 |
banner kami :)
|
Assalamualaikum whbt. Maaf, cik Aini Aqiilah sangat bizi. Program dah lama lepas tapi baru nak update. Maklumlah kerja bertimbun (alasan clise tahap dewa) padahal satu kerja pun aku tak submit lagi untuk sem ni. sehingga ke hari ini, aku tak present satu benda pun lagi. **ketuk kepala sendiri kuat-kuat. Apa nak jadi. Makin lama jadi student makin menjadi perangai aku.
DOA II, kesinambungan daripada DOA yang hari tu. Aku sangat-sangat teruja nak pergi sana balik. Nak tengok apa yang dah berubah. Nak jumpa amek. Kali ni, Bainun dengan Khairi telah menggantikan Kak Mira dengan Amir. Kami bertolak pada 11.30 malam, dan sampai lebih kurang 4.30 pagi keesokan harinya.
25 APRIL 2014 (Jumaat)
Pagi tu kami breakfast dengan nasik belauk. Heaven amat! Nikmat dia tak leh cerita. Kami sampai dekat Kampung Limau dalam pukul 11 pagi, dan terus disusuli dengan pembahagian keluarga. Terasa agak kaget, sebab senior dulu dah tak join skali, bahkan kawan-kawan aku sendiri ramai yang tak dapat join DOA 2 ni. Maka, agak ramai jugak 1st year yang terlibat. Hari 1st ni tak banyak sangat aktiviti. cuma sesi taaruf dan suai kenal, serta masak bersama-sama :) Opppss. Lupa nak mention. Gambar ni semua kredit untuk adik aku, Muiz. Terima kasih ye, naseb baik hang ada. Cuma satu perkara yang buat aku sentap, amek kami sakit. Kena serangan strok. Dia punya percakapan pun dah tak jelas. Mula-mula aku terkejut sangat. Bila naik je atas rumah aku terus salam amek, then tanya khabar dia. "Amek ingat saya lagi tak?" lepas tu dia balas, tapi memang tak faham apa yang dia cakap. Masa tu rasa sebak sangat. Speechless. Lepas tu baru cucu amek cerita, pasal dia sakit.. Dan rumah tu pun ada sedikit perubahan, sebab diorang buat bilik khas untuk amek memandangkan dia tak berapa sihat untuk ulang alik turun rumah tu..
 |
masak la sangat kan.. |
 |
bincang menu -.- |
26 APRIL 2014 (sabtu)
DOA II menyaksikan kami lebih banyak menghabiskan masa bersama keluarga angkat masing-masing. Tapi, untuk second day ni, kita main-main! Masa untuk sukaneka :) So, I just put some of the pics below. Jom tereasure. Mentang-mentang pakai DCLR, seronok ler nak meng'upload nya **sebab gambar lawa kan. ngehngeh
 |
dengar la apa aku nak habaq niiii |
 |
sempat lagi -.-" |
 |
main main jgak, gmbar tak leh diabaikan |
 |
geram kat sapa duk pandang lagu tu?? haihh |
 |
inilah yang cun tu ye?? |
 |
ketot ambik hadiah :) |
27 APRIL 2014 (Ahad)
The LAST Day. Cuma buat sedikit gotong-rotong, kemas-kemas rumah amek :)
 |
sarapan ini penting. tenaga untuk kuat kerja rumah :) |
 |
mohon buat menantu ye. hihi |
 |
inilah bakat terpendam yang ada pada diri masing-masing |
 |
dengan orang depan umah. jiran paling dekat |
 |
flower boys. PM kalau berminat |
 |
bai bai. sehingga ketemu lagi |
Kami bertolak pulang ke UKM dalam pukul 1.00 tengah hari dan selamat sampai lebih kurang pukul 9 malam. Alhamdulillah banyak pengalaman baru dapat. InshaAllah dapat dimanfaatkan di hari muka. Sehingga ketemu lagi. Andai ada rezeki, ada jodoh. Wassalam :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan