PART I
12 Oct 2016, Rabu.
12 Oct 2016, Rabu.
Bismillah. Assalamualaikum whbt.Sebenarnya tak pasti nak letak tajuk apa untuk entry kali ini. First of all- no offence. Tinta ini hanyalah untuk menceritakan kisah aku seadanya.- you may get annoyed *well-it's my personal life and i wanna write something about it.
_______________________________________________________________________________

Tapi mestilah kena cover kan. Ayat reply aku memang seadanya sahaja. Aku tak nak harapan aku melangit. Dalam hati punyalah berdebar. Bila dia kata nak datang jumpa aku, mula dah aku start pikir macam-macam. Well, you know how amazing (annoying) my imagination could be, right? Dia nak bagi kad kawen dia ke? Dia nak cakap dia dah bertunang ke? Dia nak cakap suruh kami betul-betul move on ke? Aku punya cuak waktu tu sampaikan, aku taknak jumpa dia. Aku takut aku nangis free je depan dia nanti. Betul. Aku takut, kalu live depan dia aku kena say good bye. Kalu betul nak jumpa, memang aku kena sedia dengan macam-macam kemungkinan. And akhirnya aku menyatakan persetujuan untuk kami berjumpa. Dan malam itu, agak lama aku berfikir..memohon petunjuk DIA, agar menunjukkan jalan yang benar. Mudah-mudahan Allah sentiasa beri aku kekuatan untuk sebarang kemungkinan kedatangan dia.
Pagi Sabtu tu, aku ke KKM untuk pick up dia. Alahai, tell me how to be that cool after 7 months without any contact? Tapi dia macam biasa. Seolah-olah tiada apa pernah berlaku. Seolah-olah kami 7 bulan tu tak pernah menjejaskan waktu kami. Memberi salam, lantas bertanya tentang kesihatan aku. Dia punya layanan menjadikan aku lupa - kami dah lama tak contact. Jadi aku teman dia pergi beli baju. Kami berbual macam biasa. Dah selesai dia beli baju, aku cakap ngan dia, aku lapar sangat (lepas terima mesej dia semalam terus tak lalu nak masuk apa dah dalam mulut ni). Jadi kami pergi makan. Obviously, aku sebenarnya sangat-sangat tak berselera nak makan, tapi disebabkan lapar, kena makan jugak.
Waktu tengah makan tulah, dia mula nak cakap, tujuan sebenar dia nak jumpa aku. Kalu jantung aku ada kat luar waktu tu, mesti dah melompat-lompat agaknya disebabkan nervous yang amat. lol. So, he told me. Yang kedatangan dia ke Bangi kali ini adalah memang semata-mata untuk aku. Dia dah ada jawapan, dan dia nak series dengan aku. Dan umi dia suruh tanyakan bila boleh umi dia datang untuk merisik di kelantan dan jumpa family aku. i'll be like- SERIOUSLY??? -Seriously? Dia cakap waktu kami tak contact tu, dia ada buat solat istikharah. Dan pada malam awal muharram tu, dia dapat sebuah mimpi, yang dia rasakan merupakan jawapan kepada apa yang dia nak tahu selama ni.
Aku memang lah cuba bertenang setenang yang mungkin. Aku tarik nafas. "Saya rasa saya still tak leh kasi jawapan, sebab saya kena bincang dengan umi ayah dulu. Saya takleh buat keputusan sorang-sorang akan hal ini wak. Awak paham kan?". Allah. hanya ALLAH yang tahu, rasa dalam hati aku waktu tu. Yang mana aku pernah membayangkan hal ini. Aku pernah cakap dengan diri aku sendiri. "Zuhayl, kalau kau nak muncul lagi dalam hidup aku, pastikan kau betol-betol serius nak menikah dengan aku". Dan hari itu, peristiwa tu terjadi kepada aku. Selama ini memang DIA mendengar setiap doa aku. Dia cuma memakbulkan doa tersebut pada waktuu yang tepat.
Sungguh hati ini merasa terharu. Betapa kerdilnya kudrat seorang manusia. Kerana semua hanya akan terjadi dengan izin ALLAH. Seberapa nak pun kita terhadap sesuatu, semua akan terjadi dengan izinNYA semata. Betapa DIA menjawab doa aku saban malam; meminta diberikan kekuatan, meminta diri ini diberikan petunjuk, meminta agar Allah sentiasa memelihara dia dan keluarganya, meminta agar Allah mentakdirkan yang terbaik buat aku dan dia. Dan benarlah, takdir DIA tidak akan pernah tertukar. Cara mencinta itu unik bukan? Hanya bertemu dalam doa. Yang mana pernah aku persoalkan padanya suatu masa dahulu sebelum kami lost contact; awak sebenarnya series ke dengan saya? Yang mana dia juga pada waktu itu, tiada jawapannya untuk soalan itu.
Hari ini, dia membawa jawapan jujur kepada soalan itu. Dia bersedia. Untuk menghantar keluarganya bertemu keluargaku. Tanda dia benar. Tanda dia bersunggguh mahu membina ikatan halal dengan ku. Cuma tinggal kini jawapan dariku. Allah, andai keputusan ini benar dan terbaik, Kau mudahkanlah segala urusan kami. Amin. Terlalu banyak rasanya perlu dipersiapkan diri ini agar lebih bersedia menempuhi sebuah fasa yang lebih series dalam sesuatu perhubungan. Moga Allah sentiasa memelihara kita semua.
Hal ini aku khabarkan kepada umi keesokan harinya. Umi kata dia tiada sebarang masalah, cuma umi InshaALLAH akan mengerjakan umrah 5-17 Dec nanti. Ayat umi paling deep; "Kak long tu dah sedia ke? Banyak-banyak la buat solat hajat, istikharah untuk buat keputusan". Umi pun cakap tidak ingin membuat sebarang majlis bertunang ke apa, sebab bila dah sebut majlis kena ada dulang-dulang bagai. So umi kata, just bawa cincin je lah, kalu nak bawak cincin. Lepas tu jumpa antara family dan bincang-bincang. Dan si dia risau kot-kot, nanti umi ayah tak faham sangat umi abah nak cakap apa nanti. Umi ayah meme lah kecek kelate, tapi depa fahamlah kalau dah cakap dalam bahasa Melayu tu. Dia selamba je suruh aku jadi translator nanti, sebab kemungkinan besar dia tak datang rumah aku nanti. Aku tanya, "Umi awak cakap English jugak ke -.-" "No lah. B. Melayu je". "OK. Takpelah tu".
Pahtu aku sengaja nak bagi soft reminder kat dia. "Awak, jangan lupa taw. Saya takleh cross g seberang sana kalau nama saya termasuk dalam blacklist sebab tak bayar ptptn..." -- "What? Seriously?! Betul ke?" "Yup. Betul. Serius." Selepas aku mengtaukidkan hal itu - Dan itu mampu buat dia mengucap panjang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan