Assalamualaikum whbt.
Hello December! Sekejap je masa berlalu.. Lagi dua minggu nak study week dah. Nak habes sem lima dah. Jadi, tinggal satu sem je lagi, untuk aku officially grad. InshaAllah. Bersyukur sangat sehingga saat ini, aku masih diberi kesempatan untuk bernafas.. meneroka setiap saat kehidupan yang amat bermakna.
Aku kira, entry ini adalah antara entri aku yang paling beremosi :) Sebab apa?! Soal hati, dengan perasaan adalah sesuatu yang sangat subjektif, dan takkan mampu digambarkan walaupun ditulis dengan seribu nota kaki. Pernah kita dengar, "Kau boleh la cakap macam tu, sebab kau tak rasa apa yang aku rasa". "Tak pernah kena batang hidung kau, mana kau tahu?". "Alahai, yang merasanya aku, tahu tak?". "Jangan kata kau tahu segalanya, sebab kau bukan aku, okey?".
Terkadang itu sahajalah yang mampu diungkap... Meskipun rasa itu sendiri tak mampu diterjemah dengan kata-kata, tapi bila dengar ayat seumpama itu, kita tahu, kita paham. She's is hurting inside herself, and we'll never know her feeling. But somehow, kita ada jugak dengar, "Aku paham.. aku pun pernah jugak melalui benda ni....", "Takpe.. it's ok for you to cry...". Dan kita akan rasa, seolah-olah sedikit lega.. "Ohh... sebenarnya bukan aku je yang pernah alami benda ni.."
-EMOSI
Macam biasa, perkataan emosi memang tak lekang daripada perempuan a.k.a wanita ni. Pasai tu lelaki selalu kata, "Perempuan ni memang selalu emosi", "Perempuan ni selalu je bertindak tak pakai otak (tak rasional)..." Tapi.. bukan gender yang jadi isunya kat sini. Pada pendapat aku sendiri setiap orang ada emosinya yang tersendiri, cuma bergantung kepada bagaimana cara kita nak kawal dia je. Malah tak kurang juga yang mengaitkannya dengan hormon wanita yang selalu tidak stabil, berbanding lelaki.
Yang ini, aku selaku wanita memang aku akui. Terkadang bila perasaan halus tu datang, tak semena-mena nak menangis wei! Hal kecik je padahal. Terkadang orang cakap kasar dengan kita, tapi kita dah sentap. Yang sentap tu tahap biasa je, yang mengalir air mata ni memang luar biasa. Orang cakap sikit, kita dah air mata nak menitis. Benda ni jadi tanpa sedar pun. "Touching la kononnn...". Nak buat camana, dah perasaan kita lagu tu. haissshh.
-RASA SUKA
![]() |
sumber: Hilal Asyraf |
Sebagai manusia normal, kita mesti pernah suka kat seseorang kan.. Jadi, perasaan tu normal la. Cerita pasal suka, cinta tak berbalas, dia crush aku dan yang sewaktu dengannya. Tapi perasaan macam ni mungkin jugak akan mendatangkan kekecewaan pada diri kita sendiri.
*But, in the end, You know something that never change? Perasaan. Kita takkan pernah dapat paksa orang suka kat kita, sama jugak dengan kita takkan pernah dapat paksa diri kita untuk menyukai orang yang kita tak suka kan?
Ada something yang aku belajar dari someone ni. Dia kata, kalu betol kita sayang or suka seseorang, kita kena mengaku. Kita takkan pernah dapat menafikan perasaan kita sendiri. Even hubungan tu terputus tengah jalan, nak tak nak, kita mesti mengaku, (mengaku kat sini adalah mengaku dan terima perasaan tu pada diri anda, bukan gi mengaku kat orang tu plak) "Dulu aku memang pernah sayang kau, tapi sekarang kita dah ada haluan masing-masing". Bukannya, "Ala. dia dah mati dalam hati aku, buat apa nak sebut nama dia lagi". Aku pernah cuba yang ni weh. Dan aku rasa dia betul. Kita mesti mengaku hakikat ni. Mengaku tak bererti kalah. Mengaku macam ni buleh buat hati kita jauh lebbih tenang. Kemudian kita akan sedar sesuatu dalam hidup kita. Ye.. dia pernah ada dalam hidup kita, dia pernah gembirakan kita. Kita takkan boleh nafi hal tersebut, sebab dulu kita dengan dia memang kita betul-betul gembira kan? Lepas tu, bila kita dah leh terima hakikat, percayalah kita takkan nak sakit hati dengan dia lagi dah. Kita xde nak sakit hati dah meskipun tengok gambar bahagia dia dengan orang lain. And this is the time. Grab your happiness too. Buat apa nak sibuk usya orang yang dah jadi hak orang lain. kan?? :) Just let it go.
-SEDIH
Cerita bab sedih, memang sampai 100 pages tak abes lagi. Setiap orang mesti ada rasa ni. Aku ingat lagi, masa tu aku baru tingkatan satu. Memandangkan aku stay kat hostel, jadi hujung minggu tu kira dah janji dengan umi & ayah nak picnic sama-sama kat sekolah aku. So, pagi-pagi jumaat tu aku beria pegi basuh baju. Tengah basuh baju, tetiba datang sorang kawan ni. "Qilah, ada orang datang melawat. Tapi suruh pesan jugak supaya awak tukar pakai baju batik asrama ye". Aku dah hairan.. pelik pun ada, tapi xdak pikir pape lagi. Bila aku pegi depan sekolah pun, umi & ayah suruh naik kereta (means im going home). Aku xde tanya apa-apa time mula-mula naik kereta tu. Berdasarkan perbualan mereka, aku dengar je..Sehinggalah aku bertanya, "Kenapa kak long nak kena balik mie?". "Abang Lan dah takde.. semalam". Lepas tu aku diam je.. tak kata apa-apa. Terkejut mungkin.
Sesampai umah mak long, aku dapat tahu jugak cerita sebenar yang terjadi. Jadi waktu tu keluarga kami hanya menunggu jenazah tiba daripada rumah mayat, selepas selesai bedah siasat. Waktu tengok jenazah arwah, aku terus rasa sebak, mula menangis dah. Tak sangka dia pergi secepat itu. Waktu tu aku pun kecik lagi..Tapi rasa macam aku kehilangan seorang abang dalam hidup aku. Ia sebuah kehilangan yang sangat dirasai sehingga hari ini. *ah, i cant stop my tears from burst right now. al-Fatehah.
Sebagai penutupnya, hormatilah setiap perasaan orang sebab kita tak boleh nak jadikan rasa itu hanya untuk kita. Tapi yang lebih penting lagi, jaga dan hargai perasaan kita sendiri. Sebab, kalau kita sendiri tak jaga, siapa lagi? Kan? See you again :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan