajar dekat usim kan ok, ayah tak kena ulang-alik dah hanta kak long sekolah". Masa tu, memang rasa tersentuh, even aku tahu ayah tak bermaksud begitu.
Kehidupan sebagai student form 6 dekat sekolah yang grand macam Naim, sebenarnya agak tekanan bagi aku, pada mulanya. Student yang pandai-pandai, bijak-bijak, memang pandang rendah kat kami la kan. Perlekeh form 6 pun perkara biasa jugak. Di"anak tirikan?" sangat common. Sampai la satu tahap, memang dah tak kesah, malas nak ambik pusing. Buat apa nak pikir lelebih? Maka, hiduplah aku hampir setahun setengah kat sana. Tekad aku memang jelas kat situ, kalau dulu aku dah tolak offer USIM, result STPM aku mesti kena melayakkan aku ke universiti yang lebih baik daripada itu. By hook or by crook. Itu janji pada diri sendiri.
Alhamdulillah, berkat doa ayah & umi serta guru-guru keputusan yang aku dapat tu sangat memuaskan hati aku. Rasa kecik sangat diri, sebab kuasa Allah yang lebih besar dalam menentukan segalanya. Aku ingat lagi, malam sebelum keputusan tu keluar,aku memang tak lena tidur wei. Berdebar sangat.. Macam-macam dalam kepala. Ayah pulak pagi tu rilek je, "Kita g ambik result kak long tengahhari cikit la ye?". Aku angguk je. Tangan ni punya la sejuk dari ke pagi. Aku sampai dalam pukul satu kat sekolah. Masa nak duduk tu sedang-sedang je cikgu announce nama. Pastu, kawan-kawan yang ada dekat-dekat semua ucap tahniah. Masa tu aku rasa itulah antara hadiah yang aku leh bagi kat umi dengan ayah :) walaupun tak seberapa.
Lepas tu, dapat offer ke UKM, aku bersyukur sangat. Akhirnya, Allah makbulkan doa aku. Kalau dulu ayah belajar syariah, sekarang kak long belajar usuluddin. Haih.. nak masuk tahun tiga dah pun. Rasa macam semalam baru umi dengan ayah hantar kak long kat sini. Aku tahu umi dengan ayah happy sangat aku dapat sambung sini, walaupun diorang tak pernah nak cakap. Diorang tak pernah nak bermegah-megah dengan kebolehan anak-anak, tak macam orang lain. Aku bersyukur sangat-sangat sampai ke saat ini, kerana Allah mengizinkan aku untuk berada di sini.
Sekarang ni, balik umah je, umi banyak bagi ceramah nak suruh anak dia sambung master terus. Ayah pun sama. hihi. Aku pun tak tahu.. tengoklah nanti macamna, inshaAllah kalau ada rezeki aku sambung. Niat di hati nak cari calon dulu, risau jugak kot-kot si arfah langkah bendul aku. ayat mintak penampar haha Balik umah, aku suka perhatikan ayah time dia tidur. Yelah, masa tu je dia nak ada kat umah, kalau tak memang tak lekat kat umah.. sibuk ke hulu, ke hilir. Muka yang sudah meningkat usia, dengan uban di kepala yang semakin banyak, membuat aku terfikir masa berlalu begitu cepat sekali! aku akur masa aku berada di rumah adalah terlalu sedikit. Bermulanya sekolah menengah bererti aku mula tinggal di asrama, sehinggalah form 6. Sambung ke UKM pun, memang stay kat kolej lah kan.

Kalau nak ikutkan, ayah memang pendiam.. Cuma bila dia marah atau tinggi suara sikit, memang kami adik beradik hormat. Thats mean, ayah marah. Kecik dulu memang kena marah jugak, almaklumlah, nakal sangat sangat kan. Dah besar-besar ni tak de kena marah dah :) hihi. Walaupun ayah ni tegas, tapi aku tahu hati dia lembut. Semenjak dua menjak, time baca khutbah kat masjid, there's certain part, aku perasan ayah berhenti baca khutbah sekejap..lepas tu dia sambung, dalam nada suara sebak.
Kalau dulu kawan-kawan selalu akan tanya, "Aqiilah dapat result cantik ari tu, umi ayah bagi apa?" Terdetik dalam hati, umi dengan ayah memang takde bagi hadiah khusus, atas kejayaan yang tertentu tu, tapi aku merasakan kejayaan akulah hadiah sebenar buat mereka. Walaupun tak seberapa.. Aku tak lupa, keluarga kami dulu pun bukan jenis berharta, hidup senang-lenang. Yes, both of them kerja sebagai cikgu kerajaan, tapi itu bukan tiket buat kami adik-beradik berbelanja mewah. Nope! Handphone aku yang cap ayam ni pun beli pakai duit sendiri, rasa tak munasabah nak mintak duit umi ayah. tapi kalau to4 tu ada. hihi. Cukuplah ayah sanggup keluarkan duit, tambah sebuah lagi kereta untuk aku guna time praktikal hari tu. Terharu sangat.. huwaaaa.. Tak sabar nak grad tahun depan. Itu juga salah satu hadiah daripada kak long, istimewa buat umi dan ayah :)
Love you to the infinity. Doakan kejayaan kami. di sini sehingga ke sana :)
 |
cinta hati sejak lahir lagi :) |