
Assalamualaikum whbt 2018.. Macam cepat sangat masa berlalu, dah masuk 2018 pun. Dan lama sangat tak update blog ni. Dan si dia mula bertanya pasal lama tak update (nak orang mention dia dalam ni lagi lah tu! -.-"). Aku tetap nak salahkan wifi UKM yang sifatnya tak berubah meskipun dah masuk 2018- takde azam baru betul wifi ni.. kalau dekat bilik entah pape je. So guess what, i'm blogging in the library, which i dont do that cause library is soooo academic place, meanwhile apa aku tulis dalam ni tak akademik langsung. LOL.
Alhamdulillah for all the blesssing :) Aku masih di UKM. Masih meneruskan perjuangan di sini. To be honest, it's really really a longggggg and lonely journey. Orang takkan pernah faham, even you explain it for thousands times. Tapi alhamdulillah aku dikelilingi dengan insan yang sentiasa positif dan memberi sokongan untuk masih lagi berjuang. Kalau takde siapa-siapa agaknya dah lama give up kot. Cakap pasal give up, ramai juga yang kecundang dalam perjalanan master ni. Budak kelas aku sendiri, berhenti macam tu aje selepas empat sem dengan alasan SV suruh buat kajian yang dia tak minat dan dia tak pernah siapkan proposal. Aku sendiri adalah antara insan yang ketinggalan dalam penulisan aku. Tapi syukur dapat SV yang sangat membantu. Alhamdulillah. So yeah, im doing this. (Doakan k!). Aku akan tulis entry khas pasal master aku - tapiiii bila dah siap dissertasi ok? (i promise!)
![]() |
credit to fb- i think its about yourself first, more common sense and toleration |
Dalam mendepani tahun 2018 yang akan datang, aku kira lagi banyak cabaran yang mendatang. Hidup kita adalah ujian, maka kita akan sntiasa diuji. Maka berlapang dadalah dengan setiap ujian Allah dan redha. Redha bukan bermaksud tidak berusaha. Redha adalah selepas kita berbuat segalanya dalam berhadapan dengan ujian tersebut. Sentiasa mohon doa, "Allah engkau yang kasi ujian ini kepadaku, maka dengan kekuatanMU juga bantu aku dalam menempuh ujian ini". Jadi bekallah diri dengan sedikit kematangan, rasional, serta usaha dan doa agar urusan kita dipermudahkan dan sentiasa mendapat redha Allah. Kalau pun bukan kerana tahun baru, setiap manusia perlu juga ALWAYS do something better for themselves, right?
![]() |
just don't stop. |
![]() |
this is for you (whoever reading this entry!) |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan