
Assalamualaikum. Selepas sekian lama :) Jadi nak cerita-cerita pasai aku naik Gunung Stong ari tu. Di sebalik cerita ekspedisi ini, aku terpaksa juga melahirkan sedikit kekesalan dari lubuk hati aku mengenai program ini. Tak tahu di mana salahnya, di mana kurangnya lagi, sehingga tempat yang disediakan untuk 80 orang peserta, tapi yang akhirnya mengikuti ekspedisi ini hanyalah 15 orang. Total 15 orang. Aku selaku Timbalan Exco Kebudayaan & Lawatan PERDANA, merangkap Timbalan Ketua Program ini, merasa kesal. Bukanlah emosi,cuak mungkin. Mungkin jugak salah kami di peringkat penganjuran. Seingat aku, promosi berjalan seadanya, biarpun tidak gempak, tapi adalah kan. Bila ada member yang post akan berangkat ke Gunung Stong malam ni, ada pulak yang komen, "Tak bagitahu pun ada ekspedisi ke Gunung Stong?". Kecik hati kite tahu? DEEP. Seriously, takkan aku nak pergi hadap setiap manusia dekat UKM ni, tanya "NAK JOIN TAK?". Yang dah bagi nama, last minute kita call, tak angkat lah bagai. Kalau tak boleh pergi atau tak nak pergi, directly inform us. Maaf, aku juga insan biasa yang mahu mengungkap rasa. Jadi, aku secara peribadinya, merasakan ini adalah kegagalan diri aku sendiri. Tiada kaitan dengan yang hidup atau yang telah tiada.
Selesai sudah sesi meluah rasa yang kurang enak itu. Jadi, let's get start with what we've done there! :) Tapi aku sedih jugak part ni. Saiful pun tak boleh ikut sebab ada fieldwork. Aku tahu rasa dia dengan aku sama. ngeee. *pandailah kau sama ye. hehe. Tak, tak. Yang part 15 orang ni. Dia pun frust macam aku jugak. Jadi ekspedisi ini bermula pada 18-20 April 2014, iaitu daripada hari Jumaat sehingga hari Ahad. Jumaat malam tu kami bertolak dalam pukul 11 setengah malam. Bismillah. Doa dipanjat agar selamat sampai ke destinasi kami.
19 April 2014 (Sabtu)
Kami sampai di Gua Musang kira-kira pukul 4.30 pagi. Sambung tidur balik atas bas. Sedar-sedar dah sampai dekat masjid dah. Maka, kami menunaikan kewajipan sebagai seorang hamba. Gambar ni semua aku celup yang orang punya.. hihi
 |
ni tengah tunggu guide (: excited semua |
 |
baru jalan beberapa langkah ni.. |
 |
kang dah letih. hehe |
Memandangkan kami banyak kali berhenti, jadi ambik masa lama jugak untuk sampai ke Kem Baha tu. Aku? Memang jarang buat exercise, tetiba g mendaki, memang letih -.-" semput chekk.
 |
gigih. |
 |
subhanallah :) the view sangatlah cantik dari atas ni! |
 |
do choose your way. |
 |
pandangan daripada atas. dekat kem baha. |
 |
gelagat jejaka. |
Sesampainya di sana, kami berpecah kepada dua kumpulan. Iaitu kumpulan orang yang nak naik ke puncak, dengan yang nak pergi air terjun. Memandangkan dah rasa tak larat nak pergi daki ke puncak, jadi aku memang pergi ke tempat air terjun je. Keputusan tu makin kukuh apabila guider tu kata ia akan ambil masa dalam 5 ke 6 jam untuk sampai ke puncak. hehe. Banyak alasan aku, ngaku ajelah dah tak larat. :p
 |
kami yang ke air terjun. |
 |
pendaki yang berjaya. jeles ngan korang :p |
 |
semangat tu penting :) |
Tahniah kepada yang berjaya sampai ke puncak. Dan malam tu memang heaven. Tido dalam banjir bak hang. Memang sangat rare. Ini !st time tidur dalam air. Khemah bocor atas bawah, tido ngan baju kering, bangun dengan baju basah. Ajaib sangat. Tapi dek penat, pejam mata je lah ..
Kejap je, dah nak balik. Pagi-pagi kami kumpul ramai-ramai.. Tengok matahari terbit. Tak dapat tengok dari puncak gunung, tengok dari sini pun jadilah..Tapi hero-hero malaya ni memang main air sampai puas hati. Aku surrender dah nak mandi, sebab rasa simptom selsema tu makin ada. Aku tengok aje diorang mandi dengan heavennya.
 |
..... |
 |
..... |
 |
seronoknya :) |
 |
macam-macam |
Selesai urusan di sini, kami mula kemas barang-barang. Selepas tu, bertolak untuk turun ke bwah daripada Kem Baha.. Turun ni tak letih sangat, cuma sakit kaki, sebab break semulajadi pakai kaki kan. hikhik. Akhirnya kami selamat sampai bawah. Dalam pukul 4 petang, kami bertolak pulang dengan bas. Aku pulak dah kelaparan, sebab last makan, pagi tadi. Sampai tak leh tidur dek lapar. Jadi kami menyinggah dekat RNR Tapah, sebab kami pulang ikut Simpang Pulai. Sesampainya dekat bilik dalam pukul 11 malam, aku terus ke bilik sebelah. Menjemput si guppies yang dah tinggal empat ekor. sobssobs. Dan malam tu tidur dengan nyenyak sekali sebab letih tambah dengan sakit kaki. Pengalaman kot, aku mana pernah nak daki mana-mana tempat.
Jutaan terima kasih buat sahabat yang mengikuti ekspedisi ini. Tarmizi, Hafiz Sazali, Syakirin, Press Shahrul, Kamil, Hanif, Zaim, Hafiz Din, Kak Huda, Alia, Bie, Aqilah, Nabila dengan Faizah. Atas kerjasama dan komitmen anda, dan aku sangat enjoy dengan korang. Sehingga ketemu lagi. WASSALAM :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan