Powered By Blogger

Ahad, 15 Mac 2015

My 3rd D.O.A

Assalamualaikum whbt. Syukur sangat kehadratNYA kerana aku akhirnya berjaya melengkapkan siri dakwah under KUFAH buat kali ketiga. Yes. It's our third DOA in Kampung Limau, Kuala Betis, Gua Musang, Kelate :) Meskipun pada awalnya, aku ingat nak slow down aku punya aktiviti untuk sem ni, tapi aku gembira masih lagi berkesempatan ke sana untuk kali ini.

Yang mana mungkin juga akan menjadi kali terakhir aku berkunjung ke sana. Suasana yang agak berbeza dengan sebelum ini. Mungkin kerana banjir besar yang melanda Kelantan baru-baru ini turut menjejaskan kampung ini dari sudut fizikalnya. Keadaan yang lebih berdebu, bahkan kesan-kesan lumpur masih jelas kelihatan. Bukan itu saja yang berubah, keluarga aku juga dah berubah. Means adik-beradik angkat aku dah tak sama. Haih, Muiz tak jadi adik aku dah. Huwaaaa. haha. Jadi, my new family member consist of me, Abang Hafiz, Nuruddin, dan sorang adik tahun satu, namanya Afiqah :) Mula-mula mestilah risau kannn.. Camne aku nk survive untuk tiga hari ni. Tapi so far, so good. Abang-abang dengan adik aku sangat-sangat supportive dengan kami punya keluarga. Jadi, aku akan cuba rewind balik kami punya tentatif kat sana hari tu, sepanjang tiga hari kami berada di sana.




12 Mac 2015 (Khamis)

Kami berkumpul dan bertolak ke sana lebih kurang pukul 11 malam daripada UKM.

13 Mac 2015 (Jumaat)



Selamat tiba di Gua Musang kira-kira jam 5 pagi. Sejuk menggigil bak hang! Itu salah satu kesan naik bas dengan air-cond sepanjang malam. Aku sempat je tapau breakfast nasik kerabu siap dengan lauk daging bakar. Dia punya nikmat makan di Kelantan is unexplainable! Kemudian, dalam pukol 11 pagi kami mula bertolak ke Kampung Limau, daripada Gua Musang. Sesampainya di sana, terus kami dibahagikan dan diletakkan dalam keluarga masing-masing. Aku bukan lagi dapat keluarga amek yang dulu. Tapi dapat anak kepada amek aku yang hari tu. Jadi nama amek baru aku ialah Rohani bt Anjang. Amek aku ada dua orang anak, Ruzilan dan adiknya.


Afiqah, Nuruddin, dan Aqiilah

Jadi, di hari Jumaat yang mulia ni, pihak IOA bagi lauk daging untuk aktiviti masak-masak dengan keluarga angkat. Maka, dengan sangat bersemangat aku pun potong la daging tersebut. Masak goreng kicap je pun. Tapi, alhamdulillah, berjaya jugak aku masak. Sebelum ni, tak pernah aku betul-betul masak kalau duk rumah amek yang dulu. Sedap ke tak sedap tu belakang punya cerita. Haha. Nasiblah insan yang bertuah buleh rasa aini aqiilah masak. Aktiviti 1st day, macam biasa tidak terlalu berat. Sekadar bertaaruf, dan bercakap tentang intro kepada agama dan kepercayaan dengan mereka. Kerjasama yang aku dapat daripada amek pun sangat memuaskan hati.



Abang Long kami ada taw! lol

seronok eh, basuh pinggan? :p


Sebelah malamnya, kami ada buat tayangan video kepada amek-amek dan apak-apak sekalian. Since, adik muiz a.k.a kamera man, maka banyaklah gambar keluarga aku dan amek dalam DOA II hari tu. Yang kali ni punya pun memang banyak jugak gambar keluarga kami, since encik jiran (Aizuddin) yang pegang kamera kan. Bagi penginapan, tempatnya dah tak sama dengan yang sebelum ni. Kali ni, kami menumpang dekat dewan, kat kampung sebelah.

Sepatah dua kata, katanya....




14 Mac 2015 (Sabtu)

Amek goreng nasik untuk anak-anaknya hari ni. Lepas tu kami ada sesi untuk ajar adik-adik baca iqra. Tengah hari, aku goreng ayam. Tapi kantoi, ayam aku tawar, xde rasa. haha.. Sebelah petangnya pula, kami bersukaneka. In fact, xseronok sangat buat game pkol 3 petang. Hang nak tahu pasai pa? Matahari macam duk atas kepala ja taw.. Dengan keadaan debunya.. Jadi aku amik port jauh-jauh je. Belah malamnya, ada buat makan-makan pulak. Kali ni, amek-amek yang masakkan untuk kami.




15 Mac 2015 (Ahad)

Kejap je kan.. Dah nak balik UKM dah.. Pagi tu sempat merasa Fiqah goreng bihun.. Sedap!! Siap dengan Prof Jaffary siap singgah makan lagi.

tq banyak amek. jumpa lagi inshaALLAH

with kak aminah :)















bab selfie, aku serah kat amir 


Kami bertolak balik ke UKM dalam pukul 12, dan selamat tiba pukol 9 malam. Keesokannya aku terus pegi Pusat Kesihatan sebab sakit tekak. ahh, I caught a flu. Sebelum ni, tak pernah aku sakit sampai kena pi mintak ubat kot. Terima kaseh buat yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan DOA III ini.. Semoga usaha kita yang kecil ini, barakah di sisinya. Amen, inshaAllah.


with Muiz, my former brother ;p 
abang hafez, aku, amek, iqah dan nuruddin :)


Lawa kan kita punya flower crown??! I love it sooo much

Tiada ulasan: