![]() |
nah.. banner! |
09 NOV 2014.
Assalamualaikum whbt. Alhamdulillah. masih diberi ruang bernafas sehingga ke saat ini. Even badan rasa tak berapa nak sehat sangat, balik semalam terus bersin-bersin. Mungkin faktor cuaca yang sekejap panas, sekejap hujan jugak.. Tak pernah menyalahkan semua faktor itu, kerana semua berlaku dengan izin Allah. Moga selsema ini tak melarat. InshaAllah. Rasa bersyukur sangat sebab berjaya jugak selesaikan program ini dengan jayanya, walaupun ada sedikit kekurangan di sana sini.
Bertempat di Hutan Lipur, Ulu Bendul, Negeri Sembilan. kami bertolak daripada UKM lebih kurang pukul 8 suku pagi dengan tiga buah bas. Aku punyalah risau, kalau hujan memang lebat kat sana, cane kami nak go on dengan program? Sementelah aku incharged as programmer untuk program ni. Sebab bertolak daripada UKM, memang keadaaan hujan. Sesampainya di sana, cuaca memang redup mendung, lepas tu hujan renyai-renyai then berhenti. Alhamdulillah, Allah telah memudahkan urusan kami.
Aku sebenarnya, happy gile-gile sebab ramai kawan yang join sekaki, Zati, Nadia, Nabila, Anuar, Faiez, Amir. Selalunya, aku dengan geng PERDANA je. Tapi semalam memang best, dapat lepak sesama. Lama rasanya tak kuar jalan-jalan. Ni pulak dah masuk tahun 3.. ermm.
![]() |
dah kenapa aku macam budak sekolah je dalam gambar ni. hikhik |
Sebab aku dah janji dengan umi, takkan main air, apatah lagi mandi sungai or air terjun, jadi aku memang tak sentuh air. Lagipun, air nampak tak seronok sangat, mungkin agak keroh sebab hujan :) Kami ada buat game, bola beracun pakai kain batik, passing biskut pakai mulut, pusing-pusing botol air, belit guna kertas tisu, dengan dress up pakai surat khabar. nama game di sini telah direka oleh aku sendiri sebab dah lupa Lepas tu kami gerak gi taman ular.. Petang tu pulak sesi bebas. Kami bertolak balik dalam pukul 6 petang ke UKM. Semua tertidur keletihan atas bas. Tinggal aku je berkeli-kelip duk tengok The Expandable 3 :)
![]() |
meet the boss of programmer Aina and Ayu |
![]() |
Keluarga KUFAH @ Family Day PERDANA. |
OK..last but not least, gambar selfie paling mahal abad ini. muahaha. Special thanks buat semua kawan-kawan dan peserta program yang sudi hadir bagi memeriahkan program kami. Kami momohon maaf atas beberapa kekurangan yang tidak dapat dielakkan. Lain kali kita pergi lagi ye. InshaAllah :) Semoga PERDANA sesi depan dapat buat yang lebih baik daripada kami ye, kasi gempak wei! Sehingga ketemu lagi.
![]() |
katanya: gambar belakang yang cantik :) dari kiri faiez, aku, & anuar. believe me that depa ni bodyguards aku~ |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan