Assalamualaikum whbt. Selamat Malam. Memang aku biasa dapat ilham untuk menaip dan menulis waktu malam, tapi kebelakangan ini, aku biasa taip waktu siang. Terasa janggal pulak menaip di waktu malam hari. lols. Bila tabiat luar biasa ni muncul, maka faham-fahamlah. Mesti ada something. The thing is I miss my home -.- equal to:aku rindu umi, ayah, aniq, asma, dan arfah. Siapa tak rindu family wey! Tambah pulak aku baru sampai UKM ni. Meskipun sem baru ni bermula 22 Feb nanti, aini aqiilah sangat lah bersemangat nak datang awal ke ukm, untuk buat proposal dissertasi, tapi bila sampai ukm dia tak buat pun (0.0) Pahtu mulalah dia nak buat drama macam-macam dalam bilik ni.
![]() |
Zaman muda-muda :) |
![]() |
waktu ni saya kecik lagi taw! |
![]() |
waktu kecik-kecik memang la innocent -.- |
![]() |
I got a sister named, Arfah. hee |
Umi.. Adalah insan pertama yang aku jatuh cinta. Kenapa? Kerana dia melahirkan aku ke dunia ini. Kerana dia yang bangun pada malam hari tatkala anaknya merengek-rengek. Kerana dia yang mngejarkan alif ba ta buat aku. Kerana dia mendidik aku sehingga menjadi orang yang sekarang ini. Kerana dialah yang menjaga dan membimbing aku akan pelbagai ilmu.
Berlatar belakangkan keluarga yang bukan senang, mengajar umi untuk menjadi insan yang sangat kuat ketika usianya. Bahkan aku sendiri amat kagum dengan dirinya. Hidup dalam suasana serba sedikit sewaktu kanak-kanak sehingga dia dewasa, menajadikan ummi seorang yang sangat berdikari. Justeru, kerana itulah dia berusaha sehabis baik dalam memberikan yang terbaik buat kami anak-anaknya.
Dan kerana kesusahan tersebut telah menjadikan beliau sangat mengambil berat soal pendidikan anak-anak. Dia ingin kami adik-beradik mampu hidup senang di kemudian hari. Aku faham. Harapan umi tidak lain, adalah untuk melihat semua anaknya berjaya. Di dunia, lebih-lebih lagi di akhirat. Dia jarang sekali memanjakan kami.. Bahkan, jarang sekali berbangga dengan pencapaian kami. Bagi aku, ummi seorang insan yang sangat merendah diri.
Terkadang aku merasakan masa yang diluangkan bersama kami adalah sedikit.. Aku memang tinggal di asrama daripada tingkatan 1- 6. Sehingga kini pun aku masih menginap di kolej. Jadi masa bersama adalah ketika cuti sahaja..Cepat sungguh masa berlalu kan? Kak long dah umur 24 tahun, tahun ni :) Nanti kak long mungkin akan berkahwin dengan orang jauh-jauh.... Apapun umi doakan yang terbaik buat kami k?
![]() |
Kerana ummilah antara insan utama pendorong kejayaan kak long. sayang umi :) doakan untuk grad master plak ye ^.^ |
Ummi, ketahuilah aku berbangga sekali menjadi anakmu. Terima kaseh atas segala jasa dan keringat ayah & umi buat kami ( kak long, kak pah, kak cik dan abe). Doakan kejayaan anakmu fi ddunia, wal akhirah :) Moga Allah sentiasa memelihara umi dan ayah. Amin!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan