Powered By Blogger

Isnin, 12 Mei 2014

D.O.A ku buat kali ke DUA

banner kami :)

Assalamualaikum whbt. Maaf, cik Aini Aqiilah sangat bizi. Program dah lama lepas tapi baru nak update. Maklumlah kerja bertimbun (alasan clise tahap dewa) padahal satu kerja pun aku tak submit lagi untuk sem ni. sehingga ke hari ini, aku tak present satu benda pun lagi. **ketuk kepala sendiri kuat-kuat. Apa nak jadi. Makin lama jadi student makin menjadi perangai aku.

DOA II, kesinambungan daripada DOA yang hari tu. Aku sangat-sangat teruja nak pergi sana balik. Nak tengok apa yang dah berubah. Nak jumpa amek. Kali ni, Bainun dengan Khairi telah menggantikan Kak Mira dengan Amir. Kami bertolak pada 11.30 malam, dan sampai lebih kurang 4.30 pagi keesokan harinya.

25 APRIL 2014 (Jumaat)
Pagi tu kami breakfast dengan nasik belauk. Heaven amat! Nikmat dia tak leh cerita. Kami sampai dekat Kampung Limau dalam pukul 11 pagi, dan terus disusuli dengan pembahagian keluarga. Terasa agak kaget, sebab senior dulu dah tak join skali, bahkan kawan-kawan aku sendiri ramai yang tak dapat join DOA 2 ni. Maka, agak ramai jugak 1st year yang terlibat. Hari 1st ni tak banyak sangat aktiviti. cuma sesi taaruf dan suai kenal, serta masak bersama-sama :) Opppss. Lupa nak mention. Gambar ni semua kredit untuk adik aku, Muiz. Terima kasih ye, naseb baik hang ada. Cuma satu perkara yang buat aku sentap, amek kami sakit. Kena serangan strok. Dia punya percakapan pun dah tak jelas. Mula-mula aku terkejut sangat. Bila naik je atas rumah aku terus salam amek, then tanya khabar dia. "Amek ingat saya lagi tak?" lepas tu dia balas, tapi memang tak faham apa yang dia cakap. Masa tu rasa sebak sangat. Speechless. Lepas tu baru cucu amek cerita, pasal dia sakit.. Dan rumah tu pun ada sedikit perubahan, sebab diorang buat bilik khas untuk amek memandangkan dia tak berapa sihat untuk ulang alik turun rumah tu..
masak la sangat kan..

bincang menu -.-
















26 APRIL 2014 (sabtu)

DOA II menyaksikan kami lebih banyak menghabiskan masa bersama keluarga angkat masing-masing. Tapi, untuk second day ni, kita main-main! Masa untuk sukaneka :) So, I just put some of the pics below. Jom tereasure. Mentang-mentang pakai DCLR, seronok ler nak meng'upload nya **sebab gambar lawa kan. ngehngeh
dengar la apa aku nak habaq niiii

sempat lagi -.-"

main main jgak, gmbar tak leh diabaikan




geram kat sapa duk pandang lagu tu?? haihh


inilah yang cun tu ye??



ketot ambik hadiah :)




27 APRIL 2014 (Ahad)

The LAST Day. Cuma buat sedikit gotong-rotong, kemas-kemas rumah amek :)
sarapan ini penting. tenaga untuk kuat kerja rumah :)


mohon buat menantu ye. hihi


inilah bakat terpendam yang ada pada diri masing-masing


dengan orang depan umah. jiran paling dekat 






flower boys. PM kalau berminat





bai bai. sehingga ketemu lagi


Kami bertolak pulang ke UKM dalam pukul 1.00 tengah hari dan selamat sampai lebih kurang pukul 9 malam. Alhamdulillah banyak pengalaman baru dapat. InshaAllah dapat dimanfaatkan di hari muka. Sehingga ketemu lagi. Andai ada rezeki, ada jodoh. Wassalam :)

Sabtu, 3 Mei 2014

Gunung Stong (:


Assalamualaikum. Selepas sekian lama :) Jadi nak cerita-cerita pasai aku naik Gunung Stong ari tu. Di sebalik cerita ekspedisi ini, aku terpaksa juga melahirkan sedikit kekesalan dari lubuk hati aku mengenai program ini. Tak tahu di  mana salahnya, di mana kurangnya lagi, sehingga tempat yang disediakan untuk 80 orang peserta, tapi yang akhirnya mengikuti ekspedisi ini hanyalah 15 orang. Total 15 orang. Aku selaku Timbalan Exco Kebudayaan & Lawatan PERDANA, merangkap Timbalan Ketua Program ini, merasa kesal. Bukanlah emosi,cuak mungkin. Mungkin jugak salah kami di peringkat penganjuran. Seingat aku, promosi berjalan seadanya, biarpun tidak gempak, tapi adalah kan. Bila ada member yang post akan berangkat ke Gunung Stong malam ni, ada pulak yang komen, "Tak bagitahu pun ada ekspedisi ke Gunung Stong?". Kecik hati kite tahu? DEEP. Seriously, takkan aku nak pergi hadap setiap manusia dekat UKM ni, tanya "NAK JOIN TAK?". Yang dah bagi nama, last minute kita call, tak angkat lah bagai. Kalau tak boleh pergi atau tak nak pergi, directly inform us. Maaf, aku juga insan biasa yang mahu mengungkap rasa. Jadi, aku secara peribadinya, merasakan ini adalah kegagalan diri aku sendiri. Tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah tiada.


Selesai sudah sesi meluah rasa yang kurang enak itu. Jadi, let's get start with what we've done there! :) Tapi aku sedih jugak part ni. Saiful pun tak boleh ikut sebab ada fieldwork. Aku tahu rasa dia dengan aku sama. ngeee. *pandailah kau sama ye. hehe. Tak, tak. Yang part 15 orang ni. Dia pun frust macam aku jugak. Jadi ekspedisi ini bermula pada 18-20 April 2014, iaitu daripada hari Jumaat sehingga hari Ahad. Jumaat malam tu kami bertolak dalam pukul 11 setengah malam. Bismillah. Doa dipanjat agar selamat sampai ke destinasi kami.


19 April 2014 (Sabtu)

 Kami sampai di Gua Musang kira-kira pukul 4.30 pagi. Sambung tidur balik atas bas. Sedar-sedar dah sampai dekat masjid dah. Maka, kami menunaikan kewajipan sebagai seorang hamba. Gambar ni semua aku celup yang orang punya.. hihi

ni tengah tunggu guide (: excited semua















baru jalan beberapa langkah ni..

kang dah letih. hehe
Memandangkan kami banyak kali berhenti, jadi ambik masa lama jugak untuk sampai ke Kem Baha tu. Aku? Memang jarang buat exercise, tetiba g mendaki, memang letih -.-" semput chekk.

gigih.










subhanallah :) the view sangatlah cantik dari atas ni!
do choose your way.

pandangan daripada atas. dekat kem baha.

gelagat jejaka.


Sesampainya di sana, kami berpecah kepada dua kumpulan. Iaitu kumpulan orang yang nak naik ke puncak, dengan yang nak pergi air terjun. Memandangkan dah rasa tak larat nak pergi daki ke puncak, jadi aku memang pergi ke tempat air terjun je. Keputusan tu makin kukuh apabila guider tu kata ia akan ambil masa dalam 5 ke 6 jam untuk sampai ke puncak. hehe. Banyak alasan aku, ngaku ajelah dah tak larat. :p
kami yang ke air terjun.


pendaki yang berjaya. jeles ngan korang :p

semangat tu penting :)


















Tahniah kepada yang berjaya sampai ke puncak. Dan malam tu memang heaven. Tido dalam banjir bak hang. Memang sangat rare. Ini !st time tidur dalam air. Khemah bocor atas bawah, tido ngan baju kering, bangun dengan baju basah. Ajaib sangat. Tapi dek penat, pejam mata je lah ..

20 April 2014 (Ahad)



Kejap je, dah nak balik. Pagi-pagi kami kumpul ramai-ramai.. Tengok matahari terbit. Tak dapat tengok dari puncak gunung, tengok dari sini pun jadilah..Tapi hero-hero malaya ni memang main air sampai puas hati. Aku surrender dah nak mandi, sebab rasa simptom selsema tu makin ada. Aku tengok aje diorang mandi dengan heavennya. 























.....








.....
seronoknya :)


macam-macam



















Selesai urusan di sini, kami mula kemas barang-barang. Selepas tu, bertolak untuk turun ke bwah daripada Kem Baha.. Turun ni tak letih sangat, cuma sakit kaki, sebab break semulajadi pakai kaki kan. hikhik. Akhirnya kami selamat sampai bawah. Dalam pukul 4 petang, kami bertolak pulang dengan bas. Aku pulak dah kelaparan, sebab last makan, pagi tadi. Sampai tak leh tidur dek lapar. Jadi kami menyinggah dekat RNR Tapah, sebab kami pulang ikut Simpang Pulai. Sesampainya dekat bilik dalam pukul 11  malam, aku terus ke bilik sebelah. Menjemput si guppies yang dah tinggal empat ekor. sobssobs. Dan malam tu tidur dengan nyenyak sekali sebab letih tambah dengan sakit kaki. Pengalaman kot, aku mana pernah nak daki mana-mana tempat. 

Jutaan terima kasih buat sahabat yang mengikuti ekspedisi ini. Tarmizi, Hafiz Sazali, Syakirin, Press Shahrul, Kamil, Hanif, Zaim, Hafiz Din, Kak Huda, Alia, Bie, Aqilah, Nabila dengan Faizah. Atas kerjasama dan komitmen anda, dan aku sangat enjoy dengan korang. Sehingga ketemu lagi. WASSALAM :)