Assalamualaikum whbt. Bersyukur ke hadratNYA, kerana aku masih di sini. Masih diberi kekuatan mencoret rasa hati, meskipun masa yang tinggal untuk berada di bumi UKM ini kian singkat. Semalam, akhirnya kami berjaya jugak menganjurkan Usrah Day yang terakhir bagi PEMIKIR batch ini. Aku punya perasaan macam tak leh nak digambarkan. Ia bercampur baur. Aku gembira bersama dengan korang. Sedih pun ada sebab masa kita untuk terus belajar bersama hanya tinggal lebih kurang sebulan sebelom kita menghadapi peperiksaan final bulan Jun nanti.
Berlangsung di Sungai Pisang di Gombak, kami memulakan perjalanan pada lebih kurang jam 8.30 pagi. Sesampainya di sana kita ada buat game yang agak santai sebelom aktiviti bebas seperti mandi sungai dan sebagainya. Kemudian kita ada buat ayam bbq untuk makan tengahhari tu. Then, before balik, kita sempat buat refleksi sikit tentang 1st year punya impression VS last year impression. Lastly, dalam pukol 6petang, kita bertolak balik ke UKM semula. And, alhamdulillah semua selamat sampai di UKM :)
 |
bila gegurls terpaksa tunggu jejaka idaman bangun daripada tido -.- |
 |
ok. selfie atas kereta semata-mata sebab kereta lain dah selfie. haha |
 |
sebelom game bermula :0
|
Kami sempat jugak makan bersama semalam, meskipun tak semua yang join makan bersama tu :)
 |
dua seringgit.. dua seringgit.. beli beli |
 |
sempat lagi kat masjid pun -.- |
 |
ini je gambar yang sempat ambik ngan bestie semalam -.- |
 |
dinner time ! |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan