Powered By Blogger

Isnin, 26 Mac 2018

Our One Step Closer

Cerita Kita (PART II)

12 Mac 2018. 0929.


Assalamualaikum whbt. Alhamdulillah masih berkesempatan untuk tulis entry kali ini. Sejujurnya macam tak tahu pun nak cerita apa tentang kisah our one step closer ni.. Tapi takpelah, will make this as short and sweet one :)

Secara rasminya bergelar tunangan kepada Mr. Zuhaily pada 09 Mac 2018 yang lalu. Ni kira dalam sejarah lah rombongan keluarga si dia datang dah nak dekat dengan maghrib! (no worries, you're welcome!) Alhamdulillah 'ala kulli hal. Yup.. aku bersyukur dengan usaha dan toleransi daripada kedua-dua keluarga kami, sama ada keluarga aku mahupun keluarga si dia. Memandangkan waktu tu Magrib jadi dah lewat, dan selepas majlis pun agak kalut untuk solat Maghrib dan sedikit makan-makan buat keluarga si dia. Dah datang jejauh wajiblah kena makan kat rumah kami.. Bukan selalu datang kelantan kan :) 

Ia lebih kepada family discussion daripada majlis untuk bertunang. No dulang, no pelamin, no make- up. Just a normal  me dengan baju kurung pink! heeee *thanks umi sponsored! And me cant even bukak spec sebab dah malam makin tak nampak apa kalu dah bukak spek. hahaha 




masa ni baru tahu ada dua cincin


:)
Abah & Ayah kita

asal saya nampak gemuk dalam gambar ni -.-"
serious nya nampak muka orang belakang tu heee


the rings
thanks for the sweets too
one is mini crown ring and the other one is eternity ring- both in
rose gold

Jadi untuk kedatangan umi dan abah ke rumah aku kali ni menjadikan ini kali ketiga aku jumpa dengan parents si dia. Dan perjumpaan kali keempat ialah dua hari lepas tunang tu waktu kami nak gi tempah baju nikah dan baju songket. Semoga segala urusan kita dipermudahkan oleh-Nya. Tak cukup rasanya menzahirkan ucapan terima kasih dan syukur ke hadrat Illahi atas nikmat yang dikurniakan-Nya. 

**Peringatan buat diri sendiri juga, agar tidak hanyut dalam sebuah fasa bernama pertunangan. Tunang bukan tiket terlebih mesra, terlebih meluang masa bersama-sama, terlebih manis dalam berbahasa - semua perbuatan bersama-sama tersebut mungkin mengurangkan kemanisan bila berumah tangga kelak. Sama-sama muhasabah diri dengan berusaha menjadi lebih baik, memperbaiki serta menambah amal ibadah, berusaha menambah ilmu pengetahuan kerana masih banyak yang perlu dipsersiapkan, bukan hanya bergembira dengan pernikahan yang bakal berlangsung. Agar kita lebih bersedia dan siap menempuh alam perkahwinan nanti- yang tak akan menjadi mudah jika tanpa terima dan toleransi kedua belah pihak.  Semoga yang baik-baik buat kita, dan semoga Allah mengurniakan kebaikan kepada kita semua, Insha Allah :) Wassalam.

Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya – pemberian-Nya), lagi Maha Mengetahui.”
(Surah An-Nuur 24:32)

Cerita Kita

PART I

12 Oct 2016, Rabu.

Bismillah. Assalamualaikum whbt.Sebenarnya tak pasti nak letak tajuk apa untuk entry kali ini. First of all- no offence. Tinta ini hanyalah untuk menceritakan kisah aku seadanya.- you may get annoyed  *well-it's my personal life and i wanna write something about it. 
_______________________________________________________________________________

Hubungan aku dengan dia sepi. Jangka masa kami tak berhubung lebih kurang 7 bulan. Dan hanya insan-insan yang betul-betul rapat dengan aku saja yang tahu, bahawasanya aku dengan dia dah lama tak contact. Suatu petang yang hening. seingat aku petang hari Jumaat lepas. Aku duk belek-belek gallery fon. Aku jumpa gambar bulan. Gambar tu menandakan bahawa itulah tarikh terakhir aku jumpa dia. Aku ingat lagi waktu aku balik daripada uptown malam tu dengan dia, izzat dan muzakkir, sampai je bilik aku tengok bulan cerah di langit. Gambar itu bertarikh 26 Dec 2015. Hati aku berbisik, "Lama betul tak jumpa awak. Moga Allah sentiasa melindungi awak di mana jua awak berada". 15 minit lepas tu, aku terima mesej dekat whatssapp. Guess what? Mesej tu daripada awak. Terus air mata bergenang. Allah. Tersentuh sangat hati aku.


Tapi mestilah kena cover kan. Ayat reply aku memang seadanya sahaja. Aku tak nak harapan aku melangit. Dalam hati punyalah berdebar. Bila dia kata nak datang jumpa aku, mula dah aku start pikir macam-macam. Well, you know how amazing (annoying) my imagination could be, right? Dia nak bagi kad kawen dia ke? Dia nak cakap dia dah bertunang ke? Dia nak cakap suruh kami betul-betul move on ke? Aku punya cuak waktu tu sampaikan, aku taknak jumpa dia. Aku takut aku nangis free je depan dia nanti. Betul. Aku takut, kalu live depan dia aku kena say good bye. Kalu betul nak jumpa, memang aku kena sedia dengan macam-macam kemungkinan. And akhirnya aku menyatakan persetujuan untuk kami berjumpa. Dan malam itu, agak lama aku berfikir..memohon petunjuk DIA, agar menunjukkan jalan yang benar. Mudah-mudahan Allah sentiasa beri aku kekuatan untuk sebarang kemungkinan kedatangan dia.


Pagi Sabtu tu, aku ke KKM untuk pick up dia. Alahai, tell me how to be that cool after 7 months without any contact? Tapi dia macam biasa. Seolah-olah tiada apa pernah berlaku. Seolah-olah kami 7 bulan tu tak pernah menjejaskan waktu kami. Memberi salam, lantas bertanya tentang kesihatan aku. Dia punya layanan menjadikan aku lupa - kami dah lama tak contact. Jadi aku teman dia pergi beli baju. Kami berbual macam biasa. Dah selesai dia beli baju, aku cakap ngan dia, aku lapar sangat (lepas terima  mesej dia semalam terus tak lalu nak masuk apa dah dalam mulut ni). Jadi kami pergi makan. Obviously, aku sebenarnya sangat-sangat tak berselera nak makan, tapi disebabkan lapar,  kena makan jugak.

Waktu tengah makan tulah, dia mula nak cakap, tujuan sebenar dia nak jumpa aku. Kalu jantung aku ada kat luar waktu tu, mesti dah melompat-lompat agaknya disebabkan nervous yang amat. lol. So, he told me. Yang kedatangan dia ke Bangi kali ini adalah memang semata-mata untuk aku. Dia dah ada jawapan, dan dia nak series dengan aku. Dan umi dia suruh tanyakan bila boleh umi dia datang untuk merisik di kelantan dan jumpa family aku. i'll be like- SERIOUSLY??? -Seriously? Dia cakap waktu kami tak contact tu, dia ada buat solat istikharah. Dan pada malam awal muharram tu, dia dapat sebuah mimpi, yang dia rasakan merupakan jawapan kepada apa yang dia nak tahu selama ni.


Aku memang lah cuba bertenang setenang yang mungkin. Aku tarik nafas. "Saya rasa saya still tak leh kasi jawapan, sebab saya kena bincang dengan umi ayah dulu. Saya takleh buat keputusan sorang-sorang akan hal ini wak. Awak paham kan?". Allah. hanya ALLAH yang tahu, rasa dalam hati aku waktu tu. Yang mana aku pernah membayangkan hal ini. Aku pernah cakap dengan diri aku sendiri. "Zuhayl, kalau kau nak muncul lagi dalam hidup aku, pastikan kau betol-betol serius nak menikah dengan aku". Dan hari itu, peristiwa tu terjadi kepada aku. Selama ini memang DIA mendengar setiap doa aku. Dia cuma memakbulkan doa tersebut pada waktuu yang tepat.

Sungguh hati ini merasa terharu. Betapa kerdilnya kudrat seorang manusia. Kerana semua hanya akan terjadi dengan izin ALLAH. Seberapa nak pun kita terhadap sesuatu, semua akan terjadi dengan izinNYA semata. Betapa DIA menjawab doa aku saban malam; meminta diberikan kekuatan, meminta diri ini diberikan petunjuk, meminta agar Allah sentiasa memelihara dia dan keluarganya, meminta agar Allah mentakdirkan yang terbaik buat aku dan dia. Dan benarlah, takdir DIA tidak akan pernah tertukar. Cara mencinta itu unik bukan? Hanya bertemu dalam doa. Yang mana pernah aku persoalkan padanya suatu masa dahulu sebelum kami lost contact; awak sebenarnya series ke dengan saya? Yang mana dia juga pada waktu itu, tiada jawapannya untuk soalan itu.


Hari ini, dia membawa jawapan jujur kepada soalan itu. Dia bersedia. Untuk menghantar keluarganya bertemu keluargaku. Tanda dia benar. Tanda dia bersunggguh mahu membina ikatan halal dengan ku. Cuma tinggal kini jawapan dariku. Allah, andai keputusan ini benar dan terbaik, Kau mudahkanlah segala urusan kami. Amin. Terlalu banyak rasanya perlu dipersiapkan diri ini agar lebih bersedia menempuhi sebuah fasa yang lebih series dalam sesuatu perhubungan. Moga Allah sentiasa memelihara kita semua.


Hal ini aku khabarkan kepada umi keesokan harinya. Umi kata dia tiada sebarang masalah, cuma umi InshaALLAH akan mengerjakan umrah 5-17 Dec nanti. Ayat umi paling deep; "Kak long tu dah sedia ke? Banyak-banyak la buat solat hajat, istikharah untuk buat keputusan". Umi pun cakap tidak ingin membuat sebarang majlis bertunang ke apa, sebab bila dah sebut majlis kena ada dulang-dulang bagai. So umi kata, just bawa cincin je lah, kalu nak bawak cincin. Lepas tu jumpa antara family dan bincang-bincang. Dan si dia risau kot-kot, nanti umi ayah tak faham sangat umi abah nak cakap apa nanti. Umi ayah meme lah kecek kelate, tapi depa fahamlah kalau dah cakap dalam bahasa Melayu tu. Dia selamba je suruh aku jadi translator nanti, sebab kemungkinan besar dia tak datang rumah aku nanti. Aku tanya, "Umi awak cakap English jugak ke -.-" "No lah. B. Melayu je". "OK. Takpelah tu".

Pahtu aku sengaja nak bagi soft reminder kat dia. "Awak, jangan lupa taw. Saya takleh cross g seberang sana kalau nama saya termasuk dalam blacklist sebab tak bayar ptptn..." -- "What? Seriously?! Betul ke?" "Yup. Betul. Serius." Selepas aku mengtaukidkan hal itu -  Dan itu mampu buat dia mengucap panjang.