Powered By Blogger

Selasa, 2 Disember 2014

soal HATI, tentang RASA

Assalamualaikum whbt.

Hello December! Sekejap je masa berlalu.. Lagi dua minggu nak study week dah. Nak habes sem lima dah. Jadi, tinggal satu sem je lagi, untuk aku officially grad. InshaAllah. Bersyukur sangat sehingga saat ini, aku masih diberi kesempatan untuk bernafas.. meneroka setiap saat kehidupan yang amat bermakna.

Aku kira, entry ini adalah antara entri aku yang paling beremosi :) Sebab apa?! Soal hati, dengan perasaan adalah sesuatu yang sangat subjektif, dan takkan mampu digambarkan walaupun ditulis dengan seribu nota kaki. Pernah kita dengar, "Kau boleh la cakap macam tu, sebab kau tak rasa apa yang aku rasa". "Tak pernah kena batang hidung kau, mana kau  tahu?". "Alahai, yang merasanya aku, tahu tak?". "Jangan kata kau tahu segalanya, sebab kau bukan aku, okey?".

Terkadang itu sahajalah yang mampu diungkap... Meskipun rasa itu sendiri tak mampu diterjemah dengan kata-kata, tapi bila dengar ayat seumpama itu, kita tahu, kita paham. She's is hurting inside herself, and we'll never know her feeling. But somehow, kita ada jugak dengar, "Aku paham.. aku pun pernah jugak melalui benda ni....", "Takpe.. it's ok for you to cry...". Dan kita akan rasa, seolah-olah sedikit lega.. "Ohh... sebenarnya bukan aku je yang pernah alami benda ni.."


-EMOSI

Macam biasa, perkataan emosi memang tak lekang daripada perempuan a.k.a wanita ni. Pasai tu lelaki selalu kata, "Perempuan ni memang selalu emosi", "Perempuan ni selalu je bertindak tak pakai otak (tak rasional)..." Tapi.. bukan gender yang jadi isunya kat sini. Pada pendapat aku sendiri setiap orang ada emosinya yang tersendiri, cuma bergantung kepada bagaimana cara kita nak kawal dia je. Malah tak kurang juga yang mengaitkannya dengan hormon wanita yang selalu tidak stabil, berbanding lelaki.

Yang ini, aku selaku wanita memang aku akui. Terkadang bila perasaan halus tu datang, tak semena-mena nak menangis wei! Hal kecik je padahal. Terkadang orang cakap kasar dengan kita, tapi kita dah sentap. Yang sentap tu tahap biasa je, yang mengalir air mata ni memang luar biasa. Orang cakap sikit, kita dah air mata nak menitis. Benda ni jadi tanpa sedar pun. "Touching la kononnn...". Nak buat camana, dah perasaan kita lagu tu. haissshh.




-RASA SUKA

sumber: Hilal Asyraf


Sebagai manusia normal, kita mesti pernah suka kat seseorang kan.. Jadi, perasaan tu normal la. Cerita pasal suka, cinta tak berbalas, dia crush aku dan yang sewaktu dengannya. Tapi perasaan macam ni mungkin jugak akan mendatangkan kekecewaan pada diri kita sendiri.
*But, in the end, You know something that never change? Perasaan. Kita takkan pernah dapat paksa orang suka kat kita, sama jugak dengan kita takkan pernah dapat paksa diri kita untuk menyukai orang yang kita tak suka kan?

Ada something yang aku belajar dari someone ni. Dia kata, kalu betol kita sayang or suka seseorang, kita kena mengaku. Kita takkan pernah dapat menafikan perasaan kita sendiri. Even hubungan tu terputus tengah jalan, nak tak nak, kita mesti mengaku, (mengaku kat sini adalah mengaku dan terima perasaan tu pada diri anda, bukan gi mengaku kat orang tu plak)  "Dulu aku memang pernah sayang kau, tapi sekarang kita dah ada haluan masing-masing". Bukannya, "Ala. dia dah mati dalam hati aku, buat apa nak sebut nama dia lagi". Aku pernah cuba yang ni weh. Dan aku rasa dia betul. Kita mesti mengaku hakikat ni. Mengaku tak bererti kalah. Mengaku macam ni buleh buat hati kita jauh lebbih tenang. Kemudian kita akan sedar sesuatu dalam hidup kita. Ye.. dia pernah ada dalam hidup kita, dia pernah gembirakan kita. Kita takkan boleh nafi hal tersebut, sebab dulu kita dengan dia memang kita betul-betul gembira kan? Lepas tu, bila kita dah leh terima hakikat, percayalah kita takkan nak sakit hati dengan dia lagi dah. Kita xde nak sakit hati dah meskipun tengok gambar bahagia dia dengan orang lain. And this is the time. Grab your happiness too. Buat apa nak sibuk usya orang yang dah jadi hak orang lain. kan?? :) Just let it go.

-SEDIH

Cerita bab sedih, memang sampai 100 pages tak abes lagi. Setiap orang mesti ada rasa ni. Aku ingat lagi, masa tu aku baru tingkatan satu. Memandangkan aku stay kat hostel, jadi hujung minggu tu kira dah janji dengan umi & ayah nak picnic sama-sama kat sekolah aku. So, pagi-pagi jumaat tu aku beria pegi basuh baju. Tengah basuh baju,  tetiba datang sorang kawan ni. "Qilah, ada orang datang melawat. Tapi suruh pesan jugak supaya awak tukar pakai baju batik asrama ye". Aku dah hairan.. pelik pun ada, tapi xdak pikir pape lagi. Bila aku pegi depan sekolah pun, umi & ayah suruh naik kereta (means im going home). Aku xde tanya apa-apa time mula-mula naik kereta tu. Berdasarkan perbualan mereka, aku dengar je..Sehinggalah aku bertanya, "Kenapa kak long nak kena balik mie?". "Abang Lan dah takde.. semalam". Lepas tu aku diam je.. tak kata apa-apa. Terkejut mungkin.

Sesampai umah mak long, aku dapat tahu jugak cerita sebenar yang terjadi. Jadi waktu tu keluarga kami hanya menunggu jenazah tiba daripada rumah mayat, selepas selesai bedah siasat. Waktu tengok jenazah arwah, aku terus rasa sebak, mula menangis dah. Tak sangka dia pergi secepat itu. Waktu tu aku pun kecik lagi..Tapi rasa macam aku kehilangan seorang abang dalam hidup aku. Ia sebuah kehilangan yang sangat dirasai sehingga hari ini. *ah, i cant stop my tears from burst right now. al-Fatehah.



Sebagai penutupnya, hormatilah setiap perasaan orang sebab kita tak boleh nak jadikan rasa itu hanya untuk kita. Tapi yang lebih penting lagi, jaga dan hargai perasaan kita sendiri. Sebab, kalau kita sendiri tak jaga, siapa lagi? Kan? See you again :)

Ahad, 9 November 2014

Sehari di ULU BENDUL :)

nah.. banner!
09 NOV 2014.

Assalamualaikum whbt. Alhamdulillah. masih diberi ruang bernafas sehingga ke saat ini. Even badan rasa tak berapa nak sehat sangat, balik semalam terus bersin-bersin. Mungkin faktor cuaca yang sekejap panas, sekejap hujan jugak.. Tak pernah menyalahkan semua faktor itu, kerana semua berlaku dengan izin Allah. Moga selsema ini tak melarat. InshaAllah. Rasa bersyukur sangat sebab berjaya  jugak selesaikan program ini dengan jayanya, walaupun ada sedikit kekurangan di sana sini.

Bertempat di Hutan Lipur, Ulu Bendul, Negeri Sembilan. kami bertolak daripada UKM lebih kurang pukul 8 suku pagi dengan tiga buah bas. Aku punyalah risau, kalau hujan memang lebat kat sana, cane kami nak go on dengan program? Sementelah aku incharged as programmer untuk program ni. Sebab bertolak daripada UKM, memang keadaaan hujan. Sesampainya di sana, cuaca memang redup mendung, lepas tu hujan renyai-renyai then berhenti. Alhamdulillah, Allah telah memudahkan urusan kami.

Aku sebenarnya, happy gile-gile sebab ramai kawan yang join sekaki, Zati, Nadia, Nabila, Anuar, Faiez, Amir. Selalunya, aku dengan geng PERDANA je. Tapi semalam memang best, dapat lepak sesama. Lama rasanya tak kuar jalan-jalan. Ni pulak dah masuk tahun 3.. ermm.

dah kenapa aku macam budak sekolah je dalam gambar ni.  hikhik
Sebab aku dah janji dengan umi, takkan main air, apatah lagi mandi sungai or air terjun, jadi aku memang tak sentuh air. Lagipun, air nampak tak seronok sangat, mungkin agak keroh sebab hujan :) Kami ada buat game, bola beracun pakai kain batik, passing biskut pakai mulut, pusing-pusing botol air, belit guna kertas tisu, dengan dress up pakai surat khabar. nama game di sini telah direka oleh aku sendiri sebab dah lupa  Lepas tu kami gerak gi taman ular.. Petang tu pulak sesi bebas. Kami bertolak balik dalam pukul 6 petang ke UKM. Semua tertidur keletihan atas bas. Tinggal aku je berkeli-kelip duk tengok The Expandable 3 :)
meet the boss of programmer Aina and Ayu



Keluarga KUFAH @ Family Day PERDANA. 
OK..last but not least, gambar selfie paling mahal abad ini. muahaha. Special thanks buat semua kawan-kawan dan peserta program yang sudi hadir bagi memeriahkan program kami. Kami momohon maaf atas beberapa kekurangan yang tidak dapat dielakkan. Lain kali kita pergi lagi ye. InshaAllah :) Semoga PERDANA sesi depan dapat buat yang lebih baik daripada kami ye, kasi gempak wei! Sehingga ketemu lagi.

katanya: gambar belakang yang cantik :)
dari kiri faiez, aku, & anuar.
believe me that depa ni bodyguards aku~

Sabtu, 1 November 2014

My King :)

01 Nov 2014

Assalamualaikum whbt. Hello Nvember! Cepat betul masa berlalu, rasa macam sem ni baru je bermula.. Padahal ini dah masuk minggu kedua selepas mid sem ari tu. Alahaiii... Tepuk dahi kuat cikit pasai proposal thesis aku tak submit lagi.. grrrrr..  Apa nak jadi ngan final year student (aku) ni? sob..sob

 Lama tidak menukilkan sesuatu dalam ni. Walaupun selalu jenguk, tapi tetap tak buat new entry. Dek kerana mood homesick yang memang sedang membuak-buak, selepas balik bercuti seminggu dekat rumah hari tu kan, jadi hari ni aku nak buat entry pasal hero aku dunia akhirat, iaitu AYAH :) Erm.. terus fefeling homesick macam nak balik rumah sekarang. Kadang-kadang rasa aku memang manja even aku anak sulung..*mengalahkan adik -.-


Kalau nak kira, tahun ni ayah dah nak masuk 46 tahun dah. Sementara anak dara dia ni 22 tahun.. Sekejap je masa berlalu. Aku ingat lagi, dulu time kecik-kecik semua orang cakap aku ni anak ayah. Sampaikan tok ayah panggil kat ayah, "Ayah Long" dan "long" tu refer kepada aku, sebab semua orang kat umah panggil kak long. Masa umi dengan ayah still belajar dekat maktab, aku dengan arfah tinggal kat kampung dengan tok ayah dan nenek aku. Kalau nak bagi aku tidur, bagi je kain sarung ayah, baru leh tidur. Nak pulak kain ayah yang tak berbasuh, sebab kalu yang basuh dah tak de bau ayah. Sampaikan time aku dah besar, aku tak percaya i had that bonding with my father :) Patutla semua cakap aku anak ayah. hehe

Time sekolah dulu, aku tak pernah belajar dengan ayah, maksudnya ayah tak pernah mengajar aku dalam kelas secara formal sebab aku belajar kat sekolah umi je. Ini cerita daripada darjah satu sampailah darjah enam. Selepas tu aku bersekolah kat SMKA Wataniah, Machang, daripada tingkatan satu sampailah tingkatan 5. Ayah memang gigih, hantar dan ambik aku ngan arfah walaupun kami balik dua minggu sekali.. *anak manja, semua nak harap umi dengan ayah.
eid fitri 2014


Selepas aku dapat keputusan SPM yang cukup-cukup makan, tapi masih melayakkan aku ke matrikulasi satu tahun, aliran sains dekat KM Pahang. Malangnya, tawaran itu aku tolak sebab aku rasa tak leh nak go on dah dengan aliran sains. Jadi aku pilih untuk sambung tingkatan 6 dekat SMKA Naim Lilbanat, Kota Bharu.. Memang cita-cita aku nak sambung ke UKM, sebab ayah dulu pun grad daripada sana dia punya degree syariah. Aku baru je start nak semangat belajar tingkatan 6 kat sana, aku dapat offer tawaran kedua foundation of Fiqh Fatwa daripada USIM. Umi dengan ayah memang semangat nak suruh aku sambung sana, sebab memang USIM tu uni yang agak hebat kan. Tapi aku punya perasaan dah bercampur baur dah. Nak tinggal Naim ke tak?? Sampaila ke satu tahap aku dengan rasa sebak, cakap kat ayah, aku nak stay kat naim je,, tak nak g mana-mana.. Umi follow je keputusan aku, asalkan aku nak belajar. Masa tu takde terasa sangat. Cuma lepas ayah ulang-alik ambik aku dekat sekolah, ayah terkeluar jgk kata, "Kalau kak long belajar dekat usim kan ok, ayah tak kena ulang-alik dah hanta kak long sekolah". Masa tu, memang rasa tersentuh, even aku tahu ayah tak bermaksud begitu.

Kehidupan sebagai student form 6 dekat sekolah yang grand macam Naim, sebenarnya agak tekanan bagi aku, pada mulanya. Student yang pandai-pandai, bijak-bijak, memang pandang rendah kat kami la kan. Perlekeh form 6 pun perkara biasa jugak. Di"anak tirikan?" sangat common. Sampai la satu tahap, memang dah tak kesah, malas nak ambik pusing. Buat apa nak pikir lelebih? Maka, hiduplah aku hampir setahun setengah kat sana. Tekad aku memang jelas kat situ, kalau dulu aku dah tolak offer USIM, result STPM aku mesti kena melayakkan aku ke universiti yang lebih baik daripada itu. By hook or by crook. Itu janji pada diri sendiri.

Alhamdulillah, berkat doa ayah & umi serta guru-guru keputusan yang aku dapat tu sangat memuaskan hati aku. Rasa kecik sangat diri, sebab kuasa Allah yang lebih besar dalam menentukan segalanya. Aku ingat lagi, malam sebelum keputusan tu keluar,aku memang tak lena tidur wei. Berdebar sangat.. Macam-macam dalam kepala. Ayah pulak pagi tu rilek je, "Kita g ambik result kak long tengahhari cikit la ye?". Aku angguk je. Tangan ni punya la sejuk dari ke pagi. Aku sampai dalam pukul satu kat sekolah. Masa nak duduk tu sedang-sedang je cikgu announce nama. Pastu, kawan-kawan yang ada dekat-dekat semua ucap tahniah. Masa tu aku rasa itulah antara hadiah yang aku leh bagi kat umi dengan ayah :) walaupun tak seberapa.

Lepas tu, dapat offer ke UKM, aku bersyukur sangat. Akhirnya, Allah makbulkan doa aku. Kalau dulu ayah belajar syariah, sekarang kak long belajar usuluddin. Haih.. nak masuk tahun tiga dah pun. Rasa macam semalam baru umi dengan ayah hantar kak long kat sini. Aku tahu umi dengan ayah happy sangat aku dapat sambung sini, walaupun diorang tak pernah nak cakap. Diorang tak pernah nak bermegah-megah dengan kebolehan anak-anak, tak macam orang lain. Aku bersyukur sangat-sangat sampai ke saat ini, kerana Allah mengizinkan aku untuk berada di sini.

Sekarang ni, balik umah je, umi banyak bagi ceramah nak suruh anak dia sambung master terus. Ayah pun sama. hihi. Aku pun tak tahu.. tengoklah nanti macamna, inshaAllah kalau ada rezeki aku sambung. Niat di hati nak cari calon dulu, risau jugak kot-kot si arfah langkah bendul aku. ayat mintak penampar haha  Balik umah, aku suka perhatikan ayah time dia tidur. Yelah, masa tu je dia nak ada kat umah, kalau tak memang tak lekat kat umah.. sibuk ke hulu, ke hilir. Muka yang sudah meningkat usia, dengan uban di kepala yang semakin banyak, membuat aku terfikir masa berlalu begitu cepat sekali!  aku akur masa aku berada di rumah adalah terlalu sedikit. Bermulanya sekolah menengah bererti aku mula tinggal di asrama, sehinggalah form 6. Sambung ke UKM pun, memang stay kat kolej lah kan.


Kalau nak ikutkan, ayah memang pendiam.. Cuma bila dia marah atau tinggi suara sikit, memang kami adik beradik hormat. Thats mean, ayah marah. Kecik dulu memang kena marah jugak, almaklumlah, nakal sangat sangat kan. Dah besar-besar ni tak de kena marah dah :) hihi. Walaupun ayah ni tegas, tapi aku tahu hati dia lembut. Semenjak dua menjak, time baca khutbah kat masjid, there's certain part,  aku perasan ayah berhenti baca khutbah sekejap..lepas tu dia sambung, dalam nada suara sebak.

Kalau dulu kawan-kawan selalu akan tanya, "Aqiilah dapat result cantik ari tu, umi ayah bagi apa?" Terdetik dalam hati, umi dengan ayah memang takde bagi hadiah khusus, atas kejayaan yang tertentu tu, tapi aku merasakan kejayaan akulah hadiah sebenar buat mereka. Walaupun tak seberapa.. Aku tak lupa, keluarga kami dulu pun bukan jenis berharta, hidup senang-lenang. Yes, both of them kerja sebagai cikgu kerajaan, tapi itu bukan tiket buat kami adik-beradik berbelanja mewah. Nope! Handphone aku yang cap ayam ni pun beli pakai duit sendiri, rasa tak munasabah nak mintak duit umi ayah. tapi kalau to4 tu ada. hihi. Cukuplah ayah sanggup keluarkan duit, tambah sebuah lagi kereta untuk aku guna time praktikal hari tu. Terharu sangat.. huwaaaa.. Tak sabar nak grad tahun depan. Itu juga salah satu hadiah daripada kak long, istimewa buat umi dan ayah :)

Love you to the infinity. Doakan kejayaan kami. di sini sehingga ke sana :)

cinta hati sejak lahir lagi :)


Isnin, 8 September 2014

The moments of internship

8 September 2014. Isnin

**Hari pertama, bagi permulaan semester 5. Hai UKM, Hai KBH! Juga hari yang sangat memenatkan, sebab aku ambik masa setengah hari untuk kemas semua barang-barang. Sejak bila la barang-barang ni beranak -pinak sampai jadi banyak macm ni. Unexpected betol -.- And, I had finished my internship report. wink wink :) So,I wanna throwback that moments here!** (muqaddimah dah berjela-jela)
-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Bagi memenuhi kehendak Fakulti Pengajian Islam UKM, agar setiap pelajar mengikuti latihan ilmiah atau latihan industry (LAI) untuk keperluan bagi subjek ini, aku telah membuat internship aku di Pejabat Agama Jajahan Tanah Merah (PAJTM), Kelantan. Sepanjang duk intership kat sini enjoy sangat-sangat, nak tulis diary internship macam panjang gila, dan aku ada buku log khas untuk internship ni,  jadi antara moment yang buleh dicedok untuk aku muatkan kat sini adalah seperti dibawah:


  • ·         1st day

Ya Allah, aku sangat-sangat berdebar untuk ke PAJTM. Dalam fikiran ni semua benda duk fikir. Macammana lah agaknya keadaan kat sana. Staf kat sana ok ke? Kerja banyak  ke?
Disebabkan aku ke pejabat pos dulu pagi tu untuk renew aku punya drive license, jadi alamatnya aku sampai lewat ke pejabat. Dalam pukul 9 lebih baru aku sampai. Buat muka sengih-sengih, then masuk. Waktu tu dah ramai student daripada uniiversiti lain sedang buat internship kat situ. 1st perception aku “OK kot, Nampak baik je semua orang”. Ye, syukur Alhamdulillah. Dalam hati kecil aku berdoa, agar semua urusan dipermudah oleh-NYA.

staf-staf :)







  • ·         Kes-kes hospital
Sepanjang duk buat internship kat sini, banyak kali jugak aku ke hospital *bersama bahagian penguatkuasaan untuk kes anak luar nikah. 1st time pergi memang rasa kekok. Jadi aku banyak buat pemerhatian atas apa yang Pok ku buat bila ke hospital. Bermula dengan pengenalan diri kami sebagai pegawai agama bahagian penguatkuasaan, seterusnya pengenalan tentang seksyen yang boleh dikenakan ke atas mereka tantang kes anak di luar nikah. Kemudian, soalan-soalan yang berkaitan dengan kes tersebut. Dah banyak kali pergi ke hospital, aku sendiri yang ambil keterangan pesalah, dan Pok ku hanya bertanya. Sampai ke tahap seterusnya, aku sendiri diberi kesempatan untuk bertanya kepada pesalah tersebut.

Antara kes yang aku tak leh lupa ialah kes yang melibatkan remaja 15 tahun, yang hamil luar nikah hasil hubungan dengan teman lelakinya yang mana merupakan seorang penagih. Bahkan ibu bapa perempuan ni memang tak nak anak dia kahwin dengan penagih tersebut. Bagi aku remaja perempuan ni terlalu muda untuk menghadapi semua ni. Sampaikan dia request dekat doctor agar dia bersalin melalui pembedahan. *nak telan air liur pun rasa tersekat kat kerongkong*
Umumnya, banyak jgak kes anak luar nikah yang terjadi, even Tanah Merah ni Bandar yang tak berapa nak besar sangat. Ini adalah kes yang direkod di pejabat, yang duk bersalin merata tu tak masuk rekod lagi. Aku tertanya-tanya, salah siapa? Atau remaja hari ni merasa mereka terlalu dewasa untuk melakukan segala yang diingini mereka tanpa kawalan. Nauzubillah.


  • ·         Kes-kes mahkamah
Aku pernah jugak beberapa kali mengikuti prosiding perbicaraan di mahkamah rendah syariah tanah merah. Antara kes yang biasa dibicarakan disini ialah kes penceraian sama ada dengan kebenaran atau tanpa kebenaran, kes khalwat, kes berkelakuan tidak sopan, tidak berpuasa di bulan Ramadhan, dan lain-lain. Yang paling common sangat-sangat mestilah kes cerai. Tak sangka jugak yang memang kes cerai banyak. Aku perhati ramai jugak yang kahwin muda-muda bercerai. Bukanlah aku nak kata kahwin muda tu salah....
my lovely sijil kursus kawhin. hihik


  • ·         Program & aktiviti
Sementelaah aku memulakan internship kat sini pada hari pertama Ramadhan, jadi aktiviti yang dianjurkan tak banyak sangat. Kami banyak melakukan rondaan untuk memastikan jika terdapat orang Islam yang tidak menghormati bulan Ramadhan. Cuma ada satu program bersama ibu hamil di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak kemahang Dua. Aku jadi emcee untuk program ni. Then, lepas habis Ramadhan, aku follow up Abe Diy dengan Abg solah untuk kursus kahwin. Aku sendiri pun merajinkan diri daftar kursus kahwin gatai haha. Alang-alang nak handle kursus tu, bayar RM70 untuk sijil. Senang, buleh digunakan untuk kahwin nanti.

emcee bidang terjun.hihik

comel je ketua misi ni pun :)

us :)


·      --   Aku dan anuar
Mentang-mentang aku sama universiti dengan Khairul Anuar, satu office memang setiap hari mendoakan jodoh aku dengan Anuar.  Setiap hari kerja, tak pernah miss, sepanjang kami duk internship kat situ. Nasib kaulah labu.Si Anuar pulak melayan, jadi aku pun ikut jelah. Kalau Anuar makan, sibuk je nak suruh aku teman. Kalau anuar nak air, sibuk je suruh aku tuangkan. Tu tak termasuk usikan yang memang nakal tahap dewa. Sampai kadang-kadang tak larat  nak gelak dah. Haha. Tapi nampak macam memang kitaorang rapat kot time duk intership sama-sama kat situ. Aku pun senang bercerita ngan dia. Sebab kami emang dah kenal, so anything yang ada tak settle, tak puas hati, masalah semua aku cerita ngan dia. Senasib lah kononnya kan. haha

dialah kononnya savior aku dekat pajabat ni -.-"


  • ·         Teman-teman
Masa aku mula-mula masuk macam terkejut jugak sebab macam ramai yang duk internship kat situ. Yang 1st keluar dari citu ialah Afiq, budak law daripada UNiSZA. Kemudian, Syuhada dengan Nora Asikin budak kerja social daripada USM. Ada jugak Asma, student Usul Fiqh daripada UIAM. Selain itu, Aqliriana, atau aku panggil Yana je, daripada UNiSZA. Yana ni buleh kata favourite ramai orang sebab dia suka senyum, manis orangnya. Ada jugak Adilah, study dekat Riau, Indonesia. Last but not least, Izzaty, budak Antrologi Sosiology, FSSK UKM. A very outspoken person.and I like it very much. Hehe. Lagi sorang, Rasydan,ini budak yang paling pendiam kat situ. Sorang lagi hamba Allah yang aku tak sebut lagi dalam list ni ialah Anuar.
semua dah comel sebab nak bergambar :)

(:



29 Ogos 2014

:)
















  • ·         Staf-staf
Semua staf kat sini peramah. Mereka banyak sangat tolong, banyak bagi tunjuk ajar kepada aku. Start dengan PAJ, Tuan Mohd Fadli bin Sulaiman, Timb PAJ, Ustaz Ibrisam, Ustaz Wan, Ustaz Aziz, Abg YAzid, Abg Die, Abg Solah, Abg Ise, Abg Jat, Kak Su, Kak Dah, Kak Tie. Terima kaseh banyak-banyak untuk semuanya .


  • ·         Keluar masuk
Macam biasa-biasa. Time bulan Ramadhan hari tu banyak kali jugak berkesempatan membuat rondaan kot-kot ada manusia yang tak puasa. Then, aku ada jugak ikut ke rumah orang kena tuduh (OKT) untuk bagi waran tangkap bagi mereka hadir  ke mahkamah. Waktu keluar jalan-jalan pun ada. **tak mau cita panjang yang ni, simpan dalam memori je. Heee


  • ·         Last day
Hari terakhir aku berpraktikal kat sana ialah 29 Ogos 2014. Sebenarnya, rasa sedih sangat, sebab dah mula start rasa rapat, macam family sendiri. Sabar je lah. Tahan diri daripada merasa sebak, kalau dah start banjir, lagi payah nak cegahnya.. Then, kami ada jamuan akhir pada 4September tu. Sayonara.. Moga ketemu lagi. Terima kaseh atas segalanya.  Mohon beribu kemaafan sepanjang perkenalan ini.
:)

(:




**selingan foto perkahwinan sahabat Syakir dengan Kak NorHayati (30 OGOS 2014), serta Akmal dengan Kak Tehah (31 OGOS 2014). Barakallah sahabat. Moga bercinta sehingga ke syurga :) Nanti dapat baby cepat-cepat ye..


Barakallah :)

Sama cantik sama padan :)

kitaorang dah kawenn!!

amek berkat pengantin .winkwink

muka orang yang kononnya terpaksa pergi kenduri ngan aku.

Rabu, 25 Jun 2014

BerTUAHkah?



Do you hear me? I'm talking to you
Across the water across the deep blue ocean
Under the open sky, 
Oh my, oh baby I'm trying


Boy I hear you in my dreams
I feel your whisper across the sea
I keep you with me in my heart
You make it easier when life gets hard

Lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
Ooh ooh ooh

They don't know how long it takes,
Waiting for a love like this
Every time we say goodbye
I wish we had one more kiss
I'll wait for you I promise you,
I will

I'm lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
Lucky we're in love in every way
Lucky to have stayed where we have stayed
Lucky to be coming home someday

And so I'm sailing through the sea
To an island where we'll meet
You'll hear the music fill the air
I'll put a flower in your hair

Though the breezes through the trees
Move so pretty you're all I see
As the world keeps spinning 'round
You hold me, right here, right now

I'm lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again

I'm lucky we're in love in every way
Lucky to have stayed where we have stayed
Lucky to be coming home someday
Ooh ooh ooh, ooh
Ooh ooh ooh,ooh



Hari terakhir berada kat UKM untuk semester ini. Malam ni nak balik rumah dah. Moga perjalanan kami dipermudahkan dan selamat sampai ke destinasi. Aku akan menjalani Latihan Ilmiah dekat Pejabat Agama Daerah Tanah Merah. Berdebar pun ada. Alklumlah, tak biasa kan. Sebenarnya takde motif sangat, tapi lagu ni macam best je layan petang-petang ni. One of may fovourite song :) Dan sudah tentu tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun sudah meninggal dunia. Sayonara UKM. Hai home. You are so sweet like always :)

inilah tajuk lagunya :)

Jumaat, 6 Jun 2014

Ending of SEM IV


06 Jun 2014, JUMAAT

Assalamualaikum wbt :) Masa sekarang yang sangat semput, dan masa ni jugak aku terasa nak update blog, meskipun, entry pasal DOA II tu aku tak complete kan pun lagi. Malas nya kak kilah ni  ye. Maaf. Since minggu ni study week, aku rasa amat penting entry ni sebagai penutup untuk sem ni. Kalau kak kilah tak taip sekarang memang sampai bila-bila takdelah ye. **kononnya PENTING. haha . Entry DOA II tu ambik masa sebab, sebab gambar ada banyak sangat, dan ia adalah daripada DCLR (credit to adik Muiz). Itu yang  macam lambat sikit untuk diupload, jadi mohon mengerti. *bajet gile ayat aku. memang takleh blah Study week start 31 Mei- 8 Jun 2014. Jadi maknanya exam akan start 9 Jun, means esok lusa tulat. **sambil buat muka cuak.

Jadi nak tulis serba sedikit takwim throwback aku untuk sem ni. Walaupun tak lengkap sangat, tapi boleh la kot :)

1) Kem Ibadat Smart Solat (KISS)
  • SMK Alauddin Riayat Shah 1, Pagoh, Johor.
  • 27 FEB - 01 MAC 201

2) Karnival Mahabbah
  • Fakulti Pengajian Islam (FPI), UKM.
  • 23 - 27 MAC 2014

3) Mid sem break ( 04- 11 APRIL)


4) Ekspedisi Gunung Stong
  • Kem Baha, Dabong, Kelantan.
  • 18- 20 APRIL 2014

5)  Dakwah Orang Asli (DOA II)
  • Kampung Limau, Gua Musang, Kelantan.
  • 24 - 27 APRIL 2014

6) Anual Grand Meeting (AGM) of PERDANA 13/14
  • Auditorium Siswa, Pusanika, UKM.
  • 17 APRIL 2014.

7) Interaksi PERDANA (14/15) bersama MANTAN
  • Dengkil, Selangor.
  • 30 MEI - 01 JUN 2014


Memandangkan aku terlibat aktif dalam PERDANA, aktif la sangat  jadi,, kebanyakannya aku join aktiviti under PERDANA. Yeah! Proud to be one of them :) Nak review beberapa gambar yang ohsem untuk sem ni. Lai Lai..


rare sangat nak menunjuk gambar passport ni. hihi


induksi PERDANA :)

kelas maharat terakhir abad ini! haha

last class Philosophy of Religion


dinner KBH 2014 :) @dectar

MAC 2014


JUN 2014 :)
MAC 2014 :)

MEI 2014 :)

Gunung Stong :)
KISS' 2014
kenduri Rahmat dengan Kak Asilah :) selamat berbahagia 

Ustaz Halim mai UKM. hee


nice ending for this sem. love you all :)

Macam-macam memoribilia sem ni. Harapnya makin matang dalam menghadapi dugaan hidup. Untuk semua sahabat, SALAM IMTIHAN. Bittawfiq wa an-najah :) Saya mendoakan agar kita semua beroleh keputusan yang cemerlang, di samping berjaya mencari ilmu bekalan dunia dan akhirat. Moga semuanya LILLAHITA'ALA. InshaAllah. Seribu kemaafan dipohon atas segala kekhilafan diri sendiri. Aku hanya insan yang lemah. Berjumpa lagi pada semester akan datang, yang makin mencabar **final year dah. Terbayang tesis jatuh gedebuk atas dahi muahaha. Dan selamat menjalani LATIHAN AMALI  :)
semoga Allah permudahkan. InshaAllah :)