Assalamualaikum whbt. And Good evening! like fb always greets me rather than my friends lol Keseorangan di bilik buatkan aku rasa nak menulis. Beginilah rupanya ditinggalkan roomate huwaaa. (I want you back please) :( Apepun izzat, saya doakan agar abah kembali sehat cepat-cepat. And may Allah safe your journey to Kelantan toninght. Fii hifzillah InshaAllah.
_______________________________________________________________________________
Malam ni adalah malam untuk kenang memori-memori waktu aku belajar di SMKA Naim Lilbanat. Sejujurnya, aku memang tidak pernah menyangka akan berpeluang untuk belajar di sana. Tapi sekejap jelah, untuk tingkatan 6. Sempat belajar di sana dalam setahun setengah je. Alhamdulillah. SMKA Naim merupakan antara sekolah yang terhebat di Kelantan, pada waktu tersebut, sehinggalah sekarang, meskipun sekolah tersebut hanya sekolah untuk pelajar perempuan sahaja. Aku kira aturan Allah SWT itu indah, kerana pernah meletakkan aku di situ. Daripada situlah aku mampu sampai UKM ni.. Berkat doa umi ayah serta guru-guru yang tanpa jemu mendidik kami.
![]() |
Allah, indahnya andai aku masih pakai tudung ni sekarang |
Tingkatan 6 bermakna orang yang tak berjaya masuk ke universiti (sama ada untuk progran asasi atau diploma) dan tidak berjaya mendapat tawaran ke kolej matrikulasi (sama ada program untuk setahun, atau dua tahun). This is sooo typical thought about form 6 weii -.- senang-senang je korang judge kami. Ini bukan aku personally yang keluarkan statement k? Semua orang bila aku kata sedang belajar form 6, depa akan tanya; Tak dapat tawaran masuk u ke? Tak dapat masuk matriks ke sebab tu ambik form 6? Tapi aku akan jawab dengan penuh sabar. "Saya memang nak belajar tingkatan 6, sebab saya nak aliran agama, saya tak leh continue aliran sains (sebab itu saya menolak tawaran ke matriks meskipun saya mendapat tawaran matrik akiran sains tulen untuk setahun sahaja)". Kenapa tak masuk uni? Tak layak eh? "Ni belajar form 6, lepas ni inshaAllah dapatlah masuk uni..".
Tak baik taw skeptik ngan tingkatan 6, kami pun nak belajar jugak. Pasal tu kami masuk sekolah. :) Dengan midset yang sebegitulah aku meneruskan pengajian di Naim, "Aku alang-alang masuk naim ni, tak kira macamna sekalipun aku kena masuk uni. Allah bagi rezeki aku belajar sini, dengan harapan umi ayah lagi. Aku kena dapat masuk u jugak..", meskipun di Naim sendiri rata-rata memandang rendah akan pelajar tingkatan 6. and i dont care about them. lol Ramai je yang berbisisk-bisik, "Ala, duduk sini form 6 je punn...", and sometimes they did not really pay respect to us though we are older than them obviously. Kami tak pernah berlagak sebagai seorang senior pun, tapi dari segi umur memang form 6 lah paling tua kan, pasal depa semua form 1 sampai form 5 -.- So we deserve some respect :)
![]() |
waktu ambik keputusan STPM |
Aku bersyukur sangat dikurniakan rakan-rakan sekelas yang sangat supportive. Iyelah berasa dianak tirikan, jadi mestilah kena bergabung kan? heee. Tapi mula-mula je rasa macam gitu, dah lama-lama duk situ aku betul-betul tak ambik kisah cakap-cakap orang. Positifkan diri kita dan buat yang terbaik. Lama-lama aku senang dengan tarbiah di naim. Sungguh. Ada dalam kalangan kami, Rasyidah; selalu bagi nasihat supaya kami sering tajdid niat agar belajar semata-mata kerana Allah. Maka inshaAllah Allah akan memudahkan segala urusan. Sampai harini kata-kata si kecik comell ni macam tengiang-ngiang di telinga ni. *rindu -,-
![]() |
Kak hani, me, rasyidah and nabila |
Kami saling tolong menolong. Dalam pelajaran dan jugak dalam usaha mencari dana untuk lawatan sambil belajar kami ke IPTA tertentu kat KL :) Aku adalah menyumbang sikit-sikit untuk mata pelajaran Pengajian Am dengan Bahasa Melayu. Kan favourite B. Melayu. Dan alhamdulillah aku terpilih mewakili sekolah dalam mengikuti program Skor A, sebuah program untuk pelajar tingkatan 6 peringkat negeri Kelantan. Hanya empat orang sahaja yang terpilih daripada setiap sekolah. Jadi aku bertuah dapat mengikuti program ini kerana guru-guru yang mengajar adalah guru-guru pakar. Bila balik ke Naim, aku akan cuba share sedikit sebanyak ilmu yang dicedok daripada sana. Kita kan nak cemerlang sama-sama ^.^
![]() |
kami dah lama selfie sesama. ni tahun 2011 :) |
![]() |
Annual Dinner 2011 |
![]() |
Ini dalam kelas kita. I saw my desk heee |
![]() |
dulu dalam kelas kita duk sebelah kak hani, izzat duk belakang kita, then angah kat sebelah izzat ^,^ |
![]() |
jangan tak tahu kami ada kelas subuh. memang aku paling
mengantuk pahtu kena jadi phoropgrapher pepagi -.-
![]() |
ini mestilah waktu lawatan ke UKM! |
![]() |
Ini plak dekat USIM |
![]() |
Sebelum gi jalan-jalan Alamanda ~ |
![]() |
Kasut aku yang putih tu. Memang sukalah kasut princess-princess ni. kasut hitam tu izzat punya, then unaa and dalila |
![]() |
Mini gathering kat UKM, yang ni tahun 2015 waktu unisza datang UKM. |
![]() |
Alhamdulillah daripada naim, ke UKM, sama-sama ambik usuluddin lak tu, berjaya grad sesama. Fii hifzillah semua korang! |
Jangan tak tahu, aini aqiilah waktu sekolah ni nakal jugak -.-" pengakuan apakah ini? Pernah skip prep class petang-petang, sampai pengawas asrama pergi kejutkan kat bilik. Pahtu turun buat muka innocent. Haha. Aku kan kakak. Bawak fon? Ini perlulah undercover pasal memang peraturan sekolah yang tak kasi bawak kan. Lagipun dulu aku balik ke Tanah Merah dengan kereta api. Padahal budak Gua Musang je leh naik kereta api. Maka mulalah buat muka selamba nak balik awal naik kereta api. Kena soal ngan Cikgu Liza, mula buat muka meyakinkan bahawa rumah kami betul-betul jauh, lol. Kalu naik bas jenuh kena berdiri daripada Kota Bharu sampai ke Tanah Merah, pasal tu kami rela naik kareta api. *alasan nak balik awal.
Jadi begitulah gambarannya kehidupan selaku pelajar tingkatan 6. Alhamdulillah keputusan peperiksaan aku melayakkan aku menjejakkan kaki ke UKM ni. Bahkan aku dapat pilihan pertama waktu isi UPU, memang aku buat Usuluddin & Falsafah sebagai 1st choice. Hajat di hati nak ambik Syariah tak sampai, pasal result Syariah tak cantik. Tapi hikmah dia, aku dapat geng PEMIKIR ^.^ Kerana aturan DIA akan sentiasa indah. Kita hanyalah mampu berusaha dan berdoa. Buat semua sahabat Naim, semoga anda berjaya dalam ada jua yang dilakukan. Aini Aqiilah sentiasa rindu awak semua. Moga Allah melindungi kita sentiasa. Amin!
![]() |
Gambar harini :) semoga yang baik-baik untuk kita |
Sebagai konklusinya, form 6 bukanlah orang yang tak pandai. Bak kata cikgu-cikgu, dah masuk form 6 ni bermakna, sebelah kaki kita dah melangkah ke u taw. Tunggu kita sampai ke U je. Usaha dan doa, kemudian tawakkal, inshAllah rezeki akan memihak kepada kita. Penghargaan buat semua guru-guru form 6 di Naim dulu, antaranya Teacher Rasyidah, Ustaz Halim, Ustaz Yusuf, Ustaz Sayyidi, Ustaz Abdullah, Cikgu Nora, Cikgu Liza, Cikgu Zakaria, Ustazah Karimah dan semua guru-guru SMKA Naim, hanya Allah mampu membalas jasa kalian terhadap kami. Jazakallah khairan kathira :)
ps: Jangan pernah berhenti mendoakan anak didikmu ini. *rindu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan