Alhamdulillah masih berkesempatan menghirup udara di muka bumi Allah ini. Semalam ada cerita-cerita sikit dengan ma, tapi sampai banjir-banjir. Bangun pagi ni mata kita bengkak like I always called it as 'mata ikan' lol. Kemain nak cover mata tersebut- dengan pakai spek. Tapi jumpa dengan Tikah, terus terang dia tanya, "Tu kenapa mata bengkak?", "Ye ke?? Takde papelah. Semalam tidur lewat sikit kot...". Almaklumlah duk sorang-sorang kat bilik ni, nak makan pun takde selera. Hari ini kerja pagi, jadi kira berkesempatan nak join sahah dekat masjid petang nanti. Tapi dek kerana sakit kepala melampau, terpaksa naik ke bilik juga. Aku perlu tidur -.- Dah sempat lelap kejap, tersedar tepat jam 5 petang. Tengok langit macam gelap nak hujan. Dah siap-siap, aku duk tengok langit lagi. Takpelah, agaknya Allah memang nak suruh turun hari ni. Kalu hujan pun, ada payung kan? :)
Sesampainya di sana, ustaz dah mula dah. Aku terlewat dalam 10 minit -.- hantuk kepala pakai pencil case haha Aku tengok semua orang khusyuk gila wei! Rupanya hari ni ustaz cakap pasai cinta dalam rumah tangga. Always fovourite lah kan dalam kalangan students, terutama golongan yang memang 20-an ni. Semua mendengar dengan teliti. Kalau daurah kitab hadis, awal-awal lagi dah menguap. tet -.-" Ok. Dah. Panjang nya intro aini aqiilah hari ni. Jadi, sementara masih rasa rajin untuk menaip ni terus aku buka netbook dan taip :) Aku cuba olah dengan ayat yang paling mudah difahami, tapiiiiii kalau tak faham jugak cuba baca dengan mata hati hahaha. *OK aku cuba ye
Dalam dunia ni, atau lebih tepat dalam hidup seseorang akan ada sejenis cinta. Cinta itu boleh jadi cinta kepada diri sendiri atau cinta kepada Allah. Cinta diri sendiri VS cinta Ilahi. Hati kita ni sebenarnya tak besar sangat pun. Yang boleh memenuhi hati hanyalah salah satu, sama ada cinta diri sendiri atau cinta Illahi.
CINTA DIRI SENDIRI
Ramai orang hari ni, mencintai diri sendiri meskipun tanpa dia sedar perkara ni. Cinta diri sendiri bermakna semua nya berpaksikan diri dia sendiri, demi maslahah dia sendiri. Kalu tiada kaitan dengan kebaikan buat diri dia, maka dia takkan melakukan sesuatu perkara.
CINTA ILAHI
Untuk memiliki cinta Ilahi, perkara paling penting ialah buang cinta kepada diri sendiri. Tapi bukanlah bermakna menyakiti diri sendiri. Contoh paling mudah, kenapa orang bunuh diri? Sebab dia rasa diri dia terseksa dan menderita. Oleh sebab dia tidak mahu diri dia sakit menderita maka dia bunuh diri. Ini contoh jelas cinta kepada diri sendiri.
Kesan jika tidak memiliki cinta Ilahi adalah amat besar sekali. Nak tahu tak apa dia?? Dia takkan pernah mampu mencintai sesiapapun, melainkan dirinya. Maka, golongan atau orang ini akan mula tercari-cari apakah benda yang mampu membuat dirinya bahagia. Dari suatu benda kepada suatu benda lain. Dari sebuah perkara kepada perkara yang lain, kerana hatinya tidak pernah merasa puas atau tercukupi kepada dirinya.
Melihatkan kepentingan ini, maka wajarlah kita mula menyoal diri apakah jenis cinta yang ada dalam hati kita. Adakah diri kita sudah bahagia dengan cinta tersebut? Tepuk dada tanya hati. Tanpa cinta Ilahi kita tidak akan mampu merasa bahagia.
_______________________________________________________________________________
![]() |
kalau tak cerita pasal cinta pun, aku memang minat heart shape :p |
Cinta dalam rumah tangga
Oleh kerana ada edaran pasal ni, jadi aku masukkan kat sini jugaklah secara ringkasnya. Dah datang rasa malas aku ni. -.- bagi point je, aci kan?
- Rumah tangga bukan suatu yang mudah kerana penyatuan dua insan yang berbeza. Dengan family pun ada tak sependapat, apatah lagi dengan orang asing yang masuk dalam hidup kita, lepas tu tinggal serumah.
Kau ghase?Jadi sudah tentu penuh dengan cabaran. - Cabaran dalam alam perkahwinan ialah macamana nak synchronizing pendapat dua kepala yang berbeza ni. Maka, ia memerlukan bekal yang perlu ada sejak belum kahwin lagi. Bukannya dah kahwin, baru nak anggap benda tu magic timbul tiba-tiba. Bekal tersebut ialah cinta Ilahi yang mana buahnya ialah akhlak.
- Formula ringkas ialah melalui cinta Ilahi. Apabila seseorang meletakkan Allah sebagai pengikat cintanya dengan pasangan , maka dia tidak akan mudah kecewa terguris, terkilan dengan kekurangan pasangan mereka. Bahkan mereka mendahulukan pula keingan pasangan mereka. Why? why? Kerana yang dilihat bukan redha pasangan kepada dirinya, tetapi keredhaan Allah kepada dirinya.
- Oleh itu, tidaklah dia mendahulukan dirinya atau kehendaknya. Apabila manusia tidak lagi mementingkan dirinya, maka dia mampu memberi. Apabila saling memberi, lahirlah keharmonian.
- Justeru, jangan expect apa-apa daripada pasangan. Sebab manusia memang tidak sempurna. Manusia yang melihat dengan mata fizikal akan mencari kesempurnaan, manakala orang yang melihat dengan mata akhlak akan menerima segala kekurangan.
![]() |
Bukanlah ingin berkahwin untuk sehari dua, tapi inshAllah sehingga ke syurga andai tertulis jodohnya |
Next page; Akhlak penting yang mesti disiapkan sebelum berkahwin.
Nak kawen kena ada persiapan. Penting ni weiii. Tahu tak...? Tapi aku tak mahu taip dah. Tak sabar nak tunggu buku ustaz. hehe. *Bukan tak sabar nak kawen ok? -.- Yang best dengar cerita pasal kawen ni sebab ustaz bawak macam-macam cerita. Nak kasi satu contoh ni kan. Ada satu cerita ni. Ustaz cakap, Imam Hanbali ni, isteri dia garang, suka membebel, maknanya perangai dia macam gtu. Maka, orang tanya kepada imam, kenapa tidak diceraikan sahaja isterinya itu. Imam Hambali menjawab, "Sesungguhnya dialah yang bakal menjadi saksi di akhirat kelak akan kesabaranku. Andai aku menceraikannya, sudah tentu jika dia berkahwin lain, dia akan dilayan dengan buruk kerana perangainya itu..". Ayat kedua beliau, jelas menggambarkan rasa sayang dan cinta buat isterinya. Allah. Ini adalah contoh mencintai kerana Allah. Kerana memikirkan redha Allah melebihi segalanya.
Nak banding konteks hari ni. "Kalu abang tak bagi hadiah emas dll, saya merajuk...". Nak kena ada material baru sayang. Itu namanya cinta diri sendiri. Dia rasa bahagia hanya apabila menerima daripada orang lain. sedangkan dia lokek dalam memberi.
Dengan berpaksikan cinta Ilahi, maka akan lahirlah sifat-sifat positif yang inshaAllah mendorong pasangan ke arah lebih baik. Sebagaimana sifat wanita, yang umum tahu mulutnya suka membebel, mengomel. Anggaplah bunyi tersebut seolah lagu di telinga anda wahai lelaki. *
Moga kita tergolong dalam golongan orang yang memiliki cinta Ilahi. Amin InshaAllah. Maaf andai ada tersalah dalam berbahasa. Hanya menyampaikan mengikut kefahaman hamba. Moga bermanfaat. Wassalam.
![]() |
Dah dapat bukunya. Comell kan? Beli dua nak kasi kat calon, tapi dah terkasi izzat sempena pertunangan dia hari tu. Buku yang ringkas, moga memberi manfaat yang besar. InshaAllah |