Powered By Blogger

Rabu, 13 Mei 2015

10 Questions?

Assalamualaikum whbt. Alhamdulillah, meskipun hidung dengan tekak masih sakit sebab serangan selsema mengejut hari tu. Semoga ia menjadi kifarah dosa buat hambanya yang dirasakan sangat berdosa. Hari ini, aku anggap sebagai hari yang bersejarah buat diri aku. Akhirnya, aku khatam jugak buku Hilal Asyraf, "Sebelum Aku Bernikah- Memeluk Sempurna".





Buku yang sangat bagus dari sudut pengisian dan isi kandungan. Dan telah berjaya mengajak aku melihat perkahwinan dari sebuah sisi yang berbeza. It's not about the only LOVE, but it's about creating UMMAH. Berkahwin bukan untuk suka-suka, sebab kawan semua dah kawen, sebab boring, sebab nampak best je kawen awal, sebab nak elak maksiat?? Itu secara zahirnya, seperti mana yang dipaparkan oleh cerita-cerita atau drama-drama melayu yang penuh dongeng.


Lalu, matlamat perkahwinan itu tinggal kelam, tidak bertemu jalan yang sepatutnya. Bagaimana ingin mencapai bahagia, jika matlamatnya sendiri masih samar? Masih kabur? Dan mengharap kehidupan kita akan jadi sempurna seperti novel cinta atau seperti drama yang tak sudah tu? Berpijak di bumi yang nyata, kita takkan pernah jumpa manusia yang sempurna, kerana diri kita sendiri juga penuh dengan kekurangan.

Sebaiknya, persiapkanlah diri kita semampu yang boleh, agar kekurangan itu tidak menjejaskan kehidupan kita kelak. Agar kita lebih bersedia, menangani masalah dengan lebih matang. Semoga semua kebaikan bermula dengan kita.. Dan semoga perjalanan ke arah kebaikan itu, tidak akan pernah terhenti sehinggalah ke nafas yang terakhir. PErsediaan itu sangat penting kerana ia adalah proses yang sebenarnya tiadaa noktah.. Kerana sifat sebagai seorang manusia, akan sentiasa inginkan kebaikan, bukan?

Sebenarnya aku rasa aku macam tak layak sangat pun nak berbicara pasal ni. Tapi tak salah aku menyuarakan pandangan peribadi aku kan. Dan aturan Allah itu sangatlah MASHAALLAH.. Ada orang rezekinya dapat jodoh awal, ada orang rezekinya untuk berbakti buat ibubapa. Ada orang rezekinya menimang anak di usia muda, ada orang dikurnikan rezeki pekerjaan yang diberkati Allah. Dan aku tidak menolak sama sekali perkahwinan pada usia muda. Rezeki orang berbeza kan?

_____________________________________

Ya.. hari ni dia mengajukan 10 soalan kepadaku. 10 soalan yang dia war-war akan diajukan kepada bakal isterinya bila masanya tiba, untuk dia menilai sejauh mana kah peribadi wanita tersebut. Lalu, soalan itu, ,dia tujukan buat aku. Meminta aku menjawab dengan sejujurnya akan soalan itu. Dan dia sendiri juga akan melakukan hal yang sama kepadaku, iaitu menjawab soalan tersebut.. buat diri ku. Inilah soalannya:

1. Apakah wawasan hidupnya?
Setiap orang mempunyai wawasan dan cita-cita yang ingin dicapai dalam hidupnya. Inilah yang perlu anda ketahui mengenai bakal pasangan hidup anda. Sekiranya anda dan dia mempunyai wawasan dan matlamat hidup yang sama maka perselisihan dalam rumahtangga akan berkurangan.

2. Bagaimanakah kefahamannya mengenai konsep perkahwinan?
Kefahaman serta tasawur yang jelas mengenai perkahwinan amat penting. Sekiranya kedua-dua pihak mempunyai kefahaman yang berbeza, umpamanya satu pihak menganggap perkahwinan hanya sekadar memenuhi tuntutan nafsu semata-mata, sedang satu pihak lagi memandang sebagai satu ibadah, sudah semestinya rumahtangga yang bakal dibina tidak akan aman daripada perselisihan dan pergaduhan.

3. Apakah sifat-sifat yang digemari dan tidak digemarinya?
Adalah penting bagi setiap pasangan mengetahui kegemaran pasangannya, apa yang disukai dan tidak disukainya kerana kadang-kadang perselisihan berlaku disebabkan kelainan kegemaran dan citarasa. Sekiranya kegemaran setiap pihak diketahui terlebih awal mungkin perselisihan dapat dielakkan.

4. Apakah pandangannya mengenai anak pada tahun pertama perkahwinan?
Setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza mengenai masa yang sesuai untuk menimang cahaya mata. Sekiranya satu pihak belum bersedia sedang pihak yang satu lagi sudah tidak sabar untuk bergelar ibu atau ayah, pastilah kedua-dua pihak akan berasa tertekan dan perhubungan akan jadi tegang.

5. Adakah dia mempunyai masalah kesihatan atau kecacatan?
Masalah kesihatan yang kronik atau kecacatan semula jadi pada anggota badan tidak wajar disembunyikan. Mengetahui adanya penyakit atau kecacatan tertentu akan mempengaruhi keputusan yang bakal diambil. Menyembunyikan penyakit yang kronik atau kecacatan yang mengaibkan boleh dianggap sebagai satu penipuan.

6. Adakah dia seorang yang suka bergaul?
Sesetengah orang suka bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat, mempunyai kawan dan kenalan di merata-rata tempat. Sesetengah yang lain pula suka menyendiri, tidak pandai berkawan dan sukar didampingi. Orang macam mana yang anda cari?

7. Bagaimana hubungannya dengan ahli keluarganya?
Perkahwian bukan sekadar aqad yang mempertemukan antara dua jiwa. Sebaliknya perkahwinan merupakan hubungan kemasyarakatan yang mencantumkan antara dua keluarga atau lebih. Oleh itu bakal tunangan harus tahu status keluarga serta hubungan mereka antara satu sama lain. Hubungan kekeluargaan juga sedikit sebanyak menggambarkan keperibadian seseorang.

8. Apakah kegemarannya dan bagaimana dia mengisi waktu lapangnya?
Kegemaran serta cara seseorang memenuhi masa lapangnya juga memberi gambaran tentang wawasan serta cita-citanya dalam hidup ini.

9. Adakah dia aktif dalam mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau pertubuhan kebajikan?
Keaktifan dalam persatuan kebajikan atau pertubuhan sukarela menggambarkan dia bukan seorang yang sombong dan mementingkan diri. Orang yang hidupnya sekadar untuk memenuhi cita-cita dan wawasan peribadi semata-mata sebenarnya hidup dalam dunia yang sempit dan mati sebagai insan yang kerdil. Tetapi orang yang hidup dalam perjuangan akan hidup sebagai insan yang hebat dan apabila dia mati namanya akan dikenang zaman-berzaman.

10. Apakah pandangannya sekiranya ibu bapa masuk campur dalam urusan peribadi atau urusan rumahtangga mereka?
Setengah orang menganggap rumahtangga adalah masalah peribadi yang terlalu khusus. Tiada seorang pun yang boleh masuk campur walaupun ibu bapa sendiri. Hal ini sangat penting diketahui oleh setiap orang yang akan memasuki gerbang perkahwinan. Apakah pandangan bakal pasangan hidupnya. Adakah dia termasuk dalam golongan di atas atau sebaliknya seorang yang terlalu bergantung kepada kedua-dua ibu bapanya walaupun telah berkeluarga.


:sumber

Lalu, aku mendapat jawapan buat diriku, pada lahir aku yang ke 23. Bersama sebuah puisi;

terima kaseh, awak :)

Ahad, 10 Mei 2015

Ukhwah KITA :)


Assalamualaikum whbt. Bersyukur ke hadratNYA, kerana aku masih di sini. Masih diberi kekuatan mencoret rasa hati, meskipun masa yang tinggal untuk berada di bumi UKM ini kian singkat. Semalam, akhirnya kami berjaya jugak menganjurkan Usrah Day yang terakhir bagi PEMIKIR batch ini. Aku punya perasaan macam tak leh nak digambarkan. Ia bercampur baur. Aku gembira bersama dengan korang. Sedih pun ada sebab masa kita untuk terus belajar bersama hanya tinggal lebih kurang sebulan sebelom kita menghadapi peperiksaan final bulan Jun nanti.

Berlangsung di Sungai Pisang di Gombak,  kami memulakan perjalanan pada lebih kurang jam 8.30 pagi. Sesampainya di sana kita ada buat game yang agak santai sebelom aktiviti bebas seperti mandi sungai dan sebagainya. Kemudian kita ada buat ayam bbq untuk makan tengahhari tu. Then, before balik, kita sempat buat refleksi sikit tentang 1st year punya impression VS last year impression. Lastly, dalam pukol 6petang, kita bertolak balik ke UKM semula. And, alhamdulillah semua selamat sampai di UKM :)

bila gegurls terpaksa tunggu jejaka idaman bangun daripada tido -.-


ok. selfie atas kereta semata-mata sebab kereta lain dah selfie. haha



sebelom game bermula :0




Kami sempat jugak makan bersama semalam, meskipun tak semua yang join makan bersama tu :)
dua seringgit.. dua seringgit.. beli beli
sempat lagi kat masjid pun -.-



ini je gambar yang sempat ambik ngan bestie semalam -.-



dinner time !


Ahad, 3 Mei 2015

jejak SOPHIE :)

sesi taaruf :)
Assalamualaikum whbt. Fuh.. Lambat nya aku update entry ni. Malas berkepuk-kepuk kan. So, "JEJAK SOPHIE" adalah sebuah program yang dianjurkan oleh kitaorang punya kelas FALSAFAH KETUHANAN, di bawah kelolaan Dr. Zul'azmi. Program kami dijalan kan di Sekolah Agama Raja Nazrin Shah (SARJANA), di Perak, pada 24 hingga 26 April 2015. Sepanjang program, kami menginap di asrama sekolah tersebut. Sangat nostalgik lah nak masuk hostel kan.. Maklumlah, dah lama menginggalkan alam persekolahan kan kan :)




Aku bertindak sebagai fasilitator bagi kumpulan PEACE PRECIOUS, bergandingan dengan Arif Ayub sebagai partner aku. Dalam organisasi pulak, aku adalah sebagai programmer, bersama Arif, Anuar, Izaty, Kak Najat. Mula-mula risau jugak sebab dah lama tak berprogram dengan budak-budak. Tapi alhamdulillah, so far so good. Semua urusan kami dipermudahkan. Aku juga diberi tugasan untuk slot Muslim Thinkers bersama dengan Hafizah, Kak Yam dan Zuhaily..



Peace Precious :)







rewards untuk runningman. bebolaa emas eh



Budak-budak Kelas Falsafah Ketuhanan
sempat lagi mengiggah ke Teluk Batik