12 Mac 2018. 0929.
Assalamualaikum whbt. Alhamdulillah masih berkesempatan untuk tulis entry kali ini. Sejujurnya macam tak tahu pun nak cerita apa tentang kisah our one step closer ni.. Tapi takpelah, will make this as short and sweet one :)
Secara rasminya bergelar tunangan kepada Mr. Zuhaily pada 09 Mac 2018 yang lalu. Ni kira dalam sejarah lah rombongan keluarga si dia datang dah nak dekat dengan maghrib! (no worries, you're welcome!) Alhamdulillah 'ala kulli hal. Yup.. aku bersyukur dengan usaha dan toleransi daripada kedua-dua keluarga kami, sama ada keluarga aku mahupun keluarga si dia. Memandangkan waktu tu Magrib jadi dah lewat, dan selepas majlis pun agak kalut untuk solat Maghrib dan sedikit makan-makan buat keluarga si dia. Dah datang jejauh wajiblah kena makan kat rumah kami.. Bukan selalu datang kelantan kan :)
Ia lebih kepada family discussion daripada majlis untuk bertunang. No dulang, no pelamin, no make- up. Just a normal me dengan baju kurung pink! heeee *thanks umi sponsored! And me cant even bukak spec sebab dah malam makin tak nampak apa kalu dah bukak spek. hahaha
![]() |
masa ni baru tahu ada dua cincin |
![]() |
:) |
![]() |
Abah & Ayah kita |
![]() |
asal saya nampak gemuk dalam gambar ni -.-" serious nya nampak muka orang belakang tu heee |
![]() |
the rings |
![]() |
thanks for the sweets too |
![]() |
one is mini crown ring and the other one is eternity ring- both in rose gold |
Jadi untuk kedatangan umi dan abah ke rumah aku kali ni menjadikan ini kali ketiga aku jumpa dengan parents si dia. Dan perjumpaan kali keempat ialah dua hari lepas tunang tu waktu kami nak gi tempah baju nikah dan baju songket. Semoga segala urusan kita dipermudahkan oleh-Nya. Tak cukup rasanya menzahirkan ucapan terima kasih dan syukur ke hadrat Illahi atas nikmat yang dikurniakan-Nya.
**Peringatan buat diri sendiri juga, agar tidak hanyut dalam sebuah fasa bernama pertunangan. Tunang bukan tiket terlebih mesra, terlebih meluang masa bersama-sama, terlebih manis dalam berbahasa - semua perbuatan bersama-sama tersebut mungkin mengurangkan kemanisan bila berumah tangga kelak. Sama-sama muhasabah diri dengan berusaha menjadi lebih baik, memperbaiki serta menambah amal ibadah, berusaha menambah ilmu pengetahuan kerana masih banyak yang perlu dipsersiapkan, bukan hanya bergembira dengan pernikahan yang bakal berlangsung. Agar kita lebih bersedia dan siap menempuh alam perkahwinan nanti- yang tak akan menjadi mudah jika tanpa terima dan toleransi kedua belah pihak. Semoga yang baik-baik buat kita, dan semoga Allah mengurniakan kebaikan kepada kita semua, Insha Allah :) Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan