Powered By Blogger

Sabtu, 12 November 2016

Ironi Sebuah Pemergian

02 November 2016, Rabu.

Bismillah. Assalamualaikum whbt. Semoga kita sentiasa dalam keadaan yang diredhai Allah. Pagi tadi aku baru sampai UKM. Cuti midsem dah habis last week, tapi pagi rabu baru aku nak muncul di UKM. apa nak jadi dengan noraini aqiilah ni -,-

Akhir-akhir ini, makin kerap berita kematian diterima. Yang kadangnya keruntun hati ini. Ya Allah, perjalanan kehidupan mereka telah selesai, bagaimana dengan perjalanan hidupku? Bagaimana pengakhiran hidupku kelak? Sudah menjadi tabiat, andai terdengar berita kematian orang yang dikenali, lantas aku meringankan diri berwudhuk dan  menunaikan solat jenazah ghaib buat mereka. Maka terdetik di hatiku, andai aku meninggal kelak, adakah manusia yang ingin berbuat begitu padaku? Akan adakah?? Solat jenazah ialah solat terakhir yang dihadiahkan buat si mati. Doa terakhir selayaknya buat mereka. 


30 Oct 2016 yang lalu, kami sekeluarga dikejutkan dengan kehilangan mak teh yang telah dijemput Illahi pada usianya 49 tahun. Sungguh aku terkejut. Tidak menyangka secepat itu beliau pergi. Dan aku kira ini adalah kematian kedua yang memberi kesan emosi besar buat diri ini selepas kepergian arwah Abang Lan, 11 tahun yang lalu. Aku sempat melawat arwah di ICU Hospital Daerah Tanah Merah pada petang Sabtu, sebelum arwah menghembuskan nafasnya jam 9.00 pagi Ahad. Ya, berita itu aku sambut dengan lafaz Innalillahhi wa inna ilaihi raajiuun. Allah lebih sayangkan dia.



Setibanya aku di rumah arwah dalam jam 3 petang, sunggguh hati ini tidak dapat menahan sebak, melihatkan sepupu-sepupu aku memandikan arwah dengan penuh rasa kasih. Allah. Andai umi dijemput Illahi, mampukah aku setenang itu menguruskan jenazah beliau? Mandian terakhir buat seorang ibu. Lalu jenazah dikapankan sempurna, dan dijemput ahli keluarga terdekat untuk mencium jenazah buat kali yang terakhir. Diiringi esakan sedu-sedan, diri ini cuba menahan tangis, lalu memberikan ciuman terakhir di dahi arwah. InshaAllah, kita betemu di dunia yang abadi nun di sana.

Menginggalkan anak paling bongsu Haikal yang sama usianya dengan Aniq membuat hati ini merasa sayu. Haikal mungkin masih belum mengerti, tapi kini tanggungjawab ibu turut beralih kepada pak teh. Meskipun berat, hidup mesti diteruskan. Semoga mereka sekeluarga tabah meneruskan kehidupan di hari mendatang. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh arwah. Rohani binti Hasbullah- al-Fatihah.

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara : sedekah jariah,atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."
(Hadith Sahih - Riwayat Muslim dan lain-lainnya) 

-

Jumaat, 14 Oktober 2016

Serba Berbeza

Assalamualaikum whbt. Hello Sem 3 -amboi lewat gila aku menyapa semester ni. Maklumlah, konon nak fokus ngan buah hati aku kan (read: my dissertation: my thesis). Alhamdulillah, masih menetap di KBH untuk semester ni, meskipun aku dapat bilik single yang letaknya di sehujung-hujung KBH ni.

meet my new room
JUF pun dah ada macam ni dekat wall.
 dulu waktu kami muda-muda xdak pun
Rasa sem ni lagi lain daripada sem lepas. Dah tiada dah junior-junior yang aku kenal. Depa semua nak grad dah bulan Nov ni nanti. Alahai. Pahtu rasa macam takde hati dan perasaan sangat bila jalan gi mana-mana. Sebab mindset aku ialah: dah xde orang yang kenal aku kat UKM ni. lol. Bukanlah tiada, tapi seyesly yang ada pun kawan-kawan dan kenalan kelas master ni aje lah. Pahtu bila g je jalan-jalan kat FPI, (really FPI bukan tempat jalan-jalan kosong), pahtu mulalah keluarkan statement macam ni;  'Eh, tak pernah nampak pun benda ni sebelum ni?' 'Eh, ni kerusi baru?' -aqiilah, hang ingat FPI nak renovate pape kena update kat hang dulu ka? -.-


Haaa! Gambar kami waktu Jejak Sophie dulu. Selepas
setahun baru ada kat board JUF -.-
kelas tutor kami pun dah berubah wajah dah. jadi bilik kaca dah
Datang register seminggu kat sini, pahtu balik kampung semula sebab cuti hari raya haji kan. Balik tu, ada majlis Kak Na. So, selitkan juga gambar untuk entry ni. Aci kannnnn

Geram ngan budak kecikk ni 

#teamsingle

Cantiknya bride ni :)




Still available


Sempat lagi ke water splash- untuk memenuhi kehendak
aniq marwan

Waktu majlis bertandang
Still can't believe, I'm having this watch.
Baru-baru ini kami dikejutkan dengan kehilangan seorang sahabat, Kamal Mustaqim- yang meninggal akibat kemalangan jalan raya pada 29 September 2016. Allah. Tiada ku sangka ada antara kami yang akan pergi secepat itu. Al-Fatihah. InshaAllah syurga tempatmu. Kami yang masih hidup, masih lagi terkontang-kanting menongkah arus kehidupan.

sengaja buat listname geng PEMIKIR, mudah nak tick siapa yang dah kawen & ada anak nanti.
semoga anda semua sentiasa dilindungi Allah. Amin


Sabtu, 11 Jun 2016

Semester Dua!

11 Jun 2016. 6 Ramadhan.

Bismillah. Assalamualaikum whbt. Salam Ramadhan. Alhamdulillah 'ala kulli hal. Study week bakal melabuhkan tirainya esok, dan akan muncullah peperiksaan minggu hadapan. Kami exam satu paper sahaja, iaitu Bahasa Arab Pengukuhan II pada 18 Jun nanti. Dan aku rasa macam lamaaaaaa gila tak balik rumah! -.- homesicknyaaaa rasa  Aku masih di bumi UKM buat masa ini. Bagi menyelesaikan sisa-sisa proposal aku. *actually proposal tu tak wujud lagi okey  Nangis tak berlagu sobs.


Aku rasa lain sangat semester ni. Kalau sem lepas kami memang sibuk yang amat dengan kelas, assignments dan presentations, tapi sem ni memang free sebab takdak kelas. Which is we are supposedly finish up our proposal, but we didn't. Tapi inshaAllah sempat hantar proposal kami sebelum balik nanti. Mudah-mudahan. Amin!


Dan yang lagi lain, ialah rasa macam bukan student lagi dah. Alahai rindunya nak join aktiviti -aktiviti. Jadi peserta program, jadi fasilitator, terlibat dengan kerja kumpulan. Sungguh! Lama rasanya tak brainstorm otak ni. Rindu nk program dengan PEMIKIR, KUFAH & PERDANA. Memang sem ni banyak attend seminar, yang bila mana anda bergelar student MA, jadi sangat common untuk menghadiri pelbagai jenis seminar. Tapi alhamdulillah aku masih berkesempatan untuk menghadiri daurah. Sekurang-kurangnya seminggu sekali. Kitab yang kami daurah sem ni ialah Hadis 40 Imam Nawawi, 40 Hadis Kelebihan Selawat dengan Matan Akidah. Tapi sayang aku terlepas daurah penutup last untuk sem ni. 

Boleh saya ikut awak balik JB tak?
Aku rasa sem ini mengajar aku sedikit sebanyak perkara dalam hidup ni. Like I've been through a lot. Semua orang ada pasang surut dalam kehidupan. Mungkin saat jatuh, ia kan mengajar kita untuk bangkit berdiri lebih kuat. Jom sama-sama doa banyak-banyak bulan puasa ni, semoga Allah menunjukkan jalan yang terbaik buat hambaNYA. Moga kita tergolong dalam kalangan orang yang diampuni dan  mendapat hidayah Allah serta didekatkan hati kepada junjungan Rasulullah SAW. Amin!

Aturan Allah adalah aturan yang sebaiknya. Bersangka baik lah padaNYA.

Rabu, 27 April 2016

Sejenis CINTA

Assalamualaikum whbt.

 Alhamdulillah masih berkesempatan menghirup udara di muka bumi Allah ini. Semalam ada cerita-cerita sikit dengan ma, tapi sampai banjir-banjir. Bangun pagi ni mata kita bengkak like I always called it as 'mata ikan' lol.  Kemain nak cover mata tersebut- dengan pakai spek. Tapi jumpa dengan Tikah, terus terang dia tanya, "Tu kenapa mata bengkak?", "Ye ke?? Takde papelah. Semalam tidur lewat sikit kot...". Almaklumlah duk sorang-sorang kat bilik ni, nak makan pun takde selera. Hari ini kerja pagi, jadi kira berkesempatan nak join sahah dekat masjid petang nanti. Tapi dek kerana sakit kepala melampau, terpaksa naik ke bilik juga. Aku perlu tidur -.- Dah sempat lelap kejap, tersedar tepat jam 5 petang. Tengok langit macam gelap nak hujan. Dah siap-siap, aku duk tengok langit lagi. Takpelah, agaknya Allah memang nak suruh turun hari  ni. Kalu hujan pun, ada payung kan? :) 

Sesampainya di sana, ustaz dah mula dah. Aku terlewat dalam 10 minit -.- hantuk kepala pakai pencil case haha Aku tengok semua orang khusyuk gila wei! Rupanya hari ni ustaz cakap pasai cinta dalam rumah tangga. Always fovourite lah kan dalam kalangan students, terutama golongan yang memang 20-an ni. Semua mendengar dengan teliti. Kalau daurah kitab hadis, awal-awal lagi dah menguap. tet -.-" Ok. Dah. Panjang nya intro aini aqiilah hari ni. Jadi, sementara masih rasa rajin untuk menaip ni terus aku buka netbook dan taip :) Aku cuba olah dengan ayat yang paling mudah difahami, tapiiiiii kalau tak faham jugak cuba baca dengan mata hati hahaha. *OK aku cuba ye


______________________________________________________________________________

Dalam dunia ni, atau lebih tepat dalam hidup seseorang akan ada sejenis cinta. Cinta itu boleh jadi cinta kepada diri sendiri atau cinta kepada Allah. Cinta diri sendiri VS cinta Ilahi. Hati kita ni sebenarnya tak besar sangat pun. Yang boleh memenuhi hati hanyalah salah satu, sama ada cinta diri sendiri atau cinta Illahi.

CINTA DIRI SENDIRI

Ramai orang hari ni, mencintai diri sendiri meskipun tanpa dia sedar perkara ni. Cinta diri sendiri bermakna semua nya berpaksikan diri dia sendiri, demi maslahah dia sendiri. Kalu tiada kaitan dengan kebaikan buat diri dia, maka dia takkan melakukan sesuatu perkara.

CINTA ILAHI

Untuk memiliki cinta Ilahi, perkara paling penting ialah buang cinta kepada diri sendiri. Tapi bukanlah bermakna menyakiti diri sendiri. Contoh paling mudah, kenapa orang bunuh diri? Sebab dia rasa diri dia terseksa dan menderita. Oleh sebab dia tidak mahu diri dia sakit menderita maka dia bunuh diri. Ini contoh jelas cinta kepada diri sendiri. 

Kesan jika tidak memiliki cinta Ilahi adalah amat besar sekali. Nak tahu tak apa dia?? Dia takkan pernah mampu mencintai sesiapapun, melainkan dirinya. Maka, golongan atau orang ini akan mula tercari-cari apakah benda yang mampu membuat dirinya bahagia. Dari suatu benda kepada suatu benda lain. Dari sebuah perkara kepada perkara yang lain, kerana hatinya tidak pernah merasa puas atau tercukupi kepada dirinya. 

Melihatkan kepentingan ini, maka wajarlah kita mula menyoal diri apakah jenis cinta yang ada dalam hati kita. Adakah diri kita sudah bahagia dengan cinta tersebut? Tepuk dada tanya hati. Tanpa cinta Ilahi kita tidak akan mampu merasa bahagia.

_______________________________________________________________________________

kalau tak cerita pasal cinta pun, aku memang minat heart shape :p

Cinta dalam rumah tangga

Oleh kerana ada edaran pasal ni, jadi aku masukkan kat sini jugaklah secara ringkasnya. Dah datang rasa malas aku ni. -.- bagi point je, aci kan?


  • Rumah tangga bukan suatu yang mudah kerana penyatuan dua insan yang berbeza. Dengan family pun ada tak sependapat, apatah lagi dengan orang asing yang masuk dalam hidup kita, lepas tu tinggal serumah. Kau ghase?  Jadi sudah tentu penuh dengan cabaran.
  • Cabaran dalam alam perkahwinan ialah macamana nak synchronizing pendapat dua kepala yang berbeza ni. Maka, ia memerlukan bekal yang perlu ada sejak belum kahwin lagi. Bukannya dah kahwin, baru nak anggap benda tu magic timbul tiba-tiba. Bekal tersebut ialah cinta Ilahi yang mana buahnya ialah akhlak.
  • Formula ringkas ialah melalui cinta Ilahi. Apabila seseorang meletakkan Allah sebagai pengikat cintanya dengan pasangan , maka dia tidak akan mudah kecewa terguris, terkilan dengan kekurangan pasangan mereka. Bahkan mereka mendahulukan pula keingan pasangan mereka. Why? why? Kerana yang dilihat bukan redha pasangan kepada dirinya, tetapi keredhaan Allah kepada dirinya. 
  • Oleh itu, tidaklah dia mendahulukan dirinya atau kehendaknya. Apabila manusia tidak lagi mementingkan dirinya, maka dia mampu memberi. Apabila saling memberi, lahirlah keharmonian.
  • Justeru, jangan expect apa-apa daripada pasangan. Sebab manusia memang tidak sempurna. Manusia yang melihat dengan mata fizikal akan mencari kesempurnaan, manakala orang yang melihat dengan mata akhlak akan menerima segala kekurangan.
Bukanlah ingin berkahwin untuk sehari dua, tapi inshAllah sehingga ke syurga andai tertulis jodohnya

Next page; Akhlak penting yang mesti disiapkan sebelum berkahwin.

Nak kawen kena ada persiapan. Penting ni weiii. Tahu tak...? Tapi aku tak mahu taip dah. Tak sabar nak tunggu buku ustaz. hehe. *Bukan tak sabar nak kawen ok? -.-  Yang best dengar cerita pasal kawen ni sebab ustaz bawak macam-macam cerita. Nak kasi satu contoh ni kan. Ada satu cerita ni. Ustaz cakap, Imam Hanbali ni,  isteri dia garang, suka membebel, maknanya perangai dia macam gtu. Maka, orang tanya kepada imam, kenapa tidak diceraikan sahaja isterinya itu. Imam Hambali menjawab, "Sesungguhnya dialah yang bakal menjadi saksi di akhirat kelak akan kesabaranku. Andai aku menceraikannya, sudah tentu jika dia berkahwin lain, dia akan dilayan dengan buruk kerana perangainya itu..". Ayat kedua beliau, jelas menggambarkan rasa sayang dan cinta buat isterinya. Allah. Ini adalah contoh mencintai kerana Allah. Kerana memikirkan redha Allah melebihi segalanya. 

Nak banding konteks hari ni. "Kalu abang tak bagi hadiah emas dll, saya merajuk...". Nak kena ada material baru sayang. Itu namanya cinta diri sendiri. Dia rasa bahagia hanya apabila menerima daripada orang lain. sedangkan dia lokek dalam memberi. 

Dengan berpaksikan cinta Ilahi, maka akan lahirlah sifat-sifat positif yang inshaAllah mendorong pasangan ke arah lebih baik. Sebagaimana sifat wanita, yang umum tahu mulutnya suka membebel, mengomel. Anggaplah bunyi tersebut seolah lagu di telinga anda wahai lelaki. *Wahai calon suami aku, mintak hang sabar lebih dengan aku . OK? haha* Memang wanita sifatnya adalah rahmat; dengan kata lain berkhidmat dalam keluarga. Tapi mulutnya, mashaAllah. Kalu isteri diam, macam pelik, rumah mesti sunyi kan? Tu belom part dia tanya soalan. "Abang..cakap jujur taw. Hari ni saya masak sedap tak..?". *Well, dear gentlemen obviously she's looking for a compliment by asking that question. lol* Dah suami cakap jujur dengan dia, "Hari ni ayang masak macam tawar sikit lah...". Dia tahu yang suami dia jujur, pahtu boleh lagi dia jawab, "Abang ni.. orang dah penat-penat masak, banyak pulak complainnya.". See. Kalau you tak sabar boleh bawak masam muka tahu? Kadang isteri bebel-bebel tu bukan dia nak marah ke apa. Dia cuma nak orang dengar dia cakap apa. She just looking for your attention :) *ini aku cuma olah cerita ustaz ok?

Moga kita tergolong dalam golongan orang yang memiliki cinta Ilahi. Amin InshaAllah. Maaf andai ada tersalah dalam berbahasa. Hanya menyampaikan mengikut kefahaman hamba. Moga bermanfaat. Wassalam.

Dah dapat bukunya. Comell kan? Beli dua nak kasi kat calon, tapi dah terkasi
 izzat sempena pertunangan dia hari tu.
Buku yang ringkas, moga memberi manfaat yang besar. InshaAllah

Isnin, 25 April 2016

Aku budak NAIM



Assalamualaikum whbt. And Good evening! like fb always greets me rather than my friends lol  Keseorangan di bilik buatkan aku rasa nak menulis. Beginilah rupanya ditinggalkan roomate  huwaaa. (I want you back please) :(  Apepun izzat, saya doakan agar abah kembali sehat cepat-cepat. And may Allah safe your journey to Kelantan toninght. Fii hifzillah InshaAllah.
_______________________________________________________________________________

Malam ni adalah malam untuk kenang memori-memori waktu aku belajar di SMKA Naim Lilbanat. Sejujurnya, aku memang tidak pernah menyangka akan berpeluang untuk belajar di sana. Tapi sekejap jelah, untuk tingkatan 6. Sempat belajar di sana dalam setahun setengah je. Alhamdulillah.  SMKA Naim merupakan antara sekolah yang terhebat di Kelantan, pada waktu tersebut, sehinggalah sekarang, meskipun sekolah tersebut hanya sekolah untuk pelajar perempuan sahaja. Aku kira aturan Allah SWT itu indah, kerana pernah meletakkan aku di situ. Daripada situlah aku mampu sampai UKM  ni.. Berkat doa umi ayah serta guru-guru yang tanpa jemu mendidik kami.


Allah, indahnya andai aku masih pakai
 tudung ni sekarang
Tingkatan 6 bermakna orang yang tak berjaya masuk ke universiti (sama ada untuk progran asasi atau diploma) dan tidak berjaya mendapat tawaran ke kolej matrikulasi (sama ada program untuk setahun, atau dua tahun). This is sooo typical thought about form 6 weii -.- senang-senang je korang judge kami. Ini bukan aku personally yang keluarkan statement k? Semua orang bila aku kata sedang belajar form 6, depa akan tanya; Tak dapat tawaran masuk u ke? Tak dapat masuk matriks ke sebab tu ambik form 6? Tapi aku akan jawab dengan penuh sabar. "Saya memang nak belajar tingkatan 6, sebab saya nak aliran agama, saya tak leh continue aliran sains (sebab itu saya menolak tawaran ke matriks meskipun saya mendapat tawaran matrik akiran sains tulen untuk setahun sahaja)". Kenapa tak masuk uni? Tak layak eh? "Ni belajar form 6, lepas ni inshaAllah dapatlah masuk uni..".



Tak baik taw skeptik ngan tingkatan 6, kami pun nak belajar jugak. Pasal tu kami masuk sekolah. :) Dengan midset yang sebegitulah aku meneruskan pengajian di Naim, "Aku alang-alang masuk naim ni, tak kira macamna sekalipun aku kena masuk uni. Allah bagi rezeki aku belajar sini, dengan harapan umi ayah lagi. Aku kena dapat masuk u jugak..", meskipun di Naim sendiri rata-rata memandang rendah akan pelajar tingkatan 6. and i dont care about them. lol  Ramai je yang berbisisk-bisik, "Ala, duduk sini form 6 je punn...", and sometimes they did not really pay respect to us though we are older than them obviously. Kami tak pernah berlagak sebagai seorang senior pun, tapi dari segi umur memang form 6 lah paling tua kan, pasal depa semua form 1 sampai form 5 -.- So we deserve some respect :)

waktu ambik keputusan STPM
Aku bersyukur sangat dikurniakan rakan-rakan sekelas yang sangat supportive. Iyelah berasa dianak tirikan, jadi mestilah kena bergabung kan? heee. Tapi mula-mula je rasa macam gitu, dah lama-lama duk situ aku betul-betul tak ambik kisah cakap-cakap orang. Positifkan diri kita dan buat yang terbaik. Lama-lama aku senang dengan tarbiah di naim. Sungguh. Ada dalam kalangan kami, Rasyidah; selalu bagi nasihat supaya kami sering tajdid niat agar belajar semata-mata kerana Allah. Maka inshaAllah Allah akan memudahkan segala urusan. Sampai harini kata-kata si kecik  comell ni macam tengiang-ngiang di telinga ni. *rindu -,-

Kak hani, me, rasyidah and nabila
Kami saling tolong menolong. Dalam pelajaran dan jugak dalam usaha mencari dana untuk lawatan sambil belajar kami ke IPTA tertentu kat KL :) Aku adalah menyumbang sikit-sikit untuk mata pelajaran Pengajian Am dengan Bahasa Melayu. Kan favourite B. Melayu. Dan alhamdulillah aku terpilih mewakili sekolah dalam mengikuti program Skor A, sebuah program untuk pelajar tingkatan 6 peringkat negeri Kelantan. Hanya empat orang sahaja yang terpilih daripada setiap sekolah. Jadi aku bertuah dapat mengikuti program ini kerana guru-guru yang mengajar adalah guru-guru pakar. Bila balik ke Naim, aku akan cuba share sedikit sebanyak ilmu yang dicedok daripada sana. Kita kan nak cemerlang sama-sama ^.^


Meskipun tak banyak gambar yang ada dalam simpanan aku, tapi aku cubalah korek-korek yang ada, untuk dinukil dekat sini. Nanti- nanti kan boleh dibuat kenangan :)

depan MASJID UKM :)

alahai. takleh bersisah dengan makanan -,-

waktu program kat luar sekolah


kami dah lama selfie sesama.  ni tahun 2011 :)

Annual Dinner 2011



Ini dalam kelas kita. I saw my desk heee
dulu dalam kelas kita duk sebelah kak hani, izzat duk belakang kita,
then angah kat sebelah izzat ^,^
jangan tak tahu kami ada kelas subuh. memang aku paling
 mengantuk pahtu kena jadi phoropgrapher pepagi -.-
ini mestilah waktu lawatan ke UKM!


Ini plak dekat USIM
Sebelum gi jalan-jalan Alamanda ~
Kasut aku yang putih tu. Memang sukalah kasut princess-princess ni.
kasut hitam tu izzat punya, then unaa and dalila
Mini gathering kat UKM, yang ni tahun 2015 waktu unisza datang UKM.
Alhamdulillah daripada naim, ke UKM, sama-sama ambik usuluddin lak tu,
berjaya grad sesama. Fii hifzillah semua korang!
Jangan tak tahu, aini aqiilah waktu sekolah ni nakal jugak -.-" pengakuan apakah ini? Pernah skip prep class petang-petang, sampai pengawas asrama pergi kejutkan kat bilik. Pahtu turun buat muka innocent. Haha. Aku kan kakak. Bawak fon? Ini perlulah undercover pasal memang peraturan sekolah yang tak kasi bawak kan. Lagipun dulu aku balik ke Tanah Merah dengan kereta api. Padahal budak Gua Musang je leh naik kereta api. Maka mulalah buat muka selamba nak balik awal naik kereta api. Kena soal ngan Cikgu Liza, mula buat muka meyakinkan bahawa rumah kami betul-betul jauh, lol. Kalu naik bas jenuh kena berdiri daripada Kota Bharu sampai ke Tanah Merah, pasal tu kami rela naik kareta api. *alasan nak balik awal. 

Jadi begitulah gambarannya kehidupan selaku pelajar tingkatan 6. Alhamdulillah keputusan peperiksaan aku melayakkan aku menjejakkan kaki ke UKM ni. Bahkan aku dapat pilihan pertama waktu isi UPU, memang aku buat Usuluddin & Falsafah sebagai 1st choice. Hajat di hati nak ambik Syariah tak sampai, pasal result Syariah tak cantik. Tapi  hikmah dia, aku dapat geng PEMIKIR ^.^ Kerana aturan DIA akan sentiasa indah. Kita hanyalah mampu berusaha dan berdoa. Buat semua sahabat Naim, semoga anda berjaya dalam ada jua yang dilakukan. Aini Aqiilah sentiasa rindu awak semua. Moga Allah melindungi kita sentiasa. Amin!

Gambar harini :) semoga yang baik-baik untuk kita 
Sebagai konklusinya, form 6 bukanlah orang yang tak pandai. Bak  kata cikgu-cikgu, dah masuk form 6 ni bermakna, sebelah kaki kita dah melangkah ke u taw. Tunggu kita sampai ke U je. Usaha dan doa, kemudian tawakkal, inshAllah rezeki akan memihak kepada kita. Penghargaan buat semua guru-guru form 6 di Naim dulu, antaranya Teacher Rasyidah, Ustaz Halim, Ustaz Yusuf, Ustaz Sayyidi, Ustaz Abdullah, Cikgu Nora, Cikgu Liza, Cikgu Zakaria, Ustazah Karimah dan semua guru-guru SMKA Naim, hanya Allah mampu membalas jasa kalian terhadap kami. Jazakallah khairan kathira :) 

ps: Jangan pernah berhenti mendoakan anak didikmu ini. *rindu

Jumaat, 25 Mac 2016

Rasa yang seperti itu

Bismillah..

24 Mac 2016. 21:07.

Jadi begini rasanya.. menjarakkan diri daripada seseorang. atau lebih tepat lagi menjarakkan diri daripada awak. Bukan aku tidak biasa menghadapi tempoh dan saat seperti ini. Namun kelihatannya aku tenang sekali (secara lahiriyahnya mungkin tenang, tapiiiii kalu hangpa boleh masuk hati atau minda aku tentulah hangpa takleh nak tengok pasai penuh sangat dengan persoalan kat dalam tu). Mungkin kerana sudah terlalu biasa atau mungkin hati aku sudah malas memikirkannya lagi. Namun sedikit sebanyak dek kerana aku terbiasa dengan pesanan "Selamat pagi", "Selamat malam" dan ucapan "Fii Hizfillah" daripada dia membuatkan aku terasa sedikit janggal tatkala masa berlalu tanpa sebarang pesanan daripada dia. Aku telah menghentikan semua penulisan mengenai kita sama ada di phone atau juga di netbook ini sendiri. Semuanya telah tersimpan di drive milikku sahaja tanpa sebarang penambahan semenjak daripada tarikh itu. Bahkan sejak daripada hari itu, aku tidak pernah membuka sebarang helaian note tersebut untuk aku singkap, tidak seperti kebiasaanku sebelum ini. Malah, segala pesanan di whatsapp juga tidak aku scroll sejak tarikh itu. Cukuplah pesanan terakhir daripada dirimu pada malam itu yang aku baca. Aku juga tidak terniat untuk mengulang baca mesej tersebut.

maafkan daku andai membebankanmu dengan secebis harapan itu

Kenapa aku harus melakukan begitu?? Kerana mainan emosi dan perasaan tidak boleh dilayan sama seperti logik akal. Kerana hati memerlukan ruang.. Ruang bagi ia mengerti dan merasionalkan sesuatu. Andai ruangan buatmu (meskipun sedikit) sentiasa ada di hatiku, maka kehilanganmu daripada ruang itu akan memerlukan aku untuk membuat perkara lain, supaya kekosongan di situ tidak begitu terasa. Tapi malam ni aku mungkir janji dengan hati aku. SEBAB aku menulis dekat blog pasal ni :( Bak kata Ust Hosnee, sesuatu yang dimulakan dengan emosi (dengan hati) akan mendatangkan kesan yang lebih mendalam kepada diri dan takkan jadi sama kalau nak bandingkan dengan sesuatu yang dikerjakan akal. *Errmmm.. sukalah kalam ustaz sebab philosophical sangat kalau buat analogi kan.



Alamak..dah umur 24 tahun ni macam tak berapa kuasalah nak menaip kisah cinta sedih *tetiba berlagak dewasa*.. Dramatik sangat kot. Saya dah besar OK. Tak  perlu jugak nak canang satu dunia apa yang kita rasa (padahal aku selalu buat mcmtu kat twitter) Astaghfirullah (Aqiilah pun sedang cuba baiki diri sendiri) -.-. Takkan nak post semua duka lara merta-rata kat media sosial. Biar kita dengan Dia sahajalah yang mengetahui nya. Yang paling penting, jangan asyik nak salahkan orang je, tapi tengok dan muhasabah balik pada diri  kita. Mungkin semua yang terjadi adalah ujian tanda sayang Allah pada kita. Supaya kita lebih mencintainya dan Rasul-Nya SAW. Part paling penting, kembali hanya pada DIA.. kerana DIA juga pemilik yang memegang hati hambaNya..



Tapi tujuan menaip malam ni, adalah sebab nak share kan sebuah kata-kata yang sangat best ini:

_________________________________________________________________________________


apa kamu tahu hal apa yang membuatku begitu senang ketika mencintaimu? jika kamu belum mengetahuinya, kemarilah, duduk di sampingku, lalu dengarkan aku.
aku tidak bisa menjelaskan bagaimana cintaku kepadamu. aku ingin mengatakan banyak, tetapi sulit kuungkap. tetapi singkatnya begini; ketika aku melihat senyummu, aku merasa ada bahagia yang sedang diciptakan Tuhan untuk aku. ketika aku di dekatmu, aku merasa Tuhan begitu menyayangiku, melalui kehadiranmu. ketika aku melihatmu bahagia, aku merasa sedang menyaksikan doa-doaku sedang dijawab oleh Sang Pencipta.
cinta adalah kepulangan. kamu adalah kerinduan. dan kita hangat yang dipertemukan oleh doa ketulusan.
kita bertemu karena doaku dan doamu telah menyatu. untuk saat ini, kita menang atas waktu. kuberi tahu, perjalanan terbaikku adalah perjalananku yang menujumu. sulit, memang. namun untuk kita, aku harus menang.
jika Tuhan memutar waktu kembali, berhenti pada detik-detik masa lalu. aku akan tetap meminta kepada Tuhan, untuk memberhentikan waktuku tepat pada saat aku menemukanmu. karena sejauh ini, pertemuan kita tak pernah kusesali. sesulit apa pun perjalanan menujumu, tetap kamu yang kumau.
terima kasih telah menjadi seorang terbaikku. kamu telah berhasil menunjukkan kepadaku, jika cinta bisa tumbuh baik di dalam kasih doa. suatu hari nanti, doa-doa kita akan berbicara kepada dunia. tentang kita yang memperjuangkan semuanya bersama rasa sabar, rasa percaya, dan kekuatan doa.
#penakecil
sumber

Rabu, 17 Februari 2016

dia, RATU hatiku :)

17 FEB 2016, Rabu

Assalamualaikum whbt. Selamat Malam.  Memang aku biasa dapat ilham untuk menaip dan menulis waktu malam, tapi kebelakangan ini, aku biasa taip waktu siang. Terasa janggal pulak menaip di waktu malam hari. lols. Bila tabiat luar biasa ni muncul, maka faham-fahamlah. Mesti ada something. The thing is I miss my home -.- equal to:aku rindu umi, ayah, aniq, asma, dan arfah. Siapa tak rindu family wey! Tambah pulak aku baru sampai UKM ni. Meskipun sem baru ni bermula 22 Feb nanti, aini aqiilah sangat lah bersemangat nak datang awal ke ukm, untuk buat proposal dissertasi, tapi bila sampai ukm dia tak buat pun (0.0) Pahtu mulalah dia nak buat drama macam-macam dalam bilik ni.

Zaman muda-muda :)


waktu ni saya kecik lagi taw!
waktu kecik-kecik memang la innocent -.-

I got a sister named, Arfah. hee


Umi.. Adalah insan pertama yang aku jatuh cinta. Kenapa? Kerana dia melahirkan aku ke dunia ini. Kerana dia yang bangun pada malam hari tatkala anaknya merengek-rengek. Kerana dia yang mngejarkan alif ba ta buat aku. Kerana dia mendidik aku sehingga menjadi orang yang sekarang ini. Kerana dialah yang menjaga dan membimbing aku akan pelbagai ilmu.

Berlatar belakangkan keluarga yang bukan senang, mengajar umi untuk menjadi insan yang sangat kuat ketika usianya. Bahkan aku sendiri amat kagum dengan dirinya. Hidup dalam suasana serba sedikit sewaktu kanak-kanak sehingga dia dewasa, menajadikan ummi seorang yang sangat berdikari. Justeru, kerana itulah dia berusaha sehabis baik dalam memberikan yang terbaik buat kami anak-anaknya.

Dan kerana kesusahan tersebut telah menjadikan beliau sangat mengambil berat soal pendidikan anak-anak. Dia ingin kami adik-beradik mampu hidup senang di kemudian hari. Aku faham. Harapan umi tidak lain, adalah untuk melihat semua anaknya berjaya. Di dunia, lebih-lebih lagi di akhirat. Dia jarang sekali memanjakan kami.. Bahkan, jarang sekali berbangga dengan pencapaian kami. Bagi aku, ummi seorang insan yang sangat merendah diri.

Terkadang aku merasakan masa yang diluangkan bersama kami adalah sedikit.. Aku memang tinggal di asrama daripada tingkatan 1- 6. Sehingga kini pun aku masih menginap di kolej. Jadi masa bersama adalah ketika cuti sahaja..Cepat sungguh masa berlalu kan? Kak long dah umur 24 tahun, tahun ni :) Nanti kak long mungkin akan berkahwin dengan orang jauh-jauh.... Apapun umi doakan yang terbaik buat kami k?

Kerana ummilah antara insan utama pendorong kejayaan kak long.
sayang umi :)
doakan untuk grad master plak ye ^.^


Ummi, ketahuilah aku berbangga sekali menjadi anakmu. Terima kaseh atas segala jasa dan keringat ayah & umi buat kami ( kak long, kak pah, kak cik dan abe). Doakan kejayaan anakmu fi ddunia, wal akhirah :) Moga Allah sentiasa memelihara umi dan ayah. Amin!